Memaparkan catatan dengan label kisah tentang semalam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah tentang semalam. Papar semua catatan

13h10n: Selamat Raya Qurban!

11/12
The Special Abode

11/12
Abode of Sincerity
Muddy Estuary

11/13
Abode of Tranquility

11/14 & 15
Abode of Faith

11/16 & 17
The Blissful Abode

11/18
Abode of Peace

11/19 & 20
Palit

11/20 & 21
Pulau Pinang

11/22
The Land of Grace

11/23
Baiti


---


Aa, ape makan best kat Semenanjung ni aa?


---


Kalau pengembara musafir tidur dalam kereta layak dapat daging korban ke aa?


---


Apahal tak ada orang inzal dengar marka cakap baku?

"Ada wang kecil?"

Baku?

Maya Karin?


Fak this shit.

Dari Fadhilah Kamtumi Ke Kari Lembu!








Umur masing-masing dah lanjut.

Perangai tetap macam setan.

Nak Cari, Biarlah Yang Bertudung!

1997,

Abu, ketua murid SK Salak baru saja sampai ke sekolah. Keluar dari Proton Perdana Ungu First Edition yang dipandu emaknya, dia macam biasa-biasa, lap-lap kabus di cermin matanya lepas keluar dari tempat sejuk.

Terus ke kelas ikut pintu belakang, langkah Abu terhenti.


"Apahal lak ada 2 marka ni berdiri kat sisi pintu macam ni?"


Getus hati Abu sambil terus melangkah ke pintu hadapan kelas.


"Eh, sini pun ada?"


Abu being Abu, tak jadi masuk kelas dan terus naik atas ke pejabat sekolah untuk ambil blazer. Nak siap-siap untuk perhimpunan pagi Isnin.

Waktu lalu ke pejabat sekolah, Abu terdengar marka yang jaga pintu belakang tu kata.


"Kan aku dah kata. Dia takut kat perempuan. Kalau dia seorang kat kelas, mesti keluar kalau perempuan yang masuk."

"Hihi. Yelah."


"Kau tunggulah nanti perhimpunan nanti aku panggil nama kau", getus Abu jenis berdendam kesumat.


....


2006,

Abu keluar temu janji dengan marka yang dia kenal waktu Tahun Asas di Johor. Berjumpa di Berjaya Times Square, Emie melambai kepada Abu.

Bersinglet putih. Celak sedang-sedang. Skirt ungu. Sling bag di bahu. Legging hitam. Sepatu flat hitam. Gelang banyak di tangan. Ada besar ada kecik. Muka macam Nasha Aziz. Kut. Mungkin hidung dia besar sikit. Kut.

Macam mana dia boleh nak keluar dengan Abu, dia pun tak tahu. Mungkin Emie ada fetish sama lelaki berkaca mata. Who knows. Whatever rocks her boatlah.


"Hi. Jum?"


Abu always wondered. How did he get from there to there.



LB 10!

2005,

"Mok, kelas Mechanic of Materials malam ni kau jangan lupa. Ha. Nanti marah lagi Cik Khairunnisa tu kau tak datang."


2009,

"Erm, Mokhzaini, esok ada kelas Sturcture Stability tau. Jangan tak datang. Minggu lepas dah tak datang. He he."



Ikut resam batu. Dihentam ombak tetap utuh.

Biar Kalah Main, Janji Pakai Nike!



Dulu waktu mula baru nak panas-panas perform depan orang ramai, grup kami pernah ditanya tentang perihal perfomasi kami.


"Selalu kalau kau orang main, dapat berapa?"


Aku toleh pandang Faliq satu kali sebelum jawab.


"Adalah dalam 3,4 rat juga."

"Oo..okaylah tu. Nanti kalau dah lama naiklah dia.", jawab brader tu gaya nak tak nak melayan.


Okay, perlu diketahui. Kami main memang kucar-kacir. Dan 3,4 rat? Waklu. Ini pun baru main kali ke-2 depan orang. Nak datang celah mana 3,4 rat. Aku fikir kredibiliti grup at stake sebab itulah kasi itu macam punya jawapan. Amount kena sedang-sedang. Tak nampak sangat macam kencing kuat.



Sampai sekarang aku masih tak boleh blah bila fikir-fikir balik.

Ha ha.

...

Masa upacara konvokesyen tempoh hari, muzik iringan sepanjang majlis berlangsung memang ngam betul bunyinya. Sound modern tapi peralatan siap ada cak lempung bagai.

Fuh, banyak habis belanja En Zaki (Pengarah Unit Kebudayaan) nih.

Waktu orang nak keluar lepas habis majlis, aku meluru ke depan nak tengok dengan lebih dekat dia orang main. Masa tu tengah main lagu tema Misi Mustahil kalau tak salah. Fuh, memang nyaman cirit tek, orang Sarawak kata.

Pap, bahu aku kena tepuk.


"Hah amacam? Tahniah."

"Eh En Zaki. He he. Terima kasih. Biasa-biasa aja. Panggil Orkestra Kuantan main ke? Sedap bunyi."

"Eh taklah. Itu band UMP sekarang. Drummer tu pernah main Orkestra Kebangsaan. Yang main piano tu ... , tu yang layan flute and serunai tu ..."




Mak aih, agung betul UMP sekarang, apa dah jadi masa kita orang pergi LI? , kata aku dalam hati. Lepas salam lebih kurang aku keluar dari dewan, jumpa Abg Bulu dan cerita hal tadi.

Tanpa menunjukkan reaksi muka yang terkejut mahupun kagum, dengan bersahaja beliau 'tare' aku satu ayat yang aku akan ingat sampai bila-bila.


"Ala, awak kena ingat Mok, siapa yang mula-mula bawa band-band ni ke UMP yang dulunya haramkan gitar, drum semua ni? Siap mintak katalog instrumen, suruh kita pilih, dan suruh kita test pulop peralatan tu bila sampai. Ha.."



Aku senyum sampai ke telinga.


Remdan 7!







Permulaan yang gelap untuk Remdan 1430.

Di Antara Cita-cita Seorang Lelaki Berjiwa Besar & Investment Untuk Kehidupan Yang Lebih Kekal!

Sepatutnya tajuknya Siri Bercakap Dengan Abah. Oh what the hell.

...

"...ni kalau dapat ni memang banyak betul kita boleh dapat bang, for surelah"

"hmm."

"tapi kerja banyak sikitlah."

"okay."

"...itulah, kalau abg further jauh-jauh susahlah abah..."

"..."

*hisap paip, hembus paip*

"...eh, okay. takda hal. abg tolonglah abah."



Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ya!

Ya, saya (kami) tak lupa. Terlewat je.




Nah video dedikasi. Tak sendu di perantauan tak tahulah!


VC 26: Kerajaan Kelawar!

percaya tak percaya a, dulu kitorang selalu main lagu ni.


Music Sheet? Ai Blaja By Heart Je La Wak..!

Dulu-dulu, masa baru nak 'up', kalau orang tanya aku pandai baca note music atau tak, mesti aku jawab boleh. Paling koman pun aku akan cakap, bolehla sikit-sikit.

Maruah punya fasal. Tak nak jatuh beb. Siap beli buku Mari Belajar Baca Nota Piano Secara Mudah oleh Pelangi lagi. Biasalah sadis sikit dah kata independent.




Perkara keji (menyembunyikan perihal sebenar tentang inability untuk membaca note music) ini telah merebak-rebak membawa kepada penipuan terhadap pihak penganjur majlis makan malam. Majlis makan malam budak-budak senior uia to be specific yang secara lumrahnya disepakati ramai (budak-budak mol) sebagai event paling haram of the century. Ah tak payah tanyalah sebab apa. Sebab si matno kaki polong punya fasal ni lah. Marka baru sogok sikit dengan (invisible sebab budak uia kan?) cleavage dan salad segar dah berpaling tadah. Pui.

Punca sebab penganjur minta note music sebabnya tahu dari kenalan yang aku pandai boleh bermain keyboard/pinano (kesalahan ejaan disengajakan).


edisi scratching sikit-sikit kena ada walaupun lagu mellow saja.


Bila pihak penganjur tanya sama ada aku pandai baca note tak, aku belasahla kata pandai. Nak main di depan orang punya fasal. Kira oklah majlis makan malam. Kalau diikut kehendak bersepah Misery, ada juga kita main di fun fair gambang tu. Berkahak betullah.

Dan setelah diinformed tentang kebolehan palsu aku membaca nota musik, pihak penganjur selalu saja meminta nota musik aku. Nak bertukar-tukar katanya. Kalau ada yang sedap bolehlah dimain pada malam itu. Minta sheet sonatalah, apalah. Mana aku tau bai. joe kidd dan still got the blues aku tau lah. Sikit-sikit.

Bila diajukan soalan-soalan atau request-request sebegini aku selalu sajalah kata,



"Dah hilang la"

"Member pinjam tak pulang lagi"

"Oh yang tu i takde yang ni nak?"




Lelaki, kenalah pandai berkata-kata manis ye tak. Tabur janji palsu apa bagai. Pokoknya, aku tak pernah pun hulur satu sheet music pun. Pernah juga terfikir nak beli 1, 2 music sheet booklet di kedai. Tapi apa bangang punya keji perangai macam ni. Kalau kena tahu dek godfather lb mampus kena bahan. 2, 3 minggu jugalah tu nengok weightage kekejiannya. Wtf.

It's nothing sort of a big deal sebenarnya. Cumanya aku rasa boleh je aku kata tak pandaikan. Katalah tak pernah belajar pun. Paling-paling katalah belajar by heart. Atau lebih frank belajar bermain keyboard melalui guitar pro. Boleh pakai ke orang macam ni?

Haha.



Aku rasa Arafah lebih jatuh madu kepada aku kalau tahu aku tak reti pandai baca score music. Kau rasa?

Bila Mana Dua Ekor Raksasa Buyon Penat Keletihan Setelah Seharian Mentekedarah!



aku tak bertanggungjawab kalau ada yang hilang selera makan untuk 2 hati berturut-turut.

haha.

atau kalau kau lebih hakkor nak yang ini?



aku pun tak sanggup tengok video ni lebih dari mark 5 saat.

babita la kau orang.

DEM YOU SAUDARA DOKTOR AHMAD!!! KAU PULAK HADI BOLEH RILEK SAJA! FUCK IT ALL (nada gaya bahasa doktor ahmad) !!!

Pengalaman Kami ke Rumah Hadi I!



notaeditor: kalau ada yang tanya apa kami makan malam tu..kami makan biskut kering dengan kuah ikang singgang.peh tak peh aa.ha ha.

Sempena Raya Qurban!

Pernahkah aku ceritakan kepada kamu perihal Mohd Yasir Bin Othman?

Belum ya, okay-okay. Macam ni (cue musik penglipur lara bermula)

Mohd Yasir atau nama timangannya Amat adalah seorang budak lelaki biasa. Seorang budak lelaki biasa yang hidup dan membesar di ceruk halaman sebuah kampung - yang kurang lebih 35tahun akan datang host kepada salah sebuah lapangan terbang termoden di Asia.

Lahir sebagai anak yang kelima daripa enam adik beradik kepada lelaki yang berasal dari Kerinchi, Sumatera, Amat, seperti budak lelaki lain pada masa itu, membesar dengan serba kekurangan.

Sedari kecil Amat tidak gemar menelaah buku pendidikan. Mungkin juga disebabkan kurangnya penekanan dari aspek akademik pada zaman itu. Mungkin juga disebabkan faktor persekitaran yang tidak kondusif untuk sesi pembelajaran. Atau mungkin juga si Amat ni yang pemalas.

Meningkat remaja, sedar dengan kemahuan dunia bahwa "Ada padi semua jadi" Amat enroll untuk mendapatkan kemahiran separa rasmi didalam aspek membaiki kenderaan. Dari sekecil-kecil motosikal kepada sebesar-besar penyu bas.

Amat memang dari sejak kecil telah menunjukkan sikap rebel. Rebel terhadap semua benda. Rebel malas untuk belajar. Rebel malas untuk mengaji muqaddam. Rebel malas tolong ibu bapanya. Dan macam-macam rebel lagi.

Sikap rebel beliau ini juga telah mencetuskan persilisihan faham antara Amat dengan abangnya Angah. Mereka berdua telah tidak bertegur sapa sejak Amat pertama kali meninggalkan kampung halamannya untuk tinggal di rumah Angah untuk belajar membaiki kenderaan.

Since that day, they both go separate ways. Angah dengan kerjayanya sebagai pekerja korporat. Manakala Amat masih lagi membaiki kereta di kampung halamannya secara runcit-runcit.

Fasal rebel Amat tadi. Rebel tak rebel dia, waktu ketika Abahnya pulang ke rahmatullah pun dia masih nak berebel. Dia tidak tolong mandikan arwah. Jauh sekali membaca yasin. Hatta tidak mahu menjenguk wajah arwah buat kali terakhir biarpun ramai orang mendesak.

Abang iparnya, Alang selalu kata



Ah, dia tak nak tengokla tu. Dah dah kafankan aja




Amat hanya termenung termanggu. Dia biarkan saja melayan perasaan emosi entah haram apa yang dia fikir waktu itu.

Kejadian yang sama turut berulang pada waktu ibunya pergi. Dia masih rebel. Hanya berpeluk tubuh di hujung rumah bila orang tanya tak mahu tengok wajah ibukah?

Oh perlu diingatkan yang Amat tinggal serumah dengan kedua ibu bapanya dari kecil hingga kahwin. Jadi secara naturalnya tentulah dia sepatutnya rapat dengan kedua ibu bapa ye tak?

Selepas kematian ibunya, aku dah tak dengar lagi cerita fasal Amat ni. Aku suspect dia masih dengan perniagaan membaiki kenderaannnya dihujung kampung tu. Cukup untuk menyara isteri dan anak seorangnya.



He could been better. He had such a great talent - Angah




Tup-tup aku rasa dah dekat 10 tahun berlalu since pemergian ibu Amat. Malam tadi aku kerumah saudara sempena cuti ini. Pekena lemang dan lontong home-made memanglah asyik. Kawan pula dengan rendang hijau pedas tu. Makaih.

Sedang makan, tuan rumah buka cerita Amat.



Amatla yang datang tolong itu hari.

Dia beli daun kelapa, daun itu..bla..bla..daun ini

Dia tolong buat semua.

Rendang ni. Masak Lemang tu. Lontong. Ha ha. Tengah-tengah hujan pun dia lenjan juga. Ada dia buat dengan Khalid tu.




Dalam hati. Cis terror juga Amat ni buat semua. Nampak ja rebel sebegitu. Mahir masak memasak.

But the killer was this.

Tuan rumah tengah sibuk bercerita tentang masakan ibunya yang dah lama pergi. Cerita masak rebungla. Apala. Aku kurang arif tentang teknikaliti term masakan ni. Tapi dengar saja pun boleh kecur air liur.

Sedang bercerita tu



Amat itu hari dia ada nak buat masak rebung kuah lodeh special mak tu.

Pastu Not katalah dekat dia. Eh kau pandai ke ni Mat nak buat masalodeh tu.

Ala. Ingat-ingat macam tu ja.




Simple. Sebaris tu ja ayat dia dah boleh satukan semua adik beradik dia datang. Penuhi impian kakak dia untuk rasa masakan ibu mereka yang dah lama pergi untuk kali terakhir. Semua adik beradik hadir untuk sekali lagi merasa perasaan beraya bersama ibu bapa tercinta.

Kalau bukan literally pun that's the closest they can get.



Terima kasih ya Cik Amat!

oh, Mohd Yasir Bin Othman tu adik abah aku.

Ta!

Video Respon Kepada "LAgu kenangan"!

Diskripsi video (baca: alasan video)

1. preparation cap ayam sebab bagitau 2 hari sebelum event. what the f en zaki?

2. equipment pun cap ayam. apa cerita pakai kapok ja? setting sound untuk full instrument.

3. vokalis bidang buyon terjun? belasah la labu.

4. drum set pun tak complete?? kerusi pakai kerusi kenduri. cantit.

5. ingat biasa-biasa ja tak ramai orang. sekali..



tak ramai? event baru nak start (defensive). kami runcit-runcit ja. ramai tu pun dah ketaq nak main. heh.

6. dan yang paling horror datang malam tu sebagai band in-house. o0o~ terbaekk!!




2:30 - detik paling damn tetapi mungkin juga detik terindah dato dr engr gilakentang.

Hari Itu Hari Ini 1!


Sebab Musabab Dah Lama Tak Update!



berbekalkan sikap tolong menolong dan minat yang mendalam terhadap industri musik, MoL telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman kecil-kecilan di Cardiff.

kini sedang sibuk dengan urusan penciptaan lagu, rakaman di studio dan hang outs bersama groupies.




dengan prinsip hidup 'cakap tak payah bayar' sparco telah bersikap tulus terhadap hati dan minatnya yang sebenar lantas terus embark journey merentas 7 benua.

buat masa sekarang sedang berehat di Tanah Besar China sebelum meneruskan perjalanan ke Greenland.

Entri Untuk Singa Hitam!

Seperti mana yang aku beritahu dulu, aku memang minat untuk pelajari benda baru dan kebiasaannya aku akan pikap untuk faham dan mahir pasal hal itu.

Mungkin bagi sesetengah bermain alat musik ini satu benda yang simple, yang mereka dah pick up waktu high school lagi. So apalah sangat berjamming sebarang dua. Orang siap buat lagu sendiri lagila. Apa barang poser. Auw.

Tapi tidak bagi aku, boleh main alat musik ni memang nikmat yang amat yang kalau dikenang-kenang aku akan selalu ingat satu scene di mana Tenggiling tengah gunting rambut aku. Masa tu 1st year. Berhingus lagi. Auw.

Minat ni timbul aku rasa waktu di Sekolah Pumpkin dulu, tapi berpeluang belajar/main waktu Tahun Asas di JB.

Waktu tu aku selalu lepak dengan kawan Pumpkin di bilik dia. Long story cut short adala mamat ni pun baru nak belajar gitar dengan roomate dia. Sebab dia ni kaki Arsenal maka selalu la lepak bilik member Pumpkin aku ni maka selalulah beliau lepak sambil bawak gitar baru dia.

Alah, baru belajar gitar. Mesti nak show off ye tak.

Dari situ tah apa cerita dia selalula ajar aku dan member Pumpkin aku ni, oh Achong nama dia by the way. Lagu 1st dia ajar lagu raya si Anuar dan Eliza tu. Ala yang teng teng teng teng tetete teng te teng. Tau ke?

Lepas tu dia ajar lagu Greenday - Macy's Day Parade. Fuh. Masa tu dapat main lagu ni punyala god rasa. Rasa kalau nak showdown dengan Steve Vai sekarang pon takda hal. Nak tukar kord C ke F masa tu punyalah lembap. Siap menggigil tangan sebab nak tukar cepat. Betullah orang bukan susah nak susah bukan senang nak senang. Auw.

Pada masa inilah aku secara looselynya kata kat Achong.


Woi kita buat band esok nak tak? Bagila nama urban sikit. Janganla nama orang putih ke lovey dovey ke. Bapak tipikal

Habis kau nak nama apa?

Erm, Awan? Singa Hitam?

Kau ingat ni Sinaran Passport Kegemilangan ke?




Perlu dinyatakan masa aku baru nak up belajar gitar tu semester 2 Tahun Asas dah nak habis. Orang sibuk ke study tuk final aku sibuk ke Anuar Zain dan Eliza. So aku belajar gitar ni kejap aja. 2 minggu aku rasa. Sebelum nak balik ke rumah, aku mintak guru gitar aku tu teman beli gitar seketul buat practice kat rumah nanti. Yelah takkan nak bagi skill bekarat ye tak.

Gitar 1st gue, Santa Cruz Mahogany Black Flamboyant Edition. Aku reka je nama tapi dalam banyak-banyak gitar yang aku dah jual, yang ni memang tak pernah terlintas pun nak bagi ke orang. 1st love kut. Auw.

Start dari balik rumah sampailah daftar masuk ke Universiti Gambang aku training sendiri je gitar (kira training ke ni?). Bawak-bawak beli buku kord gitar kat kedai mamak dan juga mengutilise laman situs gitar seperti malayolga (popular dulu ni), 911 tabs dan sekarang yang lebih up punya Ultimate-Guitar dan Nuritabs.

Aku tak pernah pakai guitarpro dulu. Lepas kawan dengan Tenggiling je start pakai. Hmm.

Masuk Universiti Gambang aku bawak je gitar. Kes nak nampak urban serta dipandang tinggi rakan-rakan. Memang kuntilanak perangai macam nih.

Siapa yang trigger atau start aku tak tau (firasat aku mengatakan Makta yang bertanggungjawab) aku tau Tenggiling pandai main gitar dan juga potong rambut. Kebetulan gitar aku nak kena tune dan rambut pun dah panjang. Memang agronomik betuk berkawan dengan Tenggiling nih.

Oh, aku memang tak tau tune gitar dulu. Auw.

Start dari ketika itu aku selalu berkunjung ke bilik Tenggiling walaupun bilik aku tingkat 4 dan bilik Tenggiling tingkat 4 blok lain. Memanglah usaha tangga kejayaan. Tapi yang aku experience ni secara literally. Damn penat.

Pada waktu nak ice breaking dulu aku paling ingat dialog nih.


Weh liq, kau selalu main dengan siapa kat sini?

Takdalah, aku baru nak join kau lah ni. Nak join korang tengok-tengok scene sini. Kawan-kawan aku banyak kat Sarawak. Aku seorang je sini.



Nak join kau weh dia kata. Memanglah mangasm tahap keramat. 2 bulan aku tak melakukan perbuatan tipikal lelaki-di waktu pagi-di bilik mandi. Feeling mangasm punya pasal.

Aku dah pandai tune gitar sembang pasal band, pasal lagu-lagu kicker dan main pelbagai variasi lagu. Yelah jazz tak pandai lagi. Shittu. Yang cantitnya, Tenggiling ni tak pernah nak kata tak kalau aku datang bilik dia. Walaupun selalunya dia sibuk dengan Winning Eleven versi 1994 nya, dia tetap ajar aku satu benda baru setiap kali aku datang.

Mula tahun 2 aku dah riki-riki line nak jamming. Memang gatal tangan gila babi masa ni. Tapi orang tak cukup apecer. Recruit si Muaz dia perlekehkan impian rock star aku. Hak tuih punya Muaz. Air buah gelas besar pior ada lagi tak ah?

Determine dan berbekalkan semangat rock star Nice Stupid Playground kitorang redah je Pusat Jamming Teruntum. Bila brader studio tu tanya mana lagi aku bedal je kencing kata kejap lagi sampailah, kitorang nak main dulu.

Memang kalau nak berjaya kena tahan walaupun orang kata gila.

Aku rasa tulah sekali je aku main dengan Tenggiling. Bukan sebab malula. Adala. Shit.

Macam dah memang dicetak kat daun takdir aku kat arasy tu (merapu apa nih) masa nilah MoL muncul. Bertopengkan insan berwatak mulia sebagai pengajar. Rupa-rupanya dia makhluk 2 alam berbulut lebat di dada dan belakang tengok. Eii gelila.

Entah macam mana MoL boleh baik dengan aku masih menjadi puzzle sampai ke hari ni. Tergerak hati nak tanya tapi tak Lelaki Bebaslah pula nanti. Aku rasa MoL cuba nak up budak-budak yang pandai (kalau bukan diri sendiri siapa nak puji lagi kan - ayat defensive tipikal) tetapi agak malas. Sebabnya encounter pertama aku dengan MoL ialah bila aku terlambat masuk kelas Structure dia dan betul-betul aku masuk kelas dia terus seru nama aku. Series tak tipu. Aku juga suspect makhluk 2 alam ni dah buat homework study pelajar-pelajar dia. Memang Onizuka sebenar dia nih.

Waktu dia cuba sogok aku dan Pojie (aku bawak Pojie sebab takut diapa-apakan oleh MoL. Auw) dengan Winter Sonadin nilah startnya sejaral Maelstrom of Love (namo nak garang yo ekau eh). Tengah sibuk Pojie duk setting LCD MoL ada cakap.


..saya pun ada main drum

eh yaka En T? (masa ni panggil En T lagi sebab masih teman tapi tak mesra). Saya ada je kawan nak main tapi tak cukup orang. Jumlah join kitaorang.

wokeyh. awok caye ah saye maok.



Masa tu aku main bedal je cakap. Aku assume Tenggiling main gitarlah. Dia pun kata ada nak main gitar pulak. Belasahla bhai.

Since that moment all is history. Kitorang selalu jamming. Pergi Kuantan naik jip Takuya Kimura dia (mana jip tu caik?). Bermacam jenis vokalis dah pakai. Dari suara Deftones ala Audioslaves Fadhli-klon-Hans-Isaac (muka dia serious macam Hans) hingga ke suara Redline-serak-tapi-tak-berapa-nak-jadi-tapi-okaylah-sebab-muka-kau-merah-dan-underground-mana-aci-suara-merdu-merdu-nih Mudin.

Katanya dulu pun pernah MoL cuba berjamming dengan Nor Hadi dan sparco di Terminal. Tapi rock star jenis apa main gitar pakai baju batik woi sparco?!

Dari 3 orang, MoL menjadi watak yang sangat instrumental dengan merekrut band member yang lain. Patah tumbuh hilang berganti ada saja idea MoL dan ada saja band member lain. Masa ni jugalah MoL dah start introduce nama kumpulan Maelstrom of Love. Auw. Tapi apecerit masa Annual Dinner kata Kumpulan Mokhzaini? Cirit ayam.

Start dari 2nd year Maelstrom of Love dah start nak perform untum majlis keramaian secara runcit-runcit. Bermula dengan Majlis Makan Malam Tahunan Fakulti, Maelstrom of Love main untuk Majlis Pra-Graduasi Senior Fakulti Awam. Puas dengan majlis intra universiti, Maelstrom of Love cuba bermain liga antara universiti dengan bermain untuk majlis makan malam apetah untuk UIA. Fuh, main dekat hotel tu bhai. Lu apa ada? Makaih berlagak pulak gua nih.

Masa main di Majlis Makan Malam Tahunan Fakulti tu juga kami telah main lagu Jet - Look What You've Done yang aku belajar sendiri ja main keyboard tu. Pikap tak gua? Sampai hari ni juga aku berasa serba salah gila babi dengan MoL sebab dia tak dapat main malam tu. Tulah nak bebas sangat rebel nak tunggu akhir majlis baru nak main. Kan dah kena saun dengan ketua-program-cam-ayam-nama-apatah-aku-dah-lupa. Tapi tak apa, dah tebus masa main tuk majlis senior tu kan? Haha.

Pada majlis inilah sikap setiakawan, saling tolong menolong dan menghormati orang tua band members Maelstrom of Love diuji kuat. Dengan dato dr engr kentang nya yang nak balik, dengan MoL bengang sebab nama Universiti Gambang tak disebut dengan Nor Hadi dengan perutnya. Macam-macam hal. Walaupun begitu. Majlis tetap diteruskan, Maelstrom of Love main malam tu dan kami terima duit main 1st malam tu. Mak datuk dah macam professional. Aa, mana ada contact tokey funfair nak pakai kugiran bolehla bagitau ye.

Dengan iltizam yang lebih tinggi, MoL cuba untuk bermain di peringkat kebangsaan. Dengan memenuhi jemputan untuk bermain di Pekan Fest di dalam dewan orang ramai bandar Pekan sebagai band jemputan memang macam haram main masa tu. Shit. Bagitau 2 hari lepas nak suruh perform kaw-kaw apa cerita? dato dr engr kentang pun dah kena marah ngan gua. Haha ampun zul.

Sukacita dimaklumkan juga, dewan orang ramai tu punyalah pack dengan warga seluruh pelusuk kampung. Sumpah gua tak expect macam tu malam tu. Mana tak gugup. Leader MoL pun takda. Nor Hadi duk buat rilek sardin dia. Aku bajet adalah dalam 3oo orang malam tu. Fuh. Memang agung.

Pada event seterusnya adalah event yang terbesar - dan secara kebetulan event terakhir Maelstrom of Love, yang aku rasa band runcit-runcit macam kitaorang ni boleh pergi. Memang ironi sungguh takdir ya. Tau-tau je event terakhir dia bagi yang raksasa buyonnya besar.

Maelstrom of Love dipanggil oleh En Zaki (yang sangat pivotal juga dalam memberi kepercayaan untuk Maelstrom of Love perform di event-event. Tak tahulah kalau dato dr engr kentang sogok Musif waktu main takraw. Terima kasih ya En Zaki dan Musif) untuk perform di Majlis Pecah Tanah Kampus Tetap Universiti Gambang di Pekan.

Bagi aku yang ni boleh dikelaskan sebagai mother of all event. Kitorang di bagi pentas sendiri semata-mata untuk main lagu yang berasingan dari pentas utama. Hadirin aku rasa cecah 2ribu juga kalau tak 3ribu. Kut. Ke aku exaggerate ah lantaklah. Dengan budak-budak PLKN di panggil hadir juga dengan 10-11 buah bas. Mak datuk la tahap cuak dia. Boleh terberak masa main tahu. Ni bukan main-main. Nak lagi godlike tetamu vvip yang dijemput adalah anak jati Pekan (yeke?), Menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Monggolia Tun Razak.

Gua masa mula-mula accept invitation En Zaki tu buat rilek ja. Muka buat-buat tersengih. Tapi bila sampai time nak perform pagi tu. Mulalah menggelabah mencipet ayam. Tak percaya tanya Nor Hadi.


Weh di aku rasa kita tak bolehla. Main cam kimart nak perform camne wey.

Ko buat rilek dah a. Enjoy da show. Nak cuak apa do.

Tak boleh sial. Kita preparation tak complete lagi. Banyak lagi nak kena betulkan.

Ah! Ko senyap sekarang. Kang aku makan nasi lemak ni 2 bungkus kang. Ha...ha..Aku makan ni.

...



Despite all the hibby jibbies kitorang main okay je pagi tu. Heh. Enjoy gak a. Aku bukan apa sebenarnya. Tak berapa nak confident sebab band member betul full. Tenggiling dengan kerja sukan di Penang. MoL dengan tunangnya di Ulu Terengganu. Memanglah cuak beb. Heh. Dah lama dengan korang. Auw.

Aku rasa aku tulis dah panjang gila jeragon dan kalau masih ada yang baca aku ucapkan terima kasih. Korang memang agung.

Oh lupa pula. Nasib baik MoL bagi nama Maelstrom of Love kalau tidak melekat la nama Singa Hitam tu. Auw.








apa fasal kakibakar ada gua tak tau. dia acting manager group kami kut.


MoL: drummer, vokalis
Nor Hadi: bassist, backup vokal
Tenggiling: drummer, bassist
dato dr engr kentang: guitarist
Zaini: guitarist


Terima kasih ya Maelstrom of Love!

NUzul mase MUda2



smlm lpas smyg jumaat..aku br nk layan tido jap sblm masuk ofis..aku nmpk dak2 kecil rmi2 pki jubahh...dan tetibe aku terkenagkan zaman aku dahulu..kenape aku mcmni sekarang..npe dlu aku suci..skang suci ke idak pon..aku xtau..hanya tuhan yang tau.."mokh..aku tau ko pon cmni gak dulu"..

hihih...npe manusia berubah...??? adakah pengaruh rerakan?adakah pengarauh pensayarah?hahahah...

lu pikir ar sendiri!!!!

Assalamualaikum Semua, Nama Saya Misery of Love Dan Hari Ni Saya Akan Mengajar Subjek Structure eh Kebebasan!



Hadi kata kenangan?

nah try ambil yang ni.

.

.

.

.

oke-oke.dah-dah.jangan nangis-nangis.

layan gamba bawah ni pulak untuk neutralkan perasaan sendu tu k?

beruk bebenor rupa sendu-sendu depan komputer sorang-sorang.



pic credit to alah obviouslah sangatkan =)


amacam?

gila kentang tak?demyu ashraff.

Temanla Saya Pergi.Boring Drive Alone!

semalam,

aku dengar lagu ni kat era.

macam biase, aku akan hantar meses kat smer band membe.suruh derang bukak radio.

semalam,

elok-elok aku nak select receipient, baru aku sedar, yang beliau dah takde.

al-fatihah (bukan fatehah azmi)

tobat sendu.

p/s : sape-sape yang rindu tu,bole la jenguk blog beliau kat sini.




baidewe,kite tak sala do.da betul da ni.




p/p/s : sepaku,ko jangan nak emo lebeh-lebeh.aku tare ke. =)