I would say, amongst my many friends, he is the most matured, in every way, ahead both of his age and peers.




Selamat pengantin baru Din. Dengar kata penyelamnya dah melekat?
...
On another note.
Kalau ke Terengganu, khususnya Kuala Terengganu. Pastikan untuk mencuba yang di bawah.
1. Mengambil gambar di lampu isyarat udang & sotong di Marang untuk prosperity ber-seafood.
2. Makan nasi minyak, nasi lemak, nasi kerabu di restoren berhadapan (seberang jalan) Masjid Terapung, KT. Sebelah dia ada kedai perabot (lampu) rasanya.
3. Makan mee goreng di gerai tepi jalan. Ingat. Makan di situ juga. Berbekalkan kerusi plastik, meja makan juga adalah meja tempat letaknya mee tersebut. Faham ke? Disebabkan itu, sambil-sambil makan boleh kuis-kuis me kat depan kita tu untuk cari-cari ketulan ayam/daging/(isikan saja apa yang orang biasa letak dalam mee goreng).
4. Pergi ke Mydin KT untuk ambil feel komuniti di sana. Dah lebih dari Alamanda ghopenye Mydin tu.
5. Ingat. Kalau ke perpustakaan negeri, jangan duduk lelaki perempuan semeja. Kelak akan disound oleh mak guard.
6. Singgah ke pantai-yang-dekat-dengan-Seberang-Takir tu untuk layan sotong, udang, etc celup tepung. Setahu aku selain di pantai timur ni tiada. Bukan yang makan seafood tu bai. Yang ni makan petang. Rilek aje orang sana petang-petang makan sotong celup tepung bersahaja.
7. Di malam hari, order burger sedap di gerai tepi restoren (1) dan makan di dalam kompaun Masjid Terapung. Pakailah seluar pendek bersama rakan yang lain jika kau rebel.
8. Akhir sekali singgah ke Bukit Tok Beng untuk keropok lekor. Di sana dia orang masak keropok tu pakai relau api yang macam orang buat lebur besi tu. Bapak ah. Juga berhampiran kawasan itu ada Air Buah Pior - atau google lebih banyak menyenaraikan carian sebagai Air Buah Gelas Besar. Ingat, order macam ni,
"Campur. Gelah debe."
Gelah debe tu tukar kepada gelas besarlah kalau kau goyang. Oh jangan lupa order keropok lekor RM 20 juga. Biar makan sampai muntah.