Opsyen 1 atau Opsyen 2. Tiada Opsyen 3!

"Hidup ni senang saja. Kalau lapar, makan. Kalau penat, rehat sekejap. Kalau mengantuk, tidur. Tiada yang kompleks. Hidup ni senang saja"


Aku second kenyataan di atas without any prejudice. Hoh.

Hidup memang senang, dan yang menyukarkannya hanyalah anda.

"Eh, nak makan kat mana hari ni a? Kedai ni ramai orang, kedai tu pula...tapi kalau kita..."

"kau tengoklah gitar ni. yang ni design body cun tapi 21 fret je. yang ni 24fret tapi tak ada humbucker. yang ni pula...kalau termolo arm pun tak ada.."


sampai tak ke sudah.

aku tau mungkin kau kata itu namanya conversation. orang nak communicate, nak bersosial antara manusia. but i prefer to differ (ritma jangan lupa. ha ha.)

ah. i think i've seen lot enough to say yang hidup ni singkat sangat untuk kau mengkomplekskannya (pardon kesalahan tatabahasa). tapi kalau untuk melihat marka cantik dan keajaiban alam tak apa.

kau fikirlah. aku selalu berhadpan/terlihat situasi di mana benda-benda trivial pun nak jadi isu. kau nak makan di mc donald tapi wang tak cukup. tak payahlah, esok masih ada. kau nak beli kasut, tapi menggila babi punya lama nak pilih. nak beli hdd pun susah. kadang-kadang kita perlu pilih and try to live with it instead of select betul-betul and make the stuff try to live with us. majikayo!

nak makan cendol, tapi malas. tak payahlah makan. nak main futsal tapi segan nak call futsal center, tak payahlah main. benda simple sial. kau fikir, kau tumpu banyak masa kat benda tu buat apa. masa kau lebih bagus digunakan untuk execute apa-apa activity.

"Time has never been to the essence of ours. Instead in everyday time of our life, we race agaisnt it"


Hah gempak tak. Aku reka sendiri tu. Ha ha.

Yang perlu distresskan di sini ialah benda-benda trivial sahaja yang kalau kau lihat betul-betul keputusannya hanyalah A atau B. senang. simple. mudah ya amat. lainlah kalau kau berdepan dengan isu nak beli rumah. itu mungkin perlu fikir dalam-dalam.

SADS. kau tau SADS kan? structured analysis for deriving solution. bukan nak kata apa, tapi aku rasa dalam setiap masa nak buat keputusan memang otak aku dengan secara mudahnya guna sads untuk derive solution (peh belagak sial mok nih). ala sads je pun dammit.

benda-benda trivial memang tak sepatutnya kau luangkan masa banyak sangat. kau kena pandai beza apa yang perlu attention kau lebih, apa yang perlu kau enjoy dan nikmati lebih. kita kadang-kadang kena go with the flow. enjoy apa yang mother nature (atau kau lebih suka takdir) dah sediakan untuk kita. kau tidak sukakah surprise dalam hidup kau? berdepan dengan situasi yang kau tak agak-agak dan belajar benda baru semasa nak selesaikannya. serious wey. life is more than just paper and chocolate.

Ewah.

Tapi kalau kau terlampau laid back sangat. Resultnya adalah kau berjalan mengelilingi Chow Kit untuk tempoh masa lebih sejam sebab nak cari gerai nasi lemak makcik 60sen tu. berjalan macam orang tak ada masa depan dengan 5 orang rakan lagi. muka buat-buat enjoy. sampaikan scene kemalangan di tempat kau mula berjalan tadi pun dah mula resolved. kereta remuk orang dah towed dan mangsa dah di bawa ke hospital. dan akhirnya kau sedar gerai makcik tu dah tak ada dan apa yang kau dapat hanyalah penat jerih lelah dan hilaian ketawa bersama lelaki-lelaki bebas. memang bebas.

Shit. Ha ha.