Ikan Parang

Menjelang tahun baru, terdetik di hati Abu untuk membuat azam. Walaupun it is not one of his wont, tapi Abu fikir what the heck.

Abu menetapkan no more this kinda-introvert bullcrap. Abu berikrar untuk mengadakan new conversation with stranger. Paling tidak greetings or stuff.

At the very least, continuing the discourse started by others to more than just few sentences.

...

Telah menjadi kebiasaan Abu untuk singgah di kedai runcit berdekatan dengan rumahnya usai solat Maghrib di masjid untuk beli roti serat tinggi. Setelah mengambil barang yang dikehendaki, Abu seraya menuju ke kaunter pembayaran. Abu juga perasan yang cashier hari ini mempunyai quite a fair skin. Abu lantas teringat one narration berkaitan humairah dan juga wondering macam mana rupa orang Melayu jika ada freckles.

Hmm.

"Ni je bang?"

Abu mengangguk kecil. Serta merta teringat akan azam tahun barunya.

"Semuanya RM 3.00"

"Orait". There's no other way to further this convo right?

"..."

"..."

Tiba-tiba.

"Cuti esok ingat nak masak ikan parang masak asamlah. Hmm.", kata cashier tersebut sambil memuncungkan mulutnya sedikit.

This is my time to shine.

"Ikan...ikan parang ni yang banyak tulang tu kan?"

Nice Abu. Kinda smooth too if I may say so myself.

Immediately selepas mendengar kata-kata Abu, raut wajah cashier tersebut berubah. Dan out of no where, seorang lagi pekerja kedai runcit tersebut bangun dari bawah meja.

Kedua-duanya memandang Abu.

...

To hell with new year resolutions.