Mungkin ramai yang ingin tahu, untuk apa saya meletakkan gambar masjid putrajaya kat sini. Apakah signifikan gambar berkenaan di dalam coretan yang akan disampaikan?. Tiada maksud yang jelas namun semasa terpandang kepada gambar berkenaan, ia telah mencetuskan rasa yang ingin diluahkan di sini. Putrajaya merupakan tempat yang terpaksa dikunjungi (lebih dari 4 kali)bagi menguruskan urusan berkaitan dengan further my study and things related with my wife's confirmation semasa bekerja sebagi Medical Officer. Dan dalam pada kekalutan turun dan naik ke pejabat KPT dan juga JPA, fikiran tidak dapat lari dari mengenangkan satu watak yang banyak membantu sepanjang proses berkenaan. Terima kasih banyak2 maok, kerana banyak membantu dalam proses berkenaan tanpa mengenal jemu.


Dalam sebuah kehidupan, akan tiba masanya untuk kita membuat satu keputusan. Keputusan yang akan mengubah hidup kita. Sebuah frasa kata yang biasa didengar namun tidak pernah diambil peduli. Walaupun keputusan yang diambil bertujuan untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, siapa kita untuk memastikan ia adalah yang terbaik? kita hanya mampu menggunakan maklumat yang sedia ada untuk menjangka hasil yang akan diperolehi. Dan berdasarkan kepada jangkaan berkenaan, maka kita berusaha bagi memastikan apa yang diimpikan direlisasikan

Perjalanan from marang ke manchester......banyak cabaran yang ditempuhi. Namun, keyakinan kepada pernyataan " biasanya kalau mula2 projek ada banyak sangat masalah, lepas tuh mesti lancar arr punya" telah memotivasikan diri.

Seminggu sebelum berangkat ke manchester, mak (nenek aku yang aku panggil dengan panggilan mak) yang mengalami sakit tua berada dalam keadaan yang sangat uzur dan pada tanggal 2hb 10 beliau telah meninggal dunia iaitu 1 hari sebelum aku berlepas ke manchester. Sedih (dengan kehilangannya) dan seribu macam rasa (untuk menempuh pengalaman baru) di adun pada masa yang sama.

Sama seperti catatan zaini di post yang sebelum ini, aku turut bersyukur mempunyai keluarga yang banyak menyokong, membantu, menasihati dan semua me yang seangkatan dengannya sepanjang perjalanan ini. Juga ditemani rakan2 yang juga membantu secara langsung atau tidak langsung.


Perjalanan sebenar untuk meninggalkan bumi Malaysia dijadualkan pada 4hb 10 melalui KLIA. Dah tuh, yang aku ambik flight 3hb pergi ke K.L buat apa???..Nak buat macam mana, tiket dah habis daaa. 3hb jer yang ada untuk ke K.L. So, dah takder choice, terpaksalah tido dulu kat concorde inn satu malam before amik flight ke manchester.

Dan pada jurang 1 hari ini, sekali lagi watak maok muncul. ha ha ha ha, sori arr maok pasal menyusahkan awak even pada saat saat terakhir. beliau, sekali lagi membantu untuk memudahkan saya dalam mendapatkan reload prepaid dan juga membeli hard disk. Ok gak arr, pada masa ni sempat jumpa maok dan abun, lepak2, makan dan minum air kat pelita nasik kandar. terima kasih juga kepada abun pasal belanja makan nasik kandar pada malam tuh walaupon beliau letih drive dari kedah.


Yang ni memang sekadar gambar hiasan sahaja. Saje menggabungkan gaya takuya dalam citer "Engine" (dia pakai topi truker ngan spec) dengan cerita, ish lupa lah pulak, ala cerita dia jadi pendakwaraya tuh yang pakai baju sejuk warna merah. Tapi xjumpa arr trucker cap kat sini dan daring sangat arr nak pakai baju warna merah, so.....TAAADDDAAA, jadilah gaya yang macam gitu.