Halaman 66,
"Bapa Naemah, lawa anak kita berpakaian macam tu (seperti Nurse), ya?" Mak Limah bergurau.
"Mengapa awak tak mahu pakai macam tu masa muda-muda dulu?"
"Mengapa awak tak mahu jadi doktor?"
Tertawa manja mereka meresap ke dalam kesepian petang.
Halaman 71,
Naik kereta pasang pelita,
Buku tersusun di dalam peti,
Gadis kota makanan mata,
Gadis di dusun makanan hati.
Halaman 122,
"Mana boleh awak tak ingin!" bantah Pendekar Amin pula. Kini itulah masanya mereka dapat berbicara begitu, kerana Naemah tiada di rumah ketika itu. Kalau Naemah ada pembicaraan begitu tentu sekali tak mungkin.
"Waktu kita duduk di beranda, awak kejap-kejap turun ke sungai. Entah apa awak buat pun kita tak tahu!"
Mendengar perkataan Pendekar Amin begitu, Mak Limah terkenang akan kisah-kisah lucu zaman mudanya. Dia tersenyum lebar, tetapi lekas-lekas senyumannya itu disembunyikannya. Kaki Pendekar Amin disambarnya lagi. Sekali lagi Pendekar Amin tersentak kesakitan. Dan lagi sekali tertawa besarnya menggelegak.
"Kita cuci bajulah!" balas Mak Limah sambil menjeling.
"Takkanlah cuci baju satu hari sampai dua puluh kali!" sindir Pendekar Amin.
Mak Limah terdiam mendengar balasan Pendekar Amin. Jauh di susut hatinya tergambarlah olehya kejadian-kejadian lama itu. Hati kecilnya tertawa. Dan tangannya mencari kaki Pendekar Amin. Pendekar Amin yang sedar akan akibat sindirannya itu, segera menarik kakinya.
"Yang awak duduk di beranda tu buat apa?" balas Mak Limah pula.
"Kita nak mengorat awak!"
Pendekar Amin tertawa. Kasar dan menggelegak ketawanya itu. Dia segera berundur dari tempat duduknya, melarikan badannya dari cubitan Mak Limah. Muka Mak Limah naik warna lagi.
"Sudahlah tak usah merepek di situ!"