Lebih kurang 27tahun yang lalu, sepasang couple sedang mengalami hari yang paling gembira dalam hidup mereka. Mereka jadi raja. Eh mereka jadi raja selama sehari. Selama sehari jugalah mereka jadi orang yang paling berkuasa yang boleh menentukan siapa yang mati dan siapa yang boleh terus meneruskan hidupnya. Eh tu firaun kan?
Merekalah Atan dan Suhana. Atan sibudak kampung yang serba sederhana. Begitu juga Suhana gadis bandar yang serba serbi kekurangan. Pun begitu mereka gembira, saling sayang menyayangi dan bersyukur kerana dipertemukan dengan jodoh sehidup semati.
Time flies by sekarang mereka sudah ada 4 orang anak dengan kerenah dan pe'el masing-masing.
Ok.
The thing about Atan dan Suhana ini ialah walaupun mereka affectionately in love dan sangat caring terhadap their child, they happen to experience a hard time in expressing their love wether to each other or to their all 4 kids.
Ya, memang susah. Bukan susah macam mana. Kiranya hard love la. Eh betul ke term ni?
Disebalik ucap mama sayang kamu, dia lebih suka siapkan sarapan, gosok baju, check gigi anak-anak sama ada putih atau tidak dan sental kepala masing-masing jika terdapat kelihatan sekelumit kelimumur.
Begitu juga dengan Atan. Dari lovey dovey dan jiwang-jiwang baca buku bedtime stories. Dia work hard to provide better protection, shelter and bring home good food for the whole family to feast in.
Macam baru-baru ni. Anak bongsu si atan dan suhana telah sukses dalam sesi temuramah sebagai pekerja-sambil-sambilan-yang-membantu-membangunkan-sektor-ekonomi-negara-dalam-bidang-franchise-dan-franchisor-dan-juga-sektor-pemakanan-asing-di-tanah-air atau bahasa mudahnya dapat part-time dekat ayamas di lembah tengah.
Itu pun disebabkan inisiatif suhana sendiri yang menyuruh anak bongsunya cari kerja part-time untuk meraih sebarang dua pengalaman sementara tunggu result sijil penilaian malaysia.
Tiba hari kerja, atan dan suhana hantarlah anaknya ke lembah tengah. Unload barang runcit-runcit sikit dan selepas kata pesanan sebarang dua diberikan seperti jangan tinggal solat dan jangan ambil gula-gula kalau orang kasi, atan dan suhana pun blah balik ke rumah.
Malam tu, atan masuk bilik aku.
"mak ko kata rumah dah sunyi la. hehe."
lepas tu suhana pula.
"abah kamu kata kesian kat adik kamu. flat tu tinggi. tingkat 14. jauh pula tu."
kemudian atan balik.
"mak ko kata dah tak boleh nak sms ija sangat, dia penat kerja tu nanti."
suhana balik.
"abah kamu kata patutnya jangan hantar jauh-jauh. dekat-dekat sini pun ada part-time apa"
Aku biarkan saja. Aku capai seluar pendek lantas bergegas ke rumah rakan bagi sesi hang out mingguan.
Aku balik saja rumah dalam pukul 3pagi aku tengok lampu bilik adik aku menyala.
Ketuk ketuk ketuk (bunyi ketuk pintu)
"ija hang ada dalam ke?"
"haah, baru balik ni. abah ngan mama ambil tadi. hihi"
Tak sampai 12jam kawan tu kerja. Apa benda ni?
Atan dan Suhana!
L:
bebas