Hai, nama saya Iniaz, siapa ni ada pegang tulang rusuk kiri saya yang hilang ni? Pulangla bak mai!

Macam mana Romeo tahu Juliet untuk dia? Macam mana Yusof tahu Balqis tulang rusuk kiri dia yang hilang tu. Macam mana pula Mahathir tahu dari pandangan mata yang pertama bahawa Hasmah adalah teman dia yang setia di sisi during good or bad sampai tua la ni pun.

Macam mana you ask me?

People tend or make use to believe that we will only get what we strive for. Jarang-jarang kita dapat benda yang kita tak usahakan atau sangka-sangka seperti dapat pelempang dari rakan sebaya akibat tolak pinggang kita laju-laju ke hadapan di pasaraya mydin terengganu ataupun dipeck di pipi oleh liyana jasmay.

ah.

It's a good thing actualy (both being pecked by lj and the statement mentioned). Kita menoreh, kita dapat susu getah. Kita kayuh basikal, kita lose some calories. Kita makan double prosperity burger kita gain balik 2 3kg. Normal. Cause and effect. Tetapi rule cause and effect ini tiadalah muktamad dan absolute resultnya.

Maksudnya, kita mungkin dapat susu getah bila menoreh, tapi siapa tahu pagi tu cuaca tak baik getah tak keluar. Kita mungkin boleh burn some calories dengan berbasikal, tapi mana mungkin kalau setakat berbasikal 5 minit sahaja. Double prosperity mungkin tambah berat badan kita, tapi kalau kau aneroksis, daging burger tadi sia-sia saja jadi bahan muntahan kau selepas makan.

Point in case, bila semua ini terjadi, reaksi kimia dalam badan manusia mulalah nak ambil peranan. Yalah, aku faham, kau dah berusaha gao-gao, akhirnya result pmr kau 4b 4d sahaja. Atau penat-penat kau buat macam-macam, korban itu ini, akhirnya dia nak juga ke mamat rempit itu.

Hai, nasiblah badan.

Kita manusia, bukan robot bukan malaikat. Eh. Kita memang ada perasaan which is by the way, a very miraculous thing/feeling(?). Kau penampar aku memanglah panas jadinya. Kau panggil Lily Evans mudblood, tergurislah hatinya, atau kau panggil lj marka mok, sukalah hati mok.

Sebab itu Mohamad bin Abdullah ada banyak bagi guidelines dalam handling feeling ini. Kalau marah, kita duduk/baring/berwudhuk. Kalau serakah sangat kahwin. Kalau tak mampu sangat puasa ajalah. Dengar tu falikh.

Eh.

Di masa-masa ni, when things turn out not according to your liking, instead of frowning atau berkelakuan seperti najis, eloklah kau senyum. Ya, you heard me right, smile. Senyumlah, yang kau masih ada dalam radar yang maha kuasa di atas tu. Senyumlah, despite all the hectic, nowadays system had to offer made you do/into, kau masih digegarkan sekejap, disedarkan untuk muhasabah (peh perkataan), to look back what you've so far and what not.

Percayalah, it's really worthwhile to be snapped out of our conscious (yeke?) to re-examine what is right, and what's need to be amended.

Pada masa ini juga, selain muhasabah diri tu (peh perkataan sekali lagi), when things go against our liking, kau juga layak untuk senyum. Bukan untuk di-rehabkan tetapi untuk discover apa yang mother nature sediakan untuk kau. Bila result pmr tak seperti dijangkakan despite all the late night oil burning, kau kena masuk sekolah harian instead of sbp atau mrsm. Tup-tup rupa-rupanya kaulah Amalina Che Bakri tu. Bila kau mengandung dan lahirkan anak yang tidak berapa nak sihat ie cacat sedikit dan instead kau buang/bunuh anak tu, kau bela dia. Tup tup besar esok Ludwig van Beethoven rupanya. Dan banyak lagi transition point yang kau tak duga-duga mother nature sediakan untuk kau. Apa yang penting perlu kau ingat ialah,

Things happen for a reason.


Abah kau tak hantar kau sekolah jauh-jauh kalau bukan untuk kau besar esok jadi orang. Doktor tak suntik Bacillus Calmette-Guérin pada kau ketika darjah 6 kalau bukan nak elak tuberculosis. Tuhan tak beri kau jatuh basikal pada percubaan pertama kalau bukan nak kau tahu mana step yang silap supaya kau tak ulangi waktu di jalan raya nanti sebenar. Tuhan tak failkan paper accounting kau kalau bukan nak jumpakan kau denga pensyarah yang bakal merubah hidup kau. Oscar de la Hoya tak kalah dengan Manny Pacquiao kalau bukan sebab nak sedarkan dia bahawa there's more to life. Dan Tuhan tak buat dia dump kau semata-mata nak hancurkan hati kau, tetapi mungkin nak sedarkan kau tentang priority hidup kau, dan who knows tulang rusuk kiri kau yang hilang tu bukan dia.

You get the point right?

Shit do happens in life but then again, things happen for a reason. You just have to look hard enough to see it.

Happy Hunting '09 ya. God bless.