Soalan Yang Tidak Sepatutnya Ditanya/Dikemukakan Di sini 2!

Penafian: Soalan yang dikemukan di bawah adalah mainan fikiran penulis yang senantiasa atau kadang-kadang mengganggu fikiran pada kehidupannya yang tenang dan serba kul. Soalan di bawah tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa atau sebarang badan-badan organisasi.

Janganlah mengambil serious sangat terhadap soalan di bawah dan pada sesiapa yang tidak berminat/berniat untuk berfikir dengan tahap yang tidak senonoh dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan.

Lagi sekali penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada yang menjadi pengikut ayah pin ataupun ajaran agama (cult) sesat yang lain.


Soalan entri ini:

Baca dengan lebih lanjut..

Hujan selalu dikatkan dengan rahmat tuhan. Dikaitkan dengan mercy tuhan yang sayang makhluknya walau apa yang terjadi. Dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim tuhan masih mampu memberi nikmat pada makhluknya.

Walaupun masih terdapat banyak lagi form of showing the gestures of god works or so called divine intervention, hujan masih lagi menjadi 'gesture' yang paling senang untuk lihat sama ada negara tersebut masih dilembayungi rahmat tuhan.

Point in case, kalau betul hujan merupakan rahmat tuhan, kenapa negeri Arab, negeri kelahiran kebanyakkan utusan-Nya hatta kekasih-Nya sekali amat jarang-jarang dikunjungi hujan.

Tuhan tidak sayang pada bumi arabkah? Tuhan sudah murka dengan bani arabkah kerana instead of helping saudaranya yang lain mereka lebih suka untuk membina bangunan tinggi-tinggi, kompleks besar-besar and live a posh and lavish lifestyle.

Apakah?


ps: soalan kali ini agak senang.cubalah.

Futnot: Sekali lagi niat hati penulis hanya untuk menambah ilmu. Akidahnya tidak sedikit/sama sekali goyah. Islam itu syumul.

Skema betul ayat.huh!