Penafian: Soalan yang dikemukan di bawah adalah mainan fikiran penulis yang senantiasa atau kadang-kadang mengganggu fikiran pada kehidupannya yang tenang dan serba kul. Soalan di bawah tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa atau sebarang badan-badan organisasi.
Janganlah mengambil serious sangat terhadap soalan di bawah dan pada sesiapa yang tidak berminat/berniat untuk berfikir dengan tahap yang tidak senonoh dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan.
Lagi sekali penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada yang menjadi pengikut ayah pin ataupun ajaran agama (cult) sesat yang lain.
Soalan entri ini:
Baca dengan lebih lanjut..Tuhan Maha Pengampun. Kalau makhluknya berbuat salah sekali pun, boleh diberi maaf dan walaupun sukar untuk melihatnya tetapi sebenarnya amat sukar untuk jatuh hukum yang berdosa amat terhadap makhluk itu melainkannya melakukan kesalahan yang benar-benar terang maksudnya salah.
Point in case, kalau tuhan benar-benar maha pengampun, kenapa iblis dimasukkan ke dalam neraka. Iblis yang dahulunya dikatakan beribadat untuk Yang Maha Satu selama beribu-ribu tahun tetapi dihukum for all eternity kerana keingkarannya untuk sekali.
Tidakkah iblis diberi peluang kedua? Tidak bolehkan iblis masuk syurga balik dengan taubat nasuha? Jika tidak adakah ini akan overrule statement tuhan maha pengampun?
Futnot: Sekali lagi niat hati penulis hanya untuk menambah ilmu. Akidahnya tidak sedikit/sama sekali goyah. Islam itu syumul.
Skema betul ayat.huh!