Hari-Hari Seekor LB 7!

Adjacent dengan tempat kerja aku, adala rumah urut .. eh tak manis dan professional bunyinya...adala health center. Banyakla masseuse-masseuse hot. Dalam banyak-banyak yang hot tu, ada 1 masseuse ni. Gadis melayu gitu. Aku rasa dah pangkat akak. Dia ni kalau selisih dengan aku atau selisih bila aku dan colleague sedang berbual mesti melemparkan senyuman (cue untuk kau muntah).

Sebagai lelaki pemalu. Aku pandang tempat lain jela. Takdela sampai nak tertunduk tersipu malu. Wakdefak. Paling kuat aku pergi pun balas senyuman balik ala bertentangan mata tak lebih 1 saat. Seganla i u. Kita panggil saja masseuse hot ni Aria.

Aria ni hot. Slender dan tinggi-tinggi model gitu. Kalau asset dia yang depan tu setaraf jessica biel aku rasa dah lama masuk forum cari. Tapinya, colleague aku ni cakap,


"dia ni dah barai mok"


Aku anggukkan saja. Dia lebih senior. Dah lama kerja sini.

Lepas pada tu kalau terpandang Aria ni dan dia senyum kat aku mesti aku rasa tak berapa nak sedap. Pemandangan barai-barai dah terbayang di benak fikiran aku (ayat babi ape ni). Scene-scene maria ozawa membuat aksi bizzare dah mula menerawang. Aku rasa tak berapa nak selesa dalam slack ni. Sejak haritu aku cuba elak eye contact dengan Aria. Susah nak concentrate kerja bang. S-curve dah jadi Y-curve. claim apa semua dah tak dapat nak organize. Force majeure jugaklah kiranya ni. Boleh bagi 100millihelen kut gred dia. Eh betul ke? Siapa sini pandai pakai unit millihelen? Hihi.

Tak berapa lama lepas, aku baru balik dari tapao di mc donald. Untuk akak staff ofis ni. Ya kami ada officemate lunch out. Kau ada ka? Jangan nak perli aku macam-macam. hubungan yang erat dan harmoni di dalam pejabat penting untuk menaikkan mutu syarikat tahu. on the way balik tu, aku nampak ada satu marka hot di alley belakang bangunan mc donald ni. Mini skirt punya fasal aku slow sikit jalan.

Aku perhati marka ni duk terbongkok-bongkok macam tengah hulur sesuatu. aku tak dapat nak tengok dengan jelas, so aku usha lebih dekat. Masa tu aku punya orgasmic meter naik mencanak-canak. Bukan sebab ada cleavage atau apalah dugong. Tapi ternampak scene yang dramatic yang aku selalu jumpa dalam buku saja.

Marka tu tengah bagi makan anjing apatah putih, tompok-tompk hitam. Nampak macam keding juga anjing tu. Bulu-bulu lencun lepas hujan agaknya. Ada hujan ka tadi? Lepas tengok seminit dua, aku chow. Balik ofis lepas tu aku makan double cheeseburger dengan perasaan yang bercampur baur.

Petang tu masa nak balik aku terselisih dengan Aria. Dia senyum macam biasa-biasa sweetnya. Kalini dari berkelakuan macam faggot, aku senyum balik dan kata,


"Nak gi mana? You nak balik? Kalau nak balik i boleh tumpangkan."


...

Ya, marka hot di alley yang bagi makan kepada anjing tadi ialah Aria. Aria yang kau kata barai tu tapi aku rasa kadang-kadang dia lebih mulia daripada pemimpin nombor 1 negara.

...

Jum Aria kita tengok underworld.