Achong. Seorang naturalist, yang mengamalkan kehidupan hedonism, adalah seorang nudist yang tegar. Selain daripada itu, beliau juga adalah seorang yang mempunyai semangat patriotik yang lain macam semangatnya.
Justeru, adalah normal apabila beliau berkata sebegini,
"Aku kalau tak dek terkenangkan azab kubur, memang aku dah proceed dengan rancangan nak establish agama Yip".
Tempoh hari aku ada jumpa lagi dengan kawan aku si Abu tu.
Waktu Cuti Hari Pekerja itu hari dia ada dapat tahu yang rakan sekolah dia dulu dah kahwin. Crush dia. Crush sampai tahap semua password/pin number/log in code/passlock key dan lain-lain jenis kata laluan diri dia pakai nama dan tarikh hari lahir crush dia tu. Walhal bercakap pun tidak dengan marka tu melainkan ada one time tu marka tu senyum masa pada dia masa dia tengah bersukan.
Kata Abulah sambil sedut Saat.
Apa yang aku nak ceritakan bukan Abu buat amuk mahu pun threat untuk kelar lengan. Tapi Abu kata masa dia dapat berita tu, dunia sekeliling dia macam berhenti dan segala chapter hidup dia yang lalu kembali pada memori dia. Sumpah dia kata.
For at least 10 minutes, dia duduk seorang-seorang and have a good look about what he've accomplished so far. Dia kata 10 minit itulah yang paling serene dia experienced sepanjang bernafas kat bumi ni.
Dia kata bukan apa, marka yang dia minat tu pun dah buka a whole new big chapter dalam hidup dia. And usually bila orang dah kahwin ni hidup dia kira dah steadylah. No?
"Kahwin tu bukan macam nak susahkan kita dowh. Dia memang lagi senangkan kita. Bawa rezeki. Kalau dulu tak boleh buat loan sebab tak cukup, sekarang dah boleh buat dengan pakai nama bini. Percayalah dowh." - Farid Fadhly Haron, 2008 (bukan nama sebenar)
Abu ni masih lagi macam dulu-dulu. Tak ada apa-apa improvement yang significant. Hala tuju dia sekarang pun kabur-kabur. Jangan nak ceritalah 5 tahun lagi dia ada kat mana ke apa ke. Kalau function futureme dot org boleh apply kat hidup kita kan anggun. Atau boleh minta tolong human from the future.
"Eh Zaini, akak tengok Zaini smart je hari ni. Ada nak pergi Kementerian Perumahan ke?"
"itulah akak tak tahu...game face kak, game face."
"game face? apa tu?"
Kau orang tahu game face?
Working in my line of works requires me to meet & cooperate with all sort of different people. (Wakdefak ayat). Aku memang tak boleh nak jumpa orang time biasa-biasa. Aku kena get ready & hype up. Sebagai contoh, kalau jumpa Tuan Pengurus Bank kenalah pakai elok sikit. Tuan Lawyer ke. Kemejalah, tak kan T-Shirt berkolar. Tapi kalau pergi kedai hardware beli lancau misalnya (aku bukan mencarut ni, tapi ni anunya skru pengikat staging tu. Apa staging pun tak tahu? Scaffolding lah. Bapak skema.) pakai baju biasa-biasa sudah. Nanti dia tengok kau smart sangat dah dia potong leher (melainkan kau dah biasa dengan kedai itu).
Kalau tak ada game face ni, aku tak dapat nak buat kerja jumpa orang. Ha ha.
Tapi kalau setiap kali nak kena adjust baju bila nak berjumpa berlainan party, letihlah jugak. So apa perlu dibuat, dress up attire yang paling top. Meaning kemeja dan slacklah. Tak payah sampai pakai tie, kau bukan jual insurans. Bila kau dress up macam ni, semua orang boleh terima.
Berkenaan dengan game face, aku tak tahu dengan orang lain, tapi aku memang ada game face. Aku tak boleh kalau jumpa orang morale aku tak 100% (in order to perform a game face). Melainkan jumpa rakan-rakan tak payahlah ada game face bagai. Bapakla talam dua mukanya. Itulah sebabnya juga aku respect brader ni. Dia dengan family dia, aku rasa sempoi habis. Jumpa siapa-siapa rileks aje. Tapi perform gao-gao.
Bila jumpa orang bank, aku kena berseri campur bengis sikit. Nak jumpa orang Majlis muka kena madu. Deal dengan orang site & hardware, muka kena keras. Jumpa customer muka bandung (jenis kalau lempang pun tak apa). Bila jumpa lawyer, tengok keadaan, ada time senyum sokmo ada time kena herdik sikit sebab lambat keluar Letter Offer yang-bapaklah-senang-aje-nak-buat-just-tukar-nama-di template-dan-print. Kerja tak sampai 10minit pun susah memanglah kena herdik. Bengis tak?
Bukan mudah nak develop game face ni. Tak kena caranya, you'll be making a joke outta yerself.
"I've said it man, you gotta show your game face." - Wheeler to Danny Donahue.
Untuk develop game face yang baik kau perlu aware dengan keadaan sekeliling. Game face ni amat berguna especially untuk kau tinggalkan a grand first impression. Ya nampak trivial, tapi PR itu penting. Tak percaya tanya Nuzul Hakimi Ayob.
Aku mudahkan. Kalau kau meeting dengan lelaki, jalan mudah waktu tengah borak kosong atau makan, kau sembang fasal bola. 9/10 lelaki confirm akan balas dengan reaksi yang memberansangkan. Ingat. Telur Ego lelaki sebesar buah kelapa. Kalau kau buka topik bola dia tak boleh nak balas sebarang dua bapaklah tak manchur.
Cubalah. Lepas tu kau akan lebih relaks bila dia mula berseloroh bercerita sama ada tentang kegembiraan pasukan yang disokongnya menang atau mengutuk pasukan lawan. Beres. Submission drawing tu kau jangan risau. Esok, dia sendiri akan follow up dengan kau.
Okay.
Kalau dengan perempuan pula leceh sikit. Kau sebelum apa-apa hal kena differentiate yang perempuan itu single, dah kahwin, baru kahwin, atau andartu (anak dara tua).
Permudahkan cerita, kalau dah kahwin, kau senang sikit mungkin boleh panggil Puan atau akak. Provided dia selesa. Tak perlu nak sembang panjang sebab akak jenis ni lebih suka berborak dengan rakan sekerja tentang fesyen baju atau tudung terkini atau business jualan kerepek di kalangan rakan-rakan. Kerja tu bagai angin lalu, so kau tak payah risau janji follow up. Kalau yang baru kahwin kau mungkin boleh jack sikit tinggal mana, travelling ke, abang kerja mana kak ke. Ikutlah. What ever makes the boat row. Jenis ni pun senang handle juga. Baru kahwin katanya.
Untuk yang single lebih mudah. Cuma kau perlu aware dengan persekitaran dia. Kalau kau ada pergi makan sekali dengan dia (aku jarang-jarang), bolehlah buka topik circulating around her. Pengetahuan tentang jenama dan bau minyak wangi do helps. Kau boleh juga bawa-bawa cerita tentang boss dia mahupun rakan sekerja. Tapi jangan be a smart ass. Buatlah bodoh-bodoh alang kasi dia yang cerita lebar. Kau hanya nak develop game face. Selebihnya biarlah dia yang buat.
"Wah, ni bukan bau minyak wangi Britney yang baru tu ke? Apa nama tu..."
"Oh, Hidden Fantasy. Sweet kan fragrance dia?"
Already in your pocket bebeh.
Yang susahnya perempuan ni kalau nak handle bila kau kena jenis andartu. No offence tapi memang gadis macam ni selalunya garang dan jenis tak ada toleransi langsung. Bertolak ansurlah sikit. Itulah sebab Juruteknik Bahagian Paip & Saliran tu manusia bukan robot. Nasihat aku just memberuang (bear) with it & jangan lupa senyum. Kalau kau tak tinggal solat oklah tu. Ha ha.
Ah. Panjang betul aku tulis kali ni. Gerak khas dulu. Jangan lupa to apply your game face!
**Kemaskini: Ditto Hans ada forward cerita tu kat aku. Heh.**
Dulu, masa adik-adik (peh) u.s.i.m datang melawat tempat aku kerja demi menyempurnakan projek paper ekonomi mereka, ada macam-macam soalan yang ditanya. Ish dahla hot-hot semua. Kalau bukan sebab bos ada ditepi. Aih.
Dalam banyak-banyak soalan yang ditanya, ada 1 yang aku ingat.
"Macam mana tuan meningkatkan produktiviti atau memotivatekan pekerja syarikat tuan"
Kurang lebih macam tu lah. Sebagai jejaka hero aku jawab simple aja tanda cool.
"ROWE."
Aku tau kau orang semua pun mesti tak tahu. Ah macam pelajar u.s.i.m lah kau orang ni. Result Oriented Work Environment. Senang kira macam flexi hours yang sesetengah majikan implement tu. Aku sedari waktu belajar dulu memang minat scheme sebegini.
"Apa jadah datang kelas awal-awal kalau enjin tak panas? Sia sia saja.", kata Mok kepada Nuzul seraya berjalan menuju ke kelas.
Nak cerita perihal flexi hours ni memang panjang. Tapi mungkin cerita Encik Semut ni boleh dijadikan pedoman.
[Sebagaimana diceritakan oleh Ditto Hans]
Semut ni memang gao kerja. Kerja senantiasa. Walaupun kerja sikit tapi bekalan makanan/resources ada saja. Tak pernah putus. Begitulah kehidupan seharian makhluk cinonet ni. Arakian suatu hari, Raja Rimba, Singa pun pelik sebab dengan fenomena kaum semut ni. Kerja rilek macam tu pun tapi hasilnya banyak aje. Dahla tak ada supervison. Disebabkan telah diasuh di sekolah tinggi, maka Singa pun melantik seekor supervisor untuk kaum semut, Si Lipas. Ini bertujuan untuk menaikkan mutu produktiviti. Yelah, kerja tak ada supervison dah banyak macam ni, kalau disupervise? Peh.
Rule pertama sebagai supervisor, Si Lipas mengimplement sistem punch card. Semut masuk awal pagi kena punch card dah sekarang. Sementelaah tu juga, Lipas telah renovate macam-mcam dekat tempat koloni semut tuk jadi ofis dia. Tak cukup dengan itu, dia lantik En Labah-labah jadi clerk of work. Macam-macam report dia buat apa bagai. Nak lagi tip top, Si Lipas dah hire Tuan Lalat jaga IT Dept. Buat website sebarang dua barulah gerek. Nak tunjuk name card pun tak segan. Ada email sendiri nama company ke.
Berbulan berlalu, report hasil kerja semut sampai ke paw Raja Rimba. Bukan lagi banyak hasil lagi menurun mutu kerja dan hasil resources. Raja Rimab jadi hangin lantas upah Burung Hantu untuk siasat perkara ni. Tup-tup Burung Hantu report kepada Raja Rimba yang para pekerja dah hilang motivasi, overcrowded apa semua. Nak settlekan problem ni Raja Rimba ambil tindakan untuk reduce staff. Siapa Raja Rimba sack?
Tentulah bottom spot, En Semut.
=)
Hah, siapa ada tahu kerja kosong kat tempat implement rowe ni bagitahulah. Macam google ka nuffie ka. Haha.
tak apalah ami follow. boleh beli burger on the way.
Klak. Dum. Vroom (bandar menderu laju - inside pun)
bang, hang prefer berniaga or kerja makan gaji? (tak ingat dah dia tanya macam mana. nak kaya ke atau soalan ni)
...kalau nak kaya, berniagalah. simple judgement yang fasal 9/10 tu. ...tapi kalau hang tanya abg, abg pilih kerja biasa-biasa sudah.
berniaga? habis ada orang tu berniaga tak kaya-kaya pun sampai sekarang.
ada 2 benda kalau hang tanya abg. 1 dah belum rezeki dia ye tak. yang keduanya mungkin salah dialah. tak jaga expenses. maybe overhead terlebih-lebih ke. tapi tulah kalau abg prefer kerja biasa-biasalah. hang nak cerita kaya, hang nak kaya sampai mana? esok hang berniaga untung banyak ada orang lebih banyak. apa yang buatkan orang tu jadi kaya? ada sejuta dalam account bank?
let's say hang ada sejuta. ada orang ada 2juta. dah hang kena beat. esok hang dapat 2juta, nak 10juta. tu belum cerita billion. sampai bila nak habis. hang esok dah top malaysia, nak kena beat forbes all time list tu pulak. tu belum cerita fasal all those bad things related to getting rich and stuff. yelah, truthfully speaking, fasal rasuah tu dan macam-macam lagi. hang nak kena kenal orang tu la. orang ni la. dari apa yang abg nampak a. boleh je nak kaya jalan lurus. tapi penat a.
heh.
tapi tulah, as a saying once goes,
it's not a sin to be rich, but it's (sometimes, one way or another) a sin to be filthy poor.
bukan hina jadi miskin, tapi takut bila miskin ni lead to various social problem. ..tapi bukan semua macam tu ye tak. plus, kalau hang nak kumpul harta for good deeds plus tak terlalu hubbuddunya tak apalah. lagi cantit ada. heh.
bagi abg kalau dapat financial freedom pun dah cantit. kerja rilek-rilek. generate passive income sikit. kurangkan expenses. doodads jangan banyak.
haha.
apa-apa pun tulah, hang kena sort out dulu apa purpose hang dalam dunia ni. ultimate purpose hang. orang lain mungkin leh jadikan nak kaya as goal diorang. tapi hang boleh afford ke? seriously speaking. kita ada gak tanggungjawab tuk afterlife ye tak. heh. dah kata hidup kat sini persinggahan. heh.
kalau kat bumi ni abg rasa untuk abg ultimate dream ialah untuk jalan keliling dunia. tak perlu nak lavish, posh apa bagai. cam banyak orang leh je journey sempoi-sempoi. accomodation basic sudah, yang penting flight ticket je.
pergi rome ke. tengok niagara. layan ruin aztec apa semua tu. heh. mungkin nampak macam tak berapa siuman atau hilang pedoman, tapi hang rasa esok (kalau) dah masuk syurga dapat ke pergi semua ni. mungkin dapatlah ye tak. syurgakan paling cool tempatnya tapi mungkin feel dia dah tak sama. eh. haha, merepek apa ni.
lagipun abg rasa tuhan tak ciptakan manusia bermacam-macam jenis (walhal bapa asal semua orang sama sahaja) kalau bukan nak suruh kita kenal diorang dan budaya masing-masing ye tak? super orgasmic apa dapat tengok, jalan 1 dunia sebelum berangkat ke dunia lain. heh.
hehe. ye gak tu bang. dah sampai ni. japlah, nak call ija ni, tak nampak pulak dia dekat terminal perlepasan nih.
Dulu dulu. Dulu ada seorang master pencak bergaduh. Mobo Man namanya. Dia ni gagah gila. Kiranya kalau setakat 10orang pengamal karate/taekwando senang-senang aja dia kalahkan. Pengamal ilmu kebal tak tahulah. Mungkin ambil masa sikit kut.
Mobo Man memang jenis rilek. Tidak suka pergaduhan dan amat cool dalam mengawal amarahnya. Memang setenang airlah gamaknya. Oh lupa pula, ilmu pencak dia ni diasaskan oleh seorang wanita yang pada ketika itu hendak ditapau oleh gengster. Kebetulan ada seorang wanita, survivor holocaust pembersihan pusat pengamal ilmu bergaduh ni yang ajar dia pencak bergaduh ni. Wing Chun namanya. Jadi mungkin secara tidak langsung affect mengamal wing chun ni agar lebih relaks dalam pergaulan seharian. Maksudnya janganlah asyik nak cari gaduh saja. Ish hangpa ni.
Pun begitu, ketenangan Mobo Man ni ada hadnya. Pada ketika negaranya dijajah orang Mobo Man sudah tak berapa senang. Tapi nak buat macam mana, jepun lebih kuat masa tu. Jadinya dia akur saja. Akan tetapi, ada satu ketika, dipendekkan cerita, Mobo Man experienced dengan mata kepala dia sendiri kematian countrymen dia. Jepun yang bunuh. Perlu diingatkan yang countrymen terbunuh tu takdelah baik sangat dengan Mobo Man. Malah boleh kata musuh runcit-runcit jugalah. The rest is history. Mobo Man tapau semua dan negara aman. Eh.
Dalam hidup ni, aku boleh tolerate banyak perkara. Misalnya,
1. Makanan tak sedap. (bersyukurlah ada orang makan siput babi je)
2. Orang pakai atam lama nak mampus. Warga asing ni selalunye. God dammit.
3. Tandas penuh waktu nak berak.
4. Kena paksa pergi pasar (which i heavily dislike.)
5. Perut gori Sepupu yang kecil suka nak kacau barang orang/orang tengah main game.
6. Kereta pasang hazard light ketika hujan. (Pandai tak boleh nak ikut, bebal tak boleh nak diajar)
7. Orang beratur line 2 row sekali.
8. a7x tak dapat datang malaysia.
9. Tak dapat jadi sessionist mrs. whibley.
dan lain-lain lagi.
Aku yakin kau orang pun ada juga. Heh. Tapi semua ni aku boleh tolerate. Yalah bukan semua orang perfect dan mana tahu benda yang kau tak suka tu lebih baik untuk kau.
TAPI!
Perihal benda-benda yang melibatkan kekitaan ni (bukanlah nak pupuk sangat semangat kekitaan ya) aku memang tak boleh blah.
1. Orang kutuk proton misalnya. (toyota dulu naik bukit pun boleh turun tahu. japanese support juga.)
2. Warga bukan bumi kutuk Malaysia. (Kalau bagus sangat balikla negara nenek moyang kau. Palatlah! Tengok apa kau boleh jadi dengan rakyat ratus juta tu.)
3. dan..apa lagi a? (kepala tengah sibuk main game nih)
Ya benda-benda ni questionable. Rasuah. Teknologi celup dan lain-lain. But what i mean is, sebusuk-busuk benda/tempat kau ni, apa sikit pun dia tak contribute pada apa yang kau dah jadi sekarang ke? Dia tak buat kau who you are ke?
"I am what i am because of you" - Lane Nomura to Kaz Nomura.
Aku tak boleh terima sial. Duduk situ pastu kutuk-kutuk. Babi kalau handal sangat keluarlah. Kimak. Tak payah nak kata kat aku "cool down mok, violence can do nothing". Fucking shit. Aku rasa dalam hal ni mungkin boleh base kepada ajaran islam. Kau tak true selagi kau tak sayang/kesian saudara kau macam kau care fasal kau. Kalau tak sampai bila-bila benda/institusi yang kau perlekeh tu nak maju. Semua duk fikir batang kote sendiri. Janji lepas sudah. Dah dapat kerja feeling. Panas sial. Ha suruhla aku bertenang lagi. Daripada kau orang semua cakap, baik aku cakap dulu.
The thing is, aku rasa, banyak orang tak fikir dulu dalam-dalam apa yang dia nak cakap, kan? Mungkin aku juga sama. But maybe that's what god freaking mate is for Jack.
Haih.
"Those who can, do, those who can't teach"
Aku nak kena sambung main gamelah. Tribe leader kena kuat. Anak buah bergantung nih. Heh. Oh for those fuckers who had anything sort of the same shit being plucked out earlier to say to me, i had but one thing to advice.
SHINE IT UP REAL NICE, ROLL IT UP REAL TIGHT, TURN THAT SUMBITCH SIDEWAYS, AND SHOVE IT UP IN YOUR ASS.
thanks amir hafizi.
Goodday.
ps: being a real gentleman i am, i would like to convey my apologies if my ever intended post causes you to had a bad day.
pps: tengok video ni kasi tenang balik.
cikgu bruce lee pun tau hormat. ada dia kata china lemah, bodoh tu sebab tak dapat defend negara sendiri? dia cuba buat apa yang termampu dan terbaik dia buat. dia dah defy statement 'what can but one man do'. malu la wey!
Dulu. Dulu, masa aku tulis entri ni, aku terlupa nak mention tentang mee goreng mamak yang killer di nilai lama. Lebih spesifik di sebelah masjid nilai lama. Ya betul-betul adjacent.
Kedai ni diuruskan oleh segelintir mamak (?) yang pada pendapat aku berniaga untuk menampung/menjaga kebajikan orang-orang mereka. No offense but it's actually a good thing. Alah, perkara biasalah bagi masyarakat minoriti di sesuatu kawasan.
Macam orang dari sicily di amerika, segelintir melayu di england, yang bukan bumiputera di sini dan banyak lagi. You get the drift right? people would usually perform at its best under appropriate pressure. Macam graft loceng tu.
Berbalik kepada kedai mamak ni. Kalau di nasi kandar lawood aku cakap tempat dia muhibbah habis sebab bermacam kaum datang melahap di situ. Dari black ke yellow. Dari purdah ke hot chickas super under 30cm mini skirt yeah. Tapi Kedai Masjid Lama ni (tu nama rasmi dia. aku tengok di papan tandalah), dia punya muhibbah super orgasmic. Bukan dibuat-buat sebab nak rasa makanan sedap tapi just nak hang out. Tetapi memang true muhibbah.
Contohnya, macam pagi tadi. Lepas order 2 pinggan mee goreng dan 3 untuk bungkus, pemuda segak duduk semeja dengan warga emas. rambut tinggal beberapa jujuran saja (ada ke penjodoh bilangan ni). putih. seluar longgar diikat (?) dengan talipinggang atas paras pusat. hampir ke dada. menunjukkan usia dah lanjut. kut.
"Hell, I've always been old Ben. Ya' know what though, I don't mind. I mean if my muscles ache, it's because I've used 'em. It's hard for me to walk up them steps now, its 'cuz I walked up 'em every night to lay next to a man who loved me. I got a few wrinkles here and there, but I've layed under thousands of skies with sunny days. I look and feel this way, well cuz I drank and I smoked. I lived and I loved, danced, sang, sweat and screwed my way thorough a pretty damn good life if you ask me. Getting old ain't bad Ben. Getting old, that's earned. - Maggie McGlone:"
Uncle, sini ada orang a?
Tada tada. Luluk luluk. Saya minum teh saja. Luluk luluk.
*senyum, sambil lihat teh pakcik tua tadi baru sampai*
pakcik tua menghulurkan sekeping not seringgit dan satu syiling 50sen
pemuda segak terus terbayang bibit-bibit gambar fotografi dalam buku chronicle of malaysia: 50years of headline news. poskad town lama-lama. yang dulu jalan raya penuh dengan manusia instead of kereta. poskad-poskad lama dibandingkan dengan gambar baru untuk lihat apa yang dah dicapai setakat ini.
eh.
tu buku lainkan? 400 post-war postcard ke apatah. alah, lupa la.
pakcik tua tadi lepas minum dengan cepat terus berlalu pergi tanpa ucapan selamat tinggal atau flying kiss. mungkin nampak awkward kut dah tua-tua sebegini. pemuda segak sebenarnya masa nak initiate perbualan dengan pakcik tua tadi, macam-macam dia fikir. memang kebiasaanya dia buat macam tu.
dia fikir kalau orang lain ada nak bersembang tak? ada kut. tapi kenapa ada kut? tak boleh bersembang macam biasakah? macam biasa-biasa dengan orang lain (mereka). 'Benda' nak pemuda segak nak cakapkan ni agak universal, tetapi mungkin stigma 'kita' sendiri.
Kalau melayu, kalau dengan cina mesti fikir mereka ni jahat. Nak rampas tanah. Suka tipu harga. Tak pernah ikhlas dalam hubungan. Hubungan perniagaan mahupun hubungan itu. Eh. Tapi pernahkah kau cakap semua tu sambil cermin diri sendiri?
Kalau masyarakat islam umum mesti tanggapannya negatif terhadap israel. Yalah sudah termaktub dalam al-qurankan. Kau tak tahukah? Pergi buka tafsir balik. Kalau dulu-dulu white memang tak boleh ngam dengan black. Harlem tu kira abis restricted arealah (?) Heck, antara sesama sendiri pun sama juga apa. Kau bayanglah kalau dulu west coast jumpa east coast macam mana.
What i'm trying to make a point here is that aku rasa bila dalam perhubungan antara manusia, rule of thumb dia ialah,
innocent until proven guilty, daripada guilty until proven innocent.
alah. mohammad bin abdullah dulu pun mengajurkan bersangka baik terhadap sesama insan. kalau keturunan dia jahat, takkanlah dia pun jahat. kau tengok sajalah wirna tu. mak abah bomoh otai, anak elok je terpelihara. ewah. Kalau sekarang engkau tengok orang duk sedap duk ada gosok sental babi kat belakang rumah, aku rasa bukan setakat ohbulan atau alalalan dot com dah kau terjah, habis muka depan kosmo kau (mungkin) tohmah dia.
Banyak betul kedai tutup hari ni. Hampir semua shoplot di nilai ni tutup. Nak laminate pun susah. Hah berani kau kata tuan mlayu lagi?
Dalam banyak-banyak tempat aku pergi, adala dalam 2, 3 kawasan sahaja yang aku rasa semacam very close to heart. Aku kira aku dah pergi banyak tempat jugalah dan tinggal di sana. Although mungkin tak menetap, tapi yang terpendek pun dah exceed 3, 4 minggu kira maustatin jugalah kan? Kena solat jumaat di situ.
Dari klang ke penang. Kemudian ke tanah merah. Dari kelantan ke shah alam. Kemudian ke sepang. Boleh juga kira kut experience sewaktu menuntut (bahasa apa ni?). Dari kuala lumpur ke gerik. Dari labu ke gopeng. Dari johor bahru ke gambang. Dan sekarang nilai.
Banyak-banyak tempat yang aku lawati/diami ni aku rasa, banting/klang dan ipoh saja yang aku rasa paling cool dan ingin tinggal menetap di sana. Ya aku memang kodi.
Ah the simpleton simplicity it offers.
Banting/klang aku tak tahu sebab apa tapi rasa betul-betul serene. Rasa macam hang out dengan arwah atuk aku pula. Mungkin sebab tu kut. Sebab atuk aku. Tipikal rumah di area ni, rumah kayu bukan atas tanah. Kawasan tak berpagar. Laman luar rumah yang tak besar sangat tapi ample.
Aku rasa aku jatuh hati tang rumah and surrounding area dia kut. Part pekan dia tak la sesedap mana. Heh.
But if it were to be decided, aku rasa ultimately ipoh juga yang aku pilih. Peh dia punya perasaan vintage tu kau tak usah nak cerita atau argue dengan akulah. Setiap kali lalu pekan eh bandar ipoh on the way ke bekas stesen bas ke tanjung rambutan, aku mesti ushar keluar tingkap dan lihat rumah-rumah kat sana.Semua rumah-rumah tu bermain di mata aku macam dalam gambar polaroid semi usang tu. Peh.
Alah susah sangat kau ambil gambar pemandangan memory lane (bukan memory lane company card tu bang) tu dan kau ambil gambar rumah petite. Kau tengok 2, 2 tu sekaligus. Mesti boleh bayang punya.
Rumah yang agak petite comparing dengan tanah yang luas. Small but suffice. Tanah lapang luar rumah yang besar dan kebiasaanya di pagara depan ada 2 pintu gate. Kiranya kau boleh buat separuh bulatan penuh bila nak masuk rumah tu. Faham ke? Masuk pintu lain keluar pintu lainlah kereta tu. Shit.
Aku juga tak berapa nak grasp kenapa aku minat keadaan rumah macam ni. Aku rasa ni semua salah orked, atau lebih spesifik sepet serta krew-krewnya. Atau pun aku sebenarnya minat benda/perihal vintage ni.
Dari dulu lagi masa kecil bila balik kampung aku dah jatuh hati lihat rumah-rumah macam ni dekat ipoh. Haih. Aku kalau ada duit memang dah lama beli tanah dekat sana dan buat rumah sejibon macam ni. Tapi, ada ke orang yang minat tinggal tempat-tempat semi-suburb macam ni? Hehe.
boleh ke kanak-kanak palestin dan israel sama-sama main layang-layang macam ni?
Aku tau. Mesti kau semua dah heboh semua tahu fasal israel buat hal lagi di gaza.
Ya. Routine yang sama. Orang sambut tahun baru. Israel bedil gaza. US and A dapat presiden baru. Tebing barat menganga sajala.
Tu belum kira yang lain-lain (baca: negara lain especially sekutu arab).
Aku bukan ignorant tapi bukan sikap aku untuk asyik bercerita perihal yang dah basi (?) tapi tidak ada satu pun permenant corrective measure yang dibuat. Sia-sia tahu. Mesyuarat sana. Sidang sini. The death toll still rising. Apa kau benakkah sampai tak ada apa-apa perubahan? Kalau kau tak buat sesuatu tak apalah juga tiada result. Tak usah kata tuhan tak izinkanlah goddammit.
Kau mungkin kata at least kita buat something, kita dah cuba. Tapi entahla. Aku rasa pathetic dan hopeless sungguh kalau still macam tu.
Aku rasa ini semua sebab memang nature manusia. Selagi tak kena pada batang hidung sendiri selagi itulah rilek saja. Ya, kau. Dan aku pun sama.
Tak payahlah kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kau boleh kata peribahasa tu pada kanak-kanak israel yang menderita dalam gambar-gambar yang rakan kau kirimkan melalui surat elektronik tu? Siapa cakap memang tak boleh sebab halangan berlainan bahasa memang kurang ajar. Serious boleh 'ak?
Dem.
Seperti mana-mana approach yang aku selalu apply, instead of nagging and spend relentless night thinking how stupid things would have change if you do that or do this, lebih baik focus all your mind and body works to seeking potential ergo permanent corrective solution. Ya, macam SADS tu.
Sama juga macam yang aku katakan di atas, kau mesti dah tahu pelbagai jenis dan cara mahupun approach yang kau boleh adapt in handling this particular case. Lainlah kalau internet tu kau guna untuk pergi badman's tumblog sahaja dan tidak bersosial ergo tidak mendapat rangkaian email-yang-orang-selalu-hantar-tu-ala-macam-nsyikin-mmc-selalu-send-tulah-yang-kau-boleh-letak-nama-pangkat-tempat-kerja-jawatan-dunia-tempat-tinggal-akhirat-kelak tu.
Semua approach tu kau boleh cuba. Tapi yang ni lebih praktikal, senang dan mudah nak execute. Kut.
Tapi cakap fasal boikot produk us and a, macam mana dekat blogger.com? facebook? windows?
=)
Plus, ada orang kata macam mana pula dari segi employment? Mereka yang kerja di tempat/syarikat yang kita nak boikot ni semua kena berhenti? Siapa nak tanggung makan minum dia orang? Kerajaan? Ada orang katala...
Apa-apa pun, yang penting selalu jelah kau ingat mereka ni bila habis lepas solat. Dah kata iman tak sempurna kalau tak ingatkan? Tapi ni macam mana nak tolong orang palestin kalau solat pun tak cukup. Pung pang pung pang sana sini nak pijak kepala askar israel lah. Nak bedil ketiak penjahat israel la. Solat pun tak cukup, kata Haji Sirajudin kepada kuliah agamanya.
ps: nak lagi? cuba baca di pautan ni. baca slow-slow biar faham ya.
sedang cerita fasal pembayaran balik ptptn dan yuran kolej yang mahal..
bah, sekarang ni yang yuran sekolah free tu ada lagi ke?
ada lagi.
dia dekat malaysia ni, apa yang free bah? pendidikan, kesihatan..
hospital pun kena bayar..seringgit untuk pendaftaran..patutnya tak payahlah, dah seringgit je..minimal trivial betul.
itulah..patutnya benda-benda macam air semua tak payah diprivatekan..nanti boleh la cover untuk yang lain..kasi servis kesihatan free ke.
air memang free..tapi dia kata untuk caj maintenance, rawat air..
yang itu kita bayarlah, cumanya esok-esok kalau ada untung jangalah dia seorang ambil, kasilah balik pada kita..boleh kasi buku teks percuma lebih banyak ke, makanan tambahan yang rmt tu lebih lagi ke..
ada blog yang abang baca tu dia selalu buat research fasal benda-benda ni dia quotelah hadis-hadis nabi ke, hadis pun kata yang 3 benda ni hak orang ramai, air, api dengan padang..
Macam mana Romeo tahu Juliet untuk dia? Macam mana Yusof tahu Balqis tulang rusuk kiri dia yang hilang tu. Macam mana pula Mahathir tahu dari pandangan mata yang pertama bahawa Hasmah adalah teman dia yang setia di sisi during good or bad sampai tua la ni pun.
Macam mana you ask me?
People tend or make use to believe that we will only get what we strive for. Jarang-jarang kita dapat benda yang kita tak usahakan atau sangka-sangka seperti dapat pelempang dari rakan sebaya akibat tolak pinggang kita laju-laju ke hadapan di pasaraya mydin terengganu ataupun dipeck di pipi oleh liyana jasmay.
ah.
It's a good thing actualy (both being pecked by lj and the statement mentioned). Kita menoreh, kita dapat susu getah. Kita kayuh basikal, kita lose some calories. Kita makan double prosperity burger kita gain balik 2 3kg. Normal. Cause and effect. Tetapi rule cause and effect ini tiadalah muktamad dan absolute resultnya.
Maksudnya, kita mungkin dapat susu getah bila menoreh, tapi siapa tahu pagi tu cuaca tak baik getah tak keluar. Kita mungkin boleh burn some calories dengan berbasikal, tapi mana mungkin kalau setakat berbasikal 5 minit sahaja. Double prosperity mungkin tambah berat badan kita, tapi kalau kau aneroksis, daging burger tadi sia-sia saja jadi bahan muntahan kau selepas makan.
Point in case, bila semua ini terjadi, reaksi kimia dalam badan manusia mulalah nak ambil peranan. Yalah, aku faham, kau dah berusaha gao-gao, akhirnya result pmr kau 4b 4d sahaja. Atau penat-penat kau buat macam-macam, korban itu ini, akhirnya dia nak juga ke mamat rempit itu.
Hai, nasiblah badan.
Kita manusia, bukan robot bukan malaikat. Eh. Kita memang ada perasaan which is by the way, a very miraculous thing/feeling(?). Kau penampar aku memanglah panas jadinya. Kau panggil Lily Evans mudblood, tergurislah hatinya, atau kau panggil lj marka mok, sukalah hati mok.
Sebab itu Mohamad bin Abdullah ada banyak bagi guidelines dalam handling feeling ini. Kalau marah, kita duduk/baring/berwudhuk. Kalau serakah sangat kahwin. Kalau tak mampu sangat puasa ajalah. Dengar tu falikh.
Eh.
Di masa-masa ni, when things turn out not according to your liking, instead of frowning atau berkelakuan seperti najis, eloklah kau senyum. Ya, you heard me right, smile. Senyumlah, yang kau masih ada dalam radar yang maha kuasa di atas tu. Senyumlah, despite all the hectic, nowadays systemhad to offer made you do/into, kau masih digegarkan sekejap, disedarkan untuk muhasabah (peh perkataan), to look back what you've so far and what not.
Percayalah, it's really worthwhile to be snapped out of our conscious (yeke?) to re-examine what is right, and what's need to be amended.
Pada masa ini juga, selain muhasabah diri tu (peh perkataan sekali lagi), when things go against our liking, kau juga layak untuk senyum. Bukan untuk di-rehabkan tetapi untuk discover apa yang mother nature sediakan untuk kau. Bila result pmr tak seperti dijangkakan despite all the late night oil burning, kau kena masuk sekolah harian instead of sbp atau mrsm. Tup-tup rupa-rupanya kaulah Amalina Che Bakri tu. Bila kau mengandung dan lahirkan anak yang tidak berapa nak sihat ie cacat sedikit dan instead kau buang/bunuh anak tu, kau bela dia. Tup tup besar esok Ludwig van Beethoven rupanya. Dan banyak lagi transition point yang kau tak duga-duga mother nature sediakan untuk kau. Apa yang penting perlu kau ingat ialah,
Alternative. Post rock. Alternative rock. Grunge. Electic Rock. Postronica. Instrumental. Ballad. Hard rock. Metal. Nu metal. Black. Pop. Pop rock. Punk rock. Punk. Death Metal.
Apa yang nak jadi hal ialah benda yang popular dengan benda yang populis.
Dulu The Strokes belum popular, ada orang follow. Bila dah popular, dah up sikit, banyak konsert 'bukan underground' dah main, follower asal dah tak ikut. Bila benda-benda yang dulunya di hail sebagai kul, urban (urban ke?) dah popular, ramai orang follow and minat kau dah tak suka. Ada kes-kes yang ekstrim kau fuck.
Bagi yang tipikal (ada sesetengah kes poser ja sebenarnya) fuck mereka - especially band-band music ni, kata dah murtad, tak underground, tak kul, dah khianat masuk mainstream.
Okay kejap.
Mungkin topik ni boleh pergi luas sangat. Tak payah pergi jauh kita main malaysia je. Bila musik sedap, orang dengarlah. Bila kau follow, kau ajak rakan kau ikut pergi gig depa, the community enlargelah. Janganlah jadi tipikal love concept sangat - bila kau minat sesuatu, kau taknak share dengan orang lain, kau nak hid benda tu jangan bagi sesiapa pun tahu, biar kau seorang saja yang own. Possesive sungguh.
Sebaliknya aku rasa dalam hal ni, kalau betul kau minat, kau patut letak 1st priority atau interest band tu yang teratas. Kau mesti nak tengok dia berjaya gao-gao kan. Bolot habis semua recognition yang ada. Perform di merata tempat in the name of good music.
hulur mouse pada gambar untuk lihat hujan
Kau nak tengok estrella, bittersweet, killeur calculateur main under sampai mampos kah? Bapak tak berkembang. Kalau esok-esok dia dah berkembang, anak bini nak bagi makan pakai apa? Sorakan padu kau orang? keikhlasan kau orang? Kau bagi la makan ikhlas tu pada anak bini mereka. (okay, keikhlasan tu tuhan yang balas ya. macam dalam ayat terakhir surah al-baqarah tu.hihi)
Kalau masih di takuk lama, aku rasa lama-lama dah tak main la mereka ni. Mungkin aku tak berapa ariff sangat perihal scene muzik kita ni. Tapi kau tengoklah band-band dulu. Band yang sedap antaranya macam, Blues Gang, Carburator Dung, Free Love, Couple, Candy, Juliet the Orange. Mana pergi semua? Semua nak santapkan serakah underground kau tulah.
Nasib baik yang agung-agung macam Butterfingers dan OAG tu adalah jugak lagi.
Kau perlu ingat wey kalau mereka tak ada support - both physically (monies) and spiritually, macammana nak survive. Dahla scene muzik malaysia ni tak berapa nak membantu. Jason Lo dan Loque juga setuju. Lainlah kalau nama kau Siti Nurhaliza.
Aku rasa kalau the likes of Butterfingers ke mesti dah lama pergi jauh kalau mereka lahir di Amerika dulu. Main di Woodstock ka Glastonbury ka. Heh.
Band-band ni semua sedap. Kalau muzik macam hampeh tak apa lah juga nak fuck.
Aku rasa all in all, terpulang kat individu. Yang paling tak boleh blah bila kita dah up je, dah famous je mesti cerita yang tah apa-apa keluar. Macam Noh dulu layan hip hop ke. Habis utiliti macam youtube dikerah. Ha ha. Tapi as the old adage suggest, that's the price of popularity. Ontahla.
Yang aku rasa kadang-kadang jadi hal, benda ni merebak ke rakan-rakan sebaya dan tidak sebaya. Kena kutuk kalau masih layan that particular band lagi. Tapi mungkin tak berapa significant kut di alaf advent of technologies of different sorts ni. Orang pun dah bijak. Takkan manjang nak me-sms je bila layan sehati Berdansa.
Eh.
Macam aku kata awal-awal tadi, ni semua mungkin sebab inferiority complex terhadap people surrounding us. Agaknyalah kan. Semua nak kita yang kul, kita yang urban, kita yang agung. Lagi rare band tu, lebih agung kita. Ya, betul, aku selalu jumpa orang macam ni. Mungkin kau kata itu terpulanglah kat diorang, dia orang punya hak lah nak search band-band pelik.
Ikut kaulah labu.
Orang main sampai dah jauh-jauh patut kau banggalah. Kata Boleh-land kan? Patut bangga boleh main tempat-tempat yang kau kata kul tu. Tempat yang jadi tempat lahir muzik yang jadi influence mereka dan ramai orang lain. Apa tak supportive langsung. Dasar gen melayu kan. Orang lebih sikit ja nak fuck. Fuck, fuck, fuck. Memantat je la kau tahu kan. Kerja senang. Kut.
"..semua orang kau nak fuck, but guess what, you're all the lame ones! - republic of brickfields"
Teruskan main ya hujan. Aku tau kau tak hirau deh dengan orang lain. Kalau asyik nak hirau nanti jadi pula kes Cerita Bapa, Anak dan Keldai kan?
Bah, abah ada baca entri KJ itu hari fasal Husam tu?
Ha? aa, takde. kenapa?
Tak adalah, cerita fasal hudud dia tu. fasal hukum hadd tu.
ceritala sebab apa.
tak, kan itu hari ada apa nama debat ke, perbincangan ke ceramah apa tah..
oo, yang dekat kota bharu tu ke? ha, debat debat.
ha, kj itu hari ada tanya si husam ni tentang komen pas fasal hukum hudud ni, on ke tak on. lepas tu husam ni cakap la jadi. on je. pas mesti mahu buat. si kj ni tanya la sampai 2 kali lepas tu fasal hudud ni. dia kata dalam blog dia la.
...
tak sampai 24jam lepas tu, supremo dap lim kit siang ada cakap, yang perihal hukum hadd ni tiada termaktub dalam rangkaan pr masa nak merge/join dulu. so dia mintala yb husam terangkan balik apa yang jadi.
lepas tu, husam pun katala, yang hukum hudud ni tak boleh nak execute dulu sebab tidak mendapat kata sepakat komponen pr lagi. kena ada persetujuan semua baru boleh laksana.
tak! ni semua umno lah ni. cuba tengok ya yang cerita fasal sembelih ayam. orang islam nak makan ayam memang kena sembelih ayam. so yang non-muslim kalau nak makan ayam, dia tak kisah sangat sembelih ka tidak. dia boleh makan.
tapi bah tu bukan hudud.
yela. tapi ni cerita hukum islam. hudud tu nama dalam arab. kalau melayu dia hukum islam la.
so patutnya husam tu kena stand up to his earlier statement la?
ni umno ni la yang salah. tengok ye, umno ni sebenarnya telah menerima hudud secara indirectly. tengok tu antaranya mahkamah syariah. kalau bukan sebab nak laksana hukum islam, tak akan dibuat mahkamah syariah kan?
hudud ni memang kena laksana. dia hukum tuhan. kalau orang mencuri kena potong tangan. kalau berzina kena sebat.
hmm. yelah. islam tu kan dia kata syumul. complete. so macam kalau hukum berzina kena sebat tu. dikatakan adalakan diorang ni buat research yang kuma-kuman hiv tu kalau ada boleh mati. provided orang tu survivelah 100 sebatan tu (eh ke 99x?).
kj tu pun ada smash husam perihal guan eng masa dia baru-baru nak jadi km tu. kata dia dulu masa di penjara pemimpin pas datang and dia dalami islam la. and kata dia nak contohi khalifah umar abdul aziz. tapi tentang hudud dengan bapa dia.
sebut cerita ni teringat entri lim kit siang beberapa bulan lepas fasal islam ni. kit siang ni kan tengok orangnya macam berilmu. nampak gaya macam rajin baca. tapi bila baca entri dia, dia kata islam ni kalau syumul sangat kenapa tak terimacabang-cabang islam, mazhab-mazhab yang lain. syiah la.
eh syiah tak terima ke?
ha. syiah ni dia tak terimalah. syiah ni kalau nak senang cerita orang kata tak msuk syurgalah. dia dah terpesong sangat. extrimis. dia ni jadi masa lepas cucu nabi meninggal tu la. time hari asyura ja (asyura kan?) dia adala datang tempat ut meratap, carik-carik baju. tumbuk-tumbuk dada ratap kematian cucu nabi.
so, abang fikir kalau kit siang ni betul-betul ilmuan dia mesti tahu kenapa islam tak terima syiah and ada cabang-cabang lain yang terpesong tu.
yang mazhab-mazhab tu tak apalah. kita terima kan?
hmm..yela. hukum tuhan. bilmakna dia perfectlah tak macam hukum manusia ni. jadinya macam mana kita tengok pun kalau nampak hukum tuhan ni tak sempurna maknanya we are not looking hard enough. tapi nanti ada pula orang kata, kalau nak laksana hukum islam sangat, janganlah amalkan riba'.
yalah. riba ni...apa..tu yang diadakan islamic banking *mula cerita ntahapaapa perihal islamic banking yang tidak berapa nak tepat*
tu nama je bah. bank telah diislamkan. tetapi hakikatnya tidak.
eh mana ada. siapa cakap?
ada bah. abang ada banyak baca di internet kalau nak abang boleh forwardkan artikel.
ha. dia nama je islamic. bagi taruk nama arab sikit. pinjaman mudharabah la. ada akadla. bank beli dulu.tapi sebenarnya amalkan riba juga.... tapi kalau nak cerita hukum, riba ni mungkin kes lain. sebab orang yang buat-buat research ni. dia quote dari hadis nabi, nabi kata akan sampai waktu di akhir zaman nanti, orang dah tak boleh nak elak dari riba lagi, kalaupun dia tak ambil riba, dia akan terkena debunya.
hurm, itu i'm quite agreelah. berbalik hudud tadi. dia sebenarnya patut dilaksana. sebabnya dia hanya apply kepada orang islam sahaja. yang non muslim jangalah risau. kita ada undang-undang konvensional.
dia islamic banking. bila nak invest tu akan tengok sama ada syariah compliance atau tidak. kalau tak tak boleh. kalau nak labur pada bank lain pun kena tengok sama ada bank tu islamic ka tidak.
contoh katalah, kalau kita ambil loan. loan konvensional dengan loan islamic, mana lebih mahal?
hehe..ada orang kata islamic. dah depan tu masuk. abah nak beli lampu.
"Hidup ni senang saja. Kalau lapar, makan. Kalau penat, rehat sekejap. Kalau mengantuk, tidur. Tiada yang kompleks. Hidup ni senang saja"
Aku second kenyataan di atas without any prejudice. Hoh.
Hidup memang senang, dan yang menyukarkannya hanyalah anda.
"Eh, nak makan kat mana hari ni a? Kedai ni ramai orang, kedai tu pula...tapi kalau kita..."
"kau tengoklah gitar ni. yang ni design body cun tapi 21 fret je. yang ni 24fret tapi tak ada humbucker. yang ni pula...kalau termolo arm pun tak ada.."
sampai tak ke sudah.
aku tau mungkin kau kata itu namanya conversation. orang nak communicate, nak bersosial antara manusia. but i prefer to differ (ritma jangan lupa. ha ha.)
ah. i think i've seen lot enough to say yang hidup ni singkat sangat untuk kau mengkomplekskannya (pardon kesalahan tatabahasa). tapi kalau untuk melihat marka cantik dan keajaiban alam tak apa.
kau fikirlah. aku selalu berhadpan/terlihat situasi di mana benda-benda trivial pun nak jadi isu. kau nak makan di mc donald tapi wang tak cukup. tak payahlah, esok masih ada. kau nak beli kasut, tapi menggila babi punya lama nak pilih. nak beli hdd pun susah. kadang-kadang kita perlu pilih and try to live with it instead of select betul-betul and make the stuff try to live with us. majikayo!
nak makan cendol, tapi malas. tak payahlah makan. nak main futsal tapi segan nak call futsal center, tak payahlah main. benda simple sial. kau fikir, kau tumpu banyak masa kat benda tu buat apa. masa kau lebih bagus digunakan untuk execute apa-apa activity.
"Time has never been to the essence of ours. Instead in everyday time of our life, we race agaisnt it"
Hah gempak tak. Aku reka sendiri tu. Ha ha.
Yang perlu distresskan di sini ialah benda-benda trivial sahaja yang kalau kau lihat betul-betul keputusannya hanyalah A atau B. senang. simple. mudah ya amat. lainlah kalau kau berdepan dengan isu nak beli rumah. itu mungkin perlu fikir dalam-dalam.
SADS. kau tau SADS kan? structured analysis for deriving solution. bukan nak kata apa, tapi aku rasa dalam setiap masa nak buat keputusan memang otak aku dengan secara mudahnya guna sads untuk derive solution (peh belagak sial mok nih). ala sads je pun dammit.
benda-benda trivial memang tak sepatutnya kau luangkan masa banyak sangat. kau kena pandai beza apa yang perlu attention kau lebih, apa yang perlu kau enjoy dan nikmati lebih. kita kadang-kadang kena go with the flow. enjoy apa yang mother nature (atau kau lebih suka takdir) dah sediakan untuk kita. kau tidak sukakah surprise dalam hidup kau? berdepan dengan situasi yang kau tak agak-agak dan belajar benda baru semasa nak selesaikannya. serious wey. life is more than just paper and chocolate.
Ewah.
Tapi kalau kau terlampau laid back sangat. Resultnya adalah kau berjalan mengelilingi Chow Kit untuk tempoh masa lebih sejam sebab nak cari gerai nasi lemak makcik 60sen tu. berjalan macam orang tak ada masa depan dengan 5 orang rakan lagi. muka buat-buat enjoy. sampaikan scene kemalangan di tempat kau mula berjalan tadi pun dah mula resolved. kereta remuk orang dah towed dan mangsa dah di bawa ke hospital. dan akhirnya kau sedar gerai makcik tu dah tak ada dan apa yang kau dapat hanyalah penat jerih lelah dan hilaian ketawa bersama lelaki-lelaki bebas. memang bebas.
Walaupun jarang-jarang nak dapat tengok mereka agree on something - well at least selepas mereka dah tak jadi premier-dynamic-duo tu lagi, at least at times, they do so.
Penafian: Soalan yang dikemukan di bawah adalah mainan fikiran penulis yang senantiasa atau kadang-kadang mengganggu fikiran pada kehidupannya yang tenang dan serba kul. Soalan di bawah tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa atau sebarang badan-badan organisasi.
Janganlah mengambil serious sangat terhadap soalan di bawah dan pada sesiapa yang tidak berminat/berniat untuk berfikir dengan tahap yang tidak senonoh dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan.
Lagi sekali penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada yang menjadi pengikut ayah pin ataupun ajaran agama (cult) sesat yang lain.
Hujan selalu dikatkan dengan rahmat tuhan. Dikaitkan dengan mercy tuhan yang sayang makhluknya walau apa yang terjadi. Dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim tuhan masih mampu memberi nikmat pada makhluknya.
Walaupun masih terdapat banyak lagi form of showing the gestures of god works or so called divine intervention, hujan masih lagi menjadi 'gesture' yang paling senang untuk lihat sama ada negara tersebut masih dilembayungi rahmat tuhan.
Point in case, kalau betul hujan merupakan rahmat tuhan, kenapa negeri Arab, negeri kelahiran kebanyakkan utusan-Nya hatta kekasih-Nya sekali amat jarang-jarang dikunjungi hujan.
Tuhan tidak sayang pada bumi arabkah? Tuhan sudah murka dengan bani arabkah kerana instead of helping saudaranya yang lain mereka lebih suka untuk membina bangunan tinggi-tinggi, kompleks besar-besar and live a posh and lavish lifestyle.
Apakah?
ps: soalan kali ini agak senang.cubalah.
Futnot: Sekali lagi niat hati penulis hanya untuk menambah ilmu. Akidahnya tidak sedikit/sama sekali goyah. Islam itu syumul.