Perihal Bayi Yang Baru Lahir Seperti Kain Putih!

Dulu. Dulu, masa aku tulis entri ni, aku terlupa nak mention tentang mee goreng mamak yang killer di nilai lama. Lebih spesifik di sebelah masjid nilai lama. Ya betul-betul adjacent.

Kedai ni diuruskan oleh segelintir mamak (?) yang pada pendapat aku berniaga untuk menampung/menjaga kebajikan orang-orang mereka. No offense but it's actually a good thing. Alah, perkara biasalah bagi masyarakat minoriti di sesuatu kawasan.

Macam orang dari sicily di amerika, segelintir melayu di england, yang bukan bumiputera di sini dan banyak lagi. You get the drift right? people would usually perform at its best under appropriate pressure. Macam graft loceng tu.

Berbalik kepada kedai mamak ni. Kalau di nasi kandar lawood aku cakap tempat dia muhibbah habis sebab bermacam kaum datang melahap di situ. Dari black ke yellow. Dari purdah ke hot chickas super under 30cm mini skirt yeah. Tapi Kedai Masjid Lama ni (tu nama rasmi dia. aku tengok di papan tandalah), dia punya muhibbah super orgasmic. Bukan dibuat-buat sebab nak rasa makanan sedap tapi just nak hang out. Tetapi memang true muhibbah.

Contohnya, macam pagi tadi. Lepas order 2 pinggan mee goreng dan 3 untuk bungkus, pemuda segak duduk semeja dengan warga emas. rambut tinggal beberapa jujuran saja (ada ke penjodoh bilangan ni). putih. seluar longgar diikat (?) dengan talipinggang atas paras pusat. hampir ke dada. menunjukkan usia dah lanjut. kut.




"Hell, I've always been old Ben. Ya' know what though, I don't mind. I mean if my muscles ache, it's because I've used 'em. It's hard for me to walk up them steps now, its 'cuz I walked up 'em every night to lay next to a man who loved me. I got a few wrinkles here and there, but I've layed under thousands of skies with sunny days. I look and feel this way, well cuz I drank and I smoked. I lived and I loved, danced, sang, sweat and screwed my way thorough a pretty damn good life if you ask me. Getting old ain't bad Ben. Getting old, that's earned. - Maggie McGlone:"





Uncle, sini ada orang a?

Tada tada. Luluk luluk. Saya minum teh saja. Luluk luluk.

*senyum, sambil lihat teh pakcik tua tadi baru sampai*



pakcik tua menghulurkan sekeping not seringgit dan satu syiling 50sen



*pemuda segak mulakan perbualan. biasalah resam adat ketimuran. respectlah sikit bai*

...uncle, sekarang teh pun semua sudah naik hargakan?

ha.. yalah. sikalang semua naik harga.. aa, tapi suriman sana selinggit lagi. tada naik. aa..belakang pasa sana.

suriman?

aa..bilakang pasak sana..

oo.. (seremban la ni kut)

kawan tinggal mana?

salak sana. salak tinggi.

oo..sana lulu, estet jugak.

hehe.

sana lulu, kalau mau tuka passport pergi sana. tak payah pelgi suriman. aa..sana pun boleh.

oo..tuka passport a uncle.

ha..tuka passport. tengokla sana. lulu estet jugak.



pemuda segak terus terbayang bibit-bibit gambar fotografi dalam buku chronicle of malaysia: 50years of headline news. poskad town lama-lama. yang dulu jalan raya penuh dengan manusia instead of kereta. poskad-poskad lama dibandingkan dengan gambar baru untuk lihat apa yang dah dicapai setakat ini.

eh.

tu buku lainkan? 400 post-war postcard ke apatah. alah, lupa la.

pakcik tua tadi lepas minum dengan cepat terus berlalu pergi tanpa ucapan selamat tinggal atau flying kiss. mungkin nampak awkward kut dah tua-tua sebegini. pemuda segak sebenarnya masa nak initiate perbualan dengan pakcik tua tadi, macam-macam dia fikir. memang kebiasaanya dia buat macam tu.

dia fikir kalau orang lain ada nak bersembang tak? ada kut. tapi kenapa ada kut? tak boleh bersembang macam biasakah? macam biasa-biasa dengan orang lain (mereka). 'Benda' nak pemuda segak nak cakapkan ni agak universal, tetapi mungkin stigma 'kita' sendiri.

Kalau melayu, kalau dengan cina mesti fikir mereka ni jahat. Nak rampas tanah. Suka tipu harga. Tak pernah ikhlas dalam hubungan. Hubungan perniagaan mahupun hubungan itu. Eh. Tapi pernahkah kau cakap semua tu sambil cermin diri sendiri?

Kalau masyarakat islam umum mesti tanggapannya negatif terhadap israel. Yalah sudah termaktub dalam al-qurankan. Kau tak tahukah? Pergi buka tafsir balik. Kalau dulu-dulu white memang tak boleh ngam dengan black. Harlem tu kira abis restricted arealah (?) Heck, antara sesama sendiri pun sama juga apa. Kau bayanglah kalau dulu west coast jumpa east coast macam mana.

What i'm trying to make a point here is that aku rasa bila dalam perhubungan antara manusia, rule of thumb dia ialah,


innocent until proven guilty, daripada guilty until proven innocent.



alah. mohammad bin abdullah dulu pun mengajurkan bersangka baik terhadap sesama insan. kalau keturunan dia jahat, takkanlah dia pun jahat. kau tengok sajalah wirna tu. mak abah bomoh otai, anak elok je terpelihara. ewah. Kalau sekarang engkau tengok orang duk sedap duk ada gosok sental babi kat belakang rumah, aku rasa bukan setakat ohbulan atau alalalan dot com dah kau terjah, habis muka depan kosmo kau (mungkin) tohmah dia.

Entahla, mungkin nature manusia kut.



"There's always a qabil in every one of us"




Eheh.