Min Aina, Ila Aina?!

Tempoh hari aku ada jumpa lagi dengan kawan aku si Abu tu.

Waktu Cuti Hari Pekerja itu hari dia ada dapat tahu yang rakan sekolah dia dulu dah kahwin. Crush dia. Crush sampai tahap semua password/pin number/log in code/passlock key dan lain-lain jenis kata laluan diri dia pakai nama dan tarikh hari lahir crush dia tu. Walhal bercakap pun tidak dengan marka tu melainkan ada one time tu marka tu senyum masa pada dia masa dia tengah bersukan.

Kata Abulah sambil sedut Saat.

Apa yang aku nak ceritakan bukan Abu buat amuk mahu pun threat untuk kelar lengan. Tapi Abu kata masa dia dapat berita tu, dunia sekeliling dia macam berhenti dan segala chapter hidup dia yang lalu kembali pada memori dia. Sumpah dia kata.

For at least 10 minutes, dia duduk seorang-seorang and have a good look about what he've accomplished so far. Dia kata 10 minit itulah yang paling serene dia experienced sepanjang bernafas kat bumi ni.

Dia kata bukan apa, marka yang dia minat tu pun dah buka a whole new big chapter dalam hidup dia. And usually bila orang dah kahwin ni hidup dia kira dah steadylah. No?


"Kahwin tu bukan macam nak susahkan kita dowh. Dia memang lagi senangkan kita. Bawa rezeki. Kalau dulu tak boleh buat loan sebab tak cukup, sekarang dah boleh buat dengan pakai nama bini. Percayalah dowh." - Farid Fadhly Haron, 2008 (bukan nama sebenar)



Abu ni masih lagi macam dulu-dulu. Tak ada apa-apa improvement yang significant. Hala tuju dia sekarang pun kabur-kabur. Jangan nak ceritalah 5 tahun lagi dia ada kat mana ke apa ke. Kalau function futureme dot org boleh apply kat hidup kita kan anggun. Atau boleh minta tolong human from the future.

Ha ha.

So,

*Sedut & hembus asap rokok*

Anta/Anti, min aina ila aina?