Entri Untuk Singa Hitam!

Seperti mana yang aku beritahu dulu, aku memang minat untuk pelajari benda baru dan kebiasaannya aku akan pikap untuk faham dan mahir pasal hal itu.

Mungkin bagi sesetengah bermain alat musik ini satu benda yang simple, yang mereka dah pick up waktu high school lagi. So apalah sangat berjamming sebarang dua. Orang siap buat lagu sendiri lagila. Apa barang poser. Auw.

Tapi tidak bagi aku, boleh main alat musik ni memang nikmat yang amat yang kalau dikenang-kenang aku akan selalu ingat satu scene di mana Tenggiling tengah gunting rambut aku. Masa tu 1st year. Berhingus lagi. Auw.

Minat ni timbul aku rasa waktu di Sekolah Pumpkin dulu, tapi berpeluang belajar/main waktu Tahun Asas di JB.

Waktu tu aku selalu lepak dengan kawan Pumpkin di bilik dia. Long story cut short adala mamat ni pun baru nak belajar gitar dengan roomate dia. Sebab dia ni kaki Arsenal maka selalu la lepak bilik member Pumpkin aku ni maka selalulah beliau lepak sambil bawak gitar baru dia.

Alah, baru belajar gitar. Mesti nak show off ye tak.

Dari situ tah apa cerita dia selalula ajar aku dan member Pumpkin aku ni, oh Achong nama dia by the way. Lagu 1st dia ajar lagu raya si Anuar dan Eliza tu. Ala yang teng teng teng teng tetete teng te teng. Tau ke?

Lepas tu dia ajar lagu Greenday - Macy's Day Parade. Fuh. Masa tu dapat main lagu ni punyala god rasa. Rasa kalau nak showdown dengan Steve Vai sekarang pon takda hal. Nak tukar kord C ke F masa tu punyalah lembap. Siap menggigil tangan sebab nak tukar cepat. Betullah orang bukan susah nak susah bukan senang nak senang. Auw.

Pada masa inilah aku secara looselynya kata kat Achong.


Woi kita buat band esok nak tak? Bagila nama urban sikit. Janganla nama orang putih ke lovey dovey ke. Bapak tipikal

Habis kau nak nama apa?

Erm, Awan? Singa Hitam?

Kau ingat ni Sinaran Passport Kegemilangan ke?




Perlu dinyatakan masa aku baru nak up belajar gitar tu semester 2 Tahun Asas dah nak habis. Orang sibuk ke study tuk final aku sibuk ke Anuar Zain dan Eliza. So aku belajar gitar ni kejap aja. 2 minggu aku rasa. Sebelum nak balik ke rumah, aku mintak guru gitar aku tu teman beli gitar seketul buat practice kat rumah nanti. Yelah takkan nak bagi skill bekarat ye tak.

Gitar 1st gue, Santa Cruz Mahogany Black Flamboyant Edition. Aku reka je nama tapi dalam banyak-banyak gitar yang aku dah jual, yang ni memang tak pernah terlintas pun nak bagi ke orang. 1st love kut. Auw.

Start dari balik rumah sampailah daftar masuk ke Universiti Gambang aku training sendiri je gitar (kira training ke ni?). Bawak-bawak beli buku kord gitar kat kedai mamak dan juga mengutilise laman situs gitar seperti malayolga (popular dulu ni), 911 tabs dan sekarang yang lebih up punya Ultimate-Guitar dan Nuritabs.

Aku tak pernah pakai guitarpro dulu. Lepas kawan dengan Tenggiling je start pakai. Hmm.

Masuk Universiti Gambang aku bawak je gitar. Kes nak nampak urban serta dipandang tinggi rakan-rakan. Memang kuntilanak perangai macam nih.

Siapa yang trigger atau start aku tak tau (firasat aku mengatakan Makta yang bertanggungjawab) aku tau Tenggiling pandai main gitar dan juga potong rambut. Kebetulan gitar aku nak kena tune dan rambut pun dah panjang. Memang agronomik betuk berkawan dengan Tenggiling nih.

Oh, aku memang tak tau tune gitar dulu. Auw.

Start dari ketika itu aku selalu berkunjung ke bilik Tenggiling walaupun bilik aku tingkat 4 dan bilik Tenggiling tingkat 4 blok lain. Memanglah usaha tangga kejayaan. Tapi yang aku experience ni secara literally. Damn penat.

Pada waktu nak ice breaking dulu aku paling ingat dialog nih.


Weh liq, kau selalu main dengan siapa kat sini?

Takdalah, aku baru nak join kau lah ni. Nak join korang tengok-tengok scene sini. Kawan-kawan aku banyak kat Sarawak. Aku seorang je sini.



Nak join kau weh dia kata. Memanglah mangasm tahap keramat. 2 bulan aku tak melakukan perbuatan tipikal lelaki-di waktu pagi-di bilik mandi. Feeling mangasm punya pasal.

Aku dah pandai tune gitar sembang pasal band, pasal lagu-lagu kicker dan main pelbagai variasi lagu. Yelah jazz tak pandai lagi. Shittu. Yang cantitnya, Tenggiling ni tak pernah nak kata tak kalau aku datang bilik dia. Walaupun selalunya dia sibuk dengan Winning Eleven versi 1994 nya, dia tetap ajar aku satu benda baru setiap kali aku datang.

Mula tahun 2 aku dah riki-riki line nak jamming. Memang gatal tangan gila babi masa ni. Tapi orang tak cukup apecer. Recruit si Muaz dia perlekehkan impian rock star aku. Hak tuih punya Muaz. Air buah gelas besar pior ada lagi tak ah?

Determine dan berbekalkan semangat rock star Nice Stupid Playground kitorang redah je Pusat Jamming Teruntum. Bila brader studio tu tanya mana lagi aku bedal je kencing kata kejap lagi sampailah, kitorang nak main dulu.

Memang kalau nak berjaya kena tahan walaupun orang kata gila.

Aku rasa tulah sekali je aku main dengan Tenggiling. Bukan sebab malula. Adala. Shit.

Macam dah memang dicetak kat daun takdir aku kat arasy tu (merapu apa nih) masa nilah MoL muncul. Bertopengkan insan berwatak mulia sebagai pengajar. Rupa-rupanya dia makhluk 2 alam berbulut lebat di dada dan belakang tengok. Eii gelila.

Entah macam mana MoL boleh baik dengan aku masih menjadi puzzle sampai ke hari ni. Tergerak hati nak tanya tapi tak Lelaki Bebaslah pula nanti. Aku rasa MoL cuba nak up budak-budak yang pandai (kalau bukan diri sendiri siapa nak puji lagi kan - ayat defensive tipikal) tetapi agak malas. Sebabnya encounter pertama aku dengan MoL ialah bila aku terlambat masuk kelas Structure dia dan betul-betul aku masuk kelas dia terus seru nama aku. Series tak tipu. Aku juga suspect makhluk 2 alam ni dah buat homework study pelajar-pelajar dia. Memang Onizuka sebenar dia nih.

Waktu dia cuba sogok aku dan Pojie (aku bawak Pojie sebab takut diapa-apakan oleh MoL. Auw) dengan Winter Sonadin nilah startnya sejaral Maelstrom of Love (namo nak garang yo ekau eh). Tengah sibuk Pojie duk setting LCD MoL ada cakap.


..saya pun ada main drum

eh yaka En T? (masa ni panggil En T lagi sebab masih teman tapi tak mesra). Saya ada je kawan nak main tapi tak cukup orang. Jumlah join kitaorang.

wokeyh. awok caye ah saye maok.



Masa tu aku main bedal je cakap. Aku assume Tenggiling main gitarlah. Dia pun kata ada nak main gitar pulak. Belasahla bhai.

Since that moment all is history. Kitorang selalu jamming. Pergi Kuantan naik jip Takuya Kimura dia (mana jip tu caik?). Bermacam jenis vokalis dah pakai. Dari suara Deftones ala Audioslaves Fadhli-klon-Hans-Isaac (muka dia serious macam Hans) hingga ke suara Redline-serak-tapi-tak-berapa-nak-jadi-tapi-okaylah-sebab-muka-kau-merah-dan-underground-mana-aci-suara-merdu-merdu-nih Mudin.

Katanya dulu pun pernah MoL cuba berjamming dengan Nor Hadi dan sparco di Terminal. Tapi rock star jenis apa main gitar pakai baju batik woi sparco?!

Dari 3 orang, MoL menjadi watak yang sangat instrumental dengan merekrut band member yang lain. Patah tumbuh hilang berganti ada saja idea MoL dan ada saja band member lain. Masa ni jugalah MoL dah start introduce nama kumpulan Maelstrom of Love. Auw. Tapi apecerit masa Annual Dinner kata Kumpulan Mokhzaini? Cirit ayam.

Start dari 2nd year Maelstrom of Love dah start nak perform untum majlis keramaian secara runcit-runcit. Bermula dengan Majlis Makan Malam Tahunan Fakulti, Maelstrom of Love main untuk Majlis Pra-Graduasi Senior Fakulti Awam. Puas dengan majlis intra universiti, Maelstrom of Love cuba bermain liga antara universiti dengan bermain untuk majlis makan malam apetah untuk UIA. Fuh, main dekat hotel tu bhai. Lu apa ada? Makaih berlagak pulak gua nih.

Masa main di Majlis Makan Malam Tahunan Fakulti tu juga kami telah main lagu Jet - Look What You've Done yang aku belajar sendiri ja main keyboard tu. Pikap tak gua? Sampai hari ni juga aku berasa serba salah gila babi dengan MoL sebab dia tak dapat main malam tu. Tulah nak bebas sangat rebel nak tunggu akhir majlis baru nak main. Kan dah kena saun dengan ketua-program-cam-ayam-nama-apatah-aku-dah-lupa. Tapi tak apa, dah tebus masa main tuk majlis senior tu kan? Haha.

Pada majlis inilah sikap setiakawan, saling tolong menolong dan menghormati orang tua band members Maelstrom of Love diuji kuat. Dengan dato dr engr kentang nya yang nak balik, dengan MoL bengang sebab nama Universiti Gambang tak disebut dengan Nor Hadi dengan perutnya. Macam-macam hal. Walaupun begitu. Majlis tetap diteruskan, Maelstrom of Love main malam tu dan kami terima duit main 1st malam tu. Mak datuk dah macam professional. Aa, mana ada contact tokey funfair nak pakai kugiran bolehla bagitau ye.

Dengan iltizam yang lebih tinggi, MoL cuba untuk bermain di peringkat kebangsaan. Dengan memenuhi jemputan untuk bermain di Pekan Fest di dalam dewan orang ramai bandar Pekan sebagai band jemputan memang macam haram main masa tu. Shit. Bagitau 2 hari lepas nak suruh perform kaw-kaw apa cerita? dato dr engr kentang pun dah kena marah ngan gua. Haha ampun zul.

Sukacita dimaklumkan juga, dewan orang ramai tu punyalah pack dengan warga seluruh pelusuk kampung. Sumpah gua tak expect macam tu malam tu. Mana tak gugup. Leader MoL pun takda. Nor Hadi duk buat rilek sardin dia. Aku bajet adalah dalam 3oo orang malam tu. Fuh. Memang agung.

Pada event seterusnya adalah event yang terbesar - dan secara kebetulan event terakhir Maelstrom of Love, yang aku rasa band runcit-runcit macam kitaorang ni boleh pergi. Memang ironi sungguh takdir ya. Tau-tau je event terakhir dia bagi yang raksasa buyonnya besar.

Maelstrom of Love dipanggil oleh En Zaki (yang sangat pivotal juga dalam memberi kepercayaan untuk Maelstrom of Love perform di event-event. Tak tahulah kalau dato dr engr kentang sogok Musif waktu main takraw. Terima kasih ya En Zaki dan Musif) untuk perform di Majlis Pecah Tanah Kampus Tetap Universiti Gambang di Pekan.

Bagi aku yang ni boleh dikelaskan sebagai mother of all event. Kitorang di bagi pentas sendiri semata-mata untuk main lagu yang berasingan dari pentas utama. Hadirin aku rasa cecah 2ribu juga kalau tak 3ribu. Kut. Ke aku exaggerate ah lantaklah. Dengan budak-budak PLKN di panggil hadir juga dengan 10-11 buah bas. Mak datuk la tahap cuak dia. Boleh terberak masa main tahu. Ni bukan main-main. Nak lagi godlike tetamu vvip yang dijemput adalah anak jati Pekan (yeke?), Menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Monggolia Tun Razak.

Gua masa mula-mula accept invitation En Zaki tu buat rilek ja. Muka buat-buat tersengih. Tapi bila sampai time nak perform pagi tu. Mulalah menggelabah mencipet ayam. Tak percaya tanya Nor Hadi.


Weh di aku rasa kita tak bolehla. Main cam kimart nak perform camne wey.

Ko buat rilek dah a. Enjoy da show. Nak cuak apa do.

Tak boleh sial. Kita preparation tak complete lagi. Banyak lagi nak kena betulkan.

Ah! Ko senyap sekarang. Kang aku makan nasi lemak ni 2 bungkus kang. Ha...ha..Aku makan ni.

...



Despite all the hibby jibbies kitorang main okay je pagi tu. Heh. Enjoy gak a. Aku bukan apa sebenarnya. Tak berapa nak confident sebab band member betul full. Tenggiling dengan kerja sukan di Penang. MoL dengan tunangnya di Ulu Terengganu. Memanglah cuak beb. Heh. Dah lama dengan korang. Auw.

Aku rasa aku tulis dah panjang gila jeragon dan kalau masih ada yang baca aku ucapkan terima kasih. Korang memang agung.

Oh lupa pula. Nasib baik MoL bagi nama Maelstrom of Love kalau tidak melekat la nama Singa Hitam tu. Auw.








apa fasal kakibakar ada gua tak tau. dia acting manager group kami kut.


MoL: drummer, vokalis
Nor Hadi: bassist, backup vokal
Tenggiling: drummer, bassist
dato dr engr kentang: guitarist
Zaini: guitarist


Terima kasih ya Maelstrom of Love!