1997,
Abu, ketua murid SK Salak baru saja sampai ke sekolah. Keluar dari Proton Perdana Ungu First Edition yang dipandu emaknya, dia macam biasa-biasa, lap-lap kabus di cermin matanya lepas keluar dari tempat sejuk.
Terus ke kelas ikut pintu belakang, langkah Abu terhenti.
"Apahal lak ada 2 marka ni berdiri kat sisi pintu macam ni?"
Getus hati Abu sambil terus melangkah ke pintu hadapan kelas.
"Eh, sini pun ada?"
Abu being Abu, tak jadi masuk kelas dan terus naik atas ke pejabat sekolah untuk ambil blazer. Nak siap-siap untuk perhimpunan pagi Isnin.
Waktu lalu ke pejabat sekolah, Abu terdengar marka yang jaga pintu belakang tu kata.
"Kan aku dah kata. Dia takut kat perempuan. Kalau dia seorang kat kelas, mesti keluar kalau perempuan yang masuk."
"Hihi. Yelah."
"Kau tunggulah nanti perhimpunan nanti aku panggil nama kau", getus Abu jenis berdendam kesumat.
....
2006,
Abu keluar temu janji dengan marka yang dia kenal waktu Tahun Asas di Johor. Berjumpa di Berjaya Times Square, Emie melambai kepada Abu.
Bersinglet putih. Celak sedang-sedang. Skirt ungu. Sling bag di bahu. Legging hitam. Sepatu flat hitam. Gelang banyak di tangan. Ada besar ada kecik. Muka macam Nasha Aziz. Kut. Mungkin hidung dia besar sikit. Kut.
Macam mana dia boleh nak keluar dengan Abu, dia pun tak tahu. Mungkin Emie ada fetish sama lelaki berkaca mata. Who knows. Whatever rocks her boatlah.
"Hi. Jum?"
Abu always wondered. How did he get from there to there.