Abu Dilindungi 'Awan' : Versi Khurafat!

Penafian: Cerita ini tiada kaitan sama sekali dengan penulis biarpun penulis juga pernah memarkai gadis cina. Sekian.


Pernah dengar cerita pasal kawan aku Abu?

Dia ni kira takdalah rapat sangat ngan aku. Tapi ada satu particular cerita pasal si Abu yang betul-betul menarik perhatian aku. Tentang property (?) atau boleh kita kata 'benda' yang dia di anugerah ni cukup mind perplexing kadang-kadang. Heh.

Cerita dia macam ni (dah macam penglipur lara pun ada).

Abu macam budak-budak lain asalnya or so he thought. Dia pergi sekolah balik sekolah makan kat kantin jaga barisan masa perhimpunan pergi sekolah agama mengaji selepas maghrib makan nasi sama-sama dengan keluarga - stuff yang normal. Pun begitu, yang tak normalnya tentang Abu ni, meskipun peers dia - as normal boys would do, sukalah mengacau anak gadis/attracted to them/mengorat diorang. Tetapi tidak Abu. Dia bukanlah anti tetapi lebih kepada segan/malu dan boleh dikatakan sampai ketahap inferior dengan kaum hawa nih.

Kalau ada group work bersama anak gadis, dia lebih rela dapat markah rendah daripada terpaksa berinteraksi dengan anak gadis. Bukan sebab sombong bongkak malah jauh sekali sebab Abu tak handsome (oke Abu mungkin tidak kacak seperti kamu). Dia pon tak dapat nak terangkan tetapi semacam sudah terpatri dalam Deoxyribonucleic acid nya.

Mungkin ada hikmah agaknya, kata si Abu di dalam hati.

As time goes by, Abu dah meningkat remaja dan nafsu serakah perasaan kepada kaum bertentangan jantina semakin kuat dirasakan. Disebabkan perasaan yang semakin membuak-buak itulah Abu memberanikan diri approach anak-anak gadis yang beliau minat. Mana boleh tahan beb kawan-kawan dah ada marka sorang satu. Halim si spek tebal baju tucked in dan bawak botol air pon berkaple dengan si Octavus Slyvester tu. Marka campuran tuu.

Marka pertama Abu - si Ummu Sairah. Despite nama yang klasikal habis, Ummu atau nama timangannya Wawa adalah gadis urban hot yang suka memakai tank top dan jeans jenis ketat nampak lurah anus. Sampai sekarang Abu tak paham macam mana marka seperti Wawa boleh terpikat dengannya. Abu main try ja. Dapat pulak tu.

Bermula dengan Wawalah Abu perasan semacam ada kuasa ghaibughunnah yang selalu saja intervene bila Abu dan Wawa mahu 'ringan-ringan' seperti kebanyakkan couple Malaya dewasa kini. Boleh kata divine intervention jugalah.

Abu baru nak pegang-pegang sikit tiba-tiba beliau rasa nak berak yang amat sangat. Seringkali jadi macam ni semasa perhubungannya dengan Wawa. Long story short, abu sudah tawar hati bersama Wawa kerana mereka tidak dapat go to the next level sebagai couple.

Perlu diingatkan Abu bukanlah your regular kinda buddy. Beliau boleh dikatakan 'bebas' gila jugalah. So imprint in your mind yang dia tidak sepious kamu. Oke?

Moving on.

Marka-marka selepas Wawa juga sama. Ada saja so called divine intervention jika Abu ingin melakukan perbuatan yang tidak manis kalau dilihat oleh bakal mertua.

Dengan Siti Haidatul, bila abu ingin 'ringan-ringan' tiba-tiba perasaan bersalah gila babi menerjah di hati. Setiap kali pun begitu. Perasaan bersalah itu pernah sampai satu tahap beliau menjadi kaki surau - solat berjemaah dan beriktikaf yang Abu tak pernah-pernah buat sebelum ini.

Begitulah juga dengan Maya Maisarah, Kekkwa, Nurul Ayu Nurul Amira, Jhantii a/p Sevagagam dan Fatin Liana. Fuh. Sungguh player si Abu ni.

Marka Abu yang latest ialah Swee Kip Chong. Yang ni paling horror pernah terjadi pada Abu. Setelah lama bercouple beliau pun seperti biasalah mahu mengijak ke fasa seterusnya. Baru saja dia nak 'up' si Swee Chong cermin tingkap keretanya (oh masa tu diorang dalam kereta Abu) diketuk Abg Misai.

Ya kawan-kawan. Abu ditahan pak polisi kerana disyaki menghire prostitute untuk sesi 'ah ah' di dalam keretanya. Setelah selesai sesi bribe mengbribing (eh) Abu pun bergegas masuk kereta, hantar si Swee Chong dan balik rumah.

Sejak dari peristiwa itu Abu tidak pernah cuba-cuba untuk meng'up' mana-mana anak gadis lagi dek phobia. Biarlah ada 80 mesej pesanan ringkas dari Swee Chong pun. Beliau cuba-cuba buat mati. Ha ha.

Lepas aku dengar saja cerita ni dari mulut Abu sendiri aku terus kata.


"Fuh. Ko macam dilindung awan sial"


Abu hanya gelak sambil berlalu meninggalkan aku sorang-sorang. Sial Abu, teh tarik ngan tosai ayam tandoori ko tak bayar lagi la tahi!

Apa kata kamu? 'Awan' lindung Abu ke? Ha ha.

Pernah dengar cerita pasal kawan aku Abu?