Lelaki Pemalu: Bab 23 - How Do You Guys Meet Each Other

"..Jadi saya mahu buat undian lah ya. Berapa yang mahu naik ke Jabal Nur."

"Run. Run. Bangun weh. Nak pergi Gua Hira' tak?" kejut Abu akan rakannya Harun yang asyik tidur di kerusi hadapannya.

"Ha? Ha! Jum."

...

Tiba malam, selesai tawaf sunat selepas Isya', mereka yang seramai 10 orang berkumpul di perkarangan hotel menunggu van besar.

Perjalanan mengambil masa kurang lebih 40 minit dengan pemanduan gaya hemat warga Syria. Sepanjang perjalanan, Ustaz Hamid bercerita panjang mengenai sejarah Gunung Cahaya dan persepsi masyarakat setempat tentang influx muslimin yang semakin hari semakin ramai mendatangi tempat tersebut. Sesekali Ustaz Ridwan akan mengambil alih berceloteh. Diselang seli dengan kata-kata filling yang staple dan seakan-akan dilatih, Abu syak Ustaz Ridwan dahulunya bekerja sebagai DJ di stesen Radio Maya Indonesia sebelum berubah profession.

Setelah sampai ke destinasi, Abu sedar bahawa manusia memang secara alaminya mudah untuk take things for granted. Misalnya, Abu yang hadir berpakaian lengkap jubah hitam lupa akan hakikat bahawa jabal di Jabal Nur stands for gunung. An actual masyaAllah gunung.

Di persekitaran kawasan gunung terdapat banyak perumahan. Kedai-kedai yang menjual cenderamata, serta makanan dan minuman ringan. Juga terpampang sebuah notis besar yang basically menyatakan bahawa berkunjung ke tempat seperti Jabal Nur adalah bukan dari amalan salafus salih.

Dengan jisim purata melebihi saranan ideal, Abu memulakan pendakian anak-anak tangga Jabal Nur.

In order to take mind's of the fatigue, Abu sumbat earphones ke dalam telinga dan pasang bacaan surah Yasin.

Di sepanjang anak-anak tangga Abu perhatikan terdapat beberapa orang pengemis yang meminta sedekah. Ada yang cuba membaik pulih keadaan tangga dengan membacuh simen secara kecil-kecilan dengan bercahayakan lampu telefon bimbit. Ada yang berbaring diselubungi selimut tebal. Ada yang plain 'ol minta belas kasih sesama makhluk. Hampir kesemuanya terdiri dari golongan lelaki tua.

Kurang lebih satu jam, Abu sampai ke puncak. Abu telah jauh meninggalkan Harun dan sepupu iparnya Din Maxis yang ligat berbual sepanjang pendakian. Mungkin banyak yang untuk dicatch up. Mengkritik juadah hari raya tempohari belah keluarga ipar mereka di Johor agaknya.

Abu turut perhatikan anak-anak gadis yang turut sama mendaki telah pun sampai lebih dahulu. Serta merta Abu teringatkan pertandingan merentas desa tahunan sewaktu sekolah menengah dahulu. Kenapa yang perempuan selalu sampai awal?



Di puncak Jabal Nur, ada dibina sebuah gerai makeshift yang menjual minuman sejuk dan makanan ringan. Ustaz Hamid yang tiba 5 minit lebih awal meminta 2 botol air mineral untuk dirinya dan Abu. Seraya meneguk minuman yang dibelanja, Abu dapati di puncak gunung tersebut kita boleh melihat kota Mekah yang disirami cahaya dengan Clock Tower tersergam tinggi. Abu wonder how different the view would be 1400 years ago.

Untuk masuk ke Gua Hira', one need to actually descend a little bit further. Setelah turun sedikit daripada puncak gunung, terdapat arrangement batu betul-betul sebelum the actual gua yang mana mereka yang ingin masuk perlu slide in dan tunduk semacam memasuki pintu rahsia. Sekali pandang, Abu doubt yang dirinya boleh melepasi 'halangan' sempit tersebut.

And then there were the Iranians.

Abu dan mereka yang bersama dengannya perlu menunggu dahulu kerana terdapat ramai saudara muslimin yang lain berkerumun di pintu masuk Gua Hira'.

Sesetengah dari mereka yang menunggu, penuhi masa dengan berbual dan ada yang mengambil wudhu'. Sementara Abu mempersiapkan mental to actually be in the same space of the one who actually thought untuk kembara berpuluh kilometer, kemudian mendaki gunung dan tiba di puncaknya kerana ingin mencari penyelesaian dan menjauhkan diri dari jiran tetangganya yang menanam newborn mereka hidup-hidup hanya kerana ketiadaan kromosom Y.

30 minit menunggu, Ustaz Hamid bertindak untuk berkelakuan seperti local dan merampas lampu suluh ketua kumpulan Iranians tersebut dan persistently ushering mereka untuk segera menyelesaikan ritual masing-masing dan memberi peluang kepada saudara muslim yang lain.

Abu yang sememangnya tidak gemar menunggu dan crowded places segera menyelinap ke hadapan dan at first opening masuk ke dalam gua tersebut. Actually di hadapan Abu terdapat seorang perempuan berkulit cerah dari Sabah. Disebabkan Gua Hira' yang kecil, hanya 2 orang sahaja yang dapat solat di dalamnya pada satu-satu masa. Naturally gadis tersebut memberikan laluan kepada Abu untuk kehadapan dan dia di belakang.

Tanpa melengahkan masa, Abu lantas mengangkat takbir pertama dan melakukan solat sunat 2 rakaat. Kerana terlalu syahdu dengan mercy of the One dan sesuai dengan lokasi, Abu menguatkan bacaan surah "yang dependent".

Di sujud terakhir, Abu mengambil masa yang lebih daripada normal.

Usai menyempurnakan solat, Abu memberi salam dan pada salam yang kedua Abu mendapati sesuatu yang menghairankan.

Perempuan di belakangnya turut memberikan salam.

Did I just became her imam?



Selesai doa pendek Abu dan gadis daripada Sabah bangun memberikan peluang kepada mereka yang lain.

Sepanjang perjalanan balik sesekali Abu catch glances yang gadis daripada Sabah memerhatikannya. Years from now Abu akan realized bahawa sepanjang hidupnya ada banyak "missed" momentnya. Contohnya semasa pulang menaiki kapal terbang daripada Dubai ke tanah air setahun dari sekarang. Disepanjang perjalanan, gadis caucasian di sebelah kanannya senantiasa twirl with her hair, meminta pinjam cawan kopi Abu dan secara abrupt melangkah malah terduduk di peha Abu semasa ingin ke tandas. 



Berfikir yang mereka berada di tanah haram, Abu segera mematikan segala bisikan yang mungkin ada.

Beberapa hari kemudian mereka semua bid farewell dan part ways.


Sometimes Abu wondered if it's really what's meant for you will never pass you (9:51). In retrospect, once in a while he too imagine what would happen if he built up the courage to say hi. I reckoned it would be an awesome how-you-meet story.

"So Abu, tell us how you guys meet?".  

Gua Hira'.