Never Crack Under Pressure!

Abu merupakan seorang pelajar yang berdedikasi. Sekarang setelah meniggalkan alam persekolahan beliau menjadi seorang pekerja yang berdisiplin dan bermotivasi.

Sewaktu Abu menjalani latihan industri kolej pendidikannya, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga office syarikat LI beliau. Maklumlah bos nak pergi haji. Memandangkan Abu seorang yang berkepentingan dalam syarikat, beliaulah jadi bos sementara. Yelah, kang ada claim atau duit nak pakai, bayar gaji pekerja ke, socso ke, epf lagi, siapa nak sign cheque kalau bukan ahli lembaga pengarah.

Mahu tak mahu Abu gagahkan jua menjaga office bosnya itu. Dahla tak ada pengalaman kerja secara rasmi. Kena deal dengan bermacam jenis puak manusia pula. Pergi LI pun 2minggu lebih awal dari rakan yang lain. Haram tesis suruh rakan finalized kan.


Dari berhadapan dengan kontraktor cap ayam, peguam yang menggoda supaya menjadi panel dan staff buat hal, ada 1 insiden yang tidak dapat dilupakan oleh Abu ni. Ceritanya begini, ada customer yang membeli rumah tidak berpuas hati dengan masalah tanah yang dihadapinya (tulah Abu dah suruh buat hoarding degil). Puncanya sales staff lah ni salah bagi info. Customer pula cap ayam tak faham.

Dari senior sales staff sampai PA bos pun dah tak tahu apa nak jawab dengan maki hamun serta cacian customer tu. Yelah dah kata customer is always rite kan. Jadinya nak tak nak Abuuulah yang dipanggil.


Saya nak jumpa bos ni!! Mana dia??!!

Bos tak ada en. pergi haji. Bulan depan baru balik.

Siapa yang in charge ni aku nak jumpa!!



Abu dengar bising-bising lalu pergi jenguk ke depan.



Kenapa kak?

Ni ada customer tak puas hati sebab tanah dia jadi sikit. Lain dari S&P.

Siapa tu???!!!, sampuk customer tak puas hati.




Abu tak tau nak buat apa, pergi ke depan sajalah.



Err, ada apa ya ni En? Boleh saya tolong?

Bak mai sini S&P! Aku nak tengok S&P! Mana S&P??!!

Ambil kejap S&P En. ni kak.



Long story cut short. Setelah bermacam jenis maki hamun dilempar, caci cerca macam kau kerja dengan dia pula. Bawa anak kasi tunjuk nampak kasihan apa bagai. Ludah sana sini. Abu pun dengan tenang cakap,


Macam ni En Kamal, kalau betul on-site ada problem, kita akan alter. Contractorlah tanggung cost. Dah dia buat salahkan.

Ah!! Kau pandai cerita!! Kau siapa??!! Okay kau kata boleh ubahkan?? Sump longkang apa semua dah buat tu, abg nak tengok boleh ke tak ubah. Abg respect la kau kalau boleh ubah.

Ha! Respect sangatla kalau boleh ubah! Hmm, disambut isteri En Kamal sambil buat muka makcik paling menyampah, paling sakit hati kau boleh bayang.

Erm, okaylah tu En Kamal, dah nak masuk Jumaat ni. Kira okaylah ni ya?

Erm. Okay.


Setelah customer berlalu pergi meniggalkan office.


Eh mok! Panas gile tengok En Kamal tu. Isteri dia lagi lah. Macam cibai aku tengok. Marah-marah sini apahal!

Hehe. Sabar jelah. Dia customerkan, balas Abu tanda cool.


Selang 2minggu,


En Kamal ada datang office untuk settle payment beza variance loan dia, terselisih dengan Abu, dia sengih-sengih saja. Sumpah macam kerang busuk! Lain betul dengan penampilan yang ditonjolkan minggu sudah.


Hehe. sihat En Abu?, tegur En Kamal muka madu.

Sihat (mana janji nak respect kau tu?)


Sejak peristiwa tu, bila staff office mula tidak yakin dengan kemampuan Abu handle masalah site atau pejabat, bila senior staff lemparkan kata-kata sebegini,


Mok, ni ada problem sikitla, bos kecil boleh bagi decision tak?



Abu dengan cool kata,


Tanyalah En Kamal.



nasihat Abu kepada semua,

Don't crack under pressure - TAG Heuer






You think you had the worst day ever? Think again =)