Tarik!

"Ha, yang ni pula, senang je ni Encik. Yang ni Encik tak payah nak tolak nak apa, just tarik saja.", terang Eksekutif Pemasaran tu bersungguh-sungguh.

Dengar saja perkataan 'tarik' tu, tiba-tiba Abu tersenyum mengingatkan peristiwa di Pantai Batu Feringgi.

Hujung tahun lepas, Abu dan rakannya Acong, telah membuat Ekspedisi Mencari Pencerahan di seluruh Semenanjung Malaysia. Berbekalkan Kancil 0.6 berkuasa normal dan 2-3 helai baju, bermacam-macam kerenah dah mereka jumpa.

Dari nenek orang asli topless berpayu dara leper sampai ke pusat macam setan on the way ke Gurun dari Gerik, brader anak 1 mencarut tak beringat dalam Masjid a-Maarif Alor Setar sejurus selepas selesai solat fardhu Zohor, pengawal malam berhampiran Hentian Penyu Rantau Abang yang peramah sangat disangka warga bunian dan lain-lain lagi.

Tetapi, untuk cerita 'tarik', kita kena ke Pantai Batu Feringgi.


---


"Okay, parasailing ni senang saja."


Acong dah berpeluh sikit. Bila sales person kata semuanya mudah, semuanya senang, semuanya bisa diatur, mungkin kau dah boleh cuba cari prospek yang lain. 'Bala' senang nak menimpa untuk kes-kes macam ni (Cue: "Yang ini tak payah cari orang, cari ...)


"Abang enjoy dekat atas tu. Nanti dah sampai 2-3 round-"

"3 round? Kata 2 tadi?"

"Tak apa, kita orang Melayu sama-sama saya kasi lebih."


Abu dan Acong pandang masing-masing sambil angguk sikit tanda faham-faham sendiri.


"Okay, ingat ya bang, nanti dah sampai pantai, saya jerit tarik. TARIIIKKK!!!", brader ganguro tu kasi bunyi satu kali biar Abu ingat.

"Saya jerit je tarik, Abang tarik tali yang ada ikat reben merah ni saja tau. Ingat reben merah ni saja. Yang lain tak payah kisah. Ha, itu saja. Senangkan? Okay pakai."

"Err, tapi bang, boleh tahan ke payung ni bawa kita berdua. Dekat-dekat 300 kilo jugak la kalau campur kawan saya ni.", tuding Acong tanda tak nak kalah.

"Boleh-boleh, pakai sekarang."

"Ni kamera, handphone semua saya tinggal sini ya? Tak hilangkan?"

"Tak-tak, kita ada sini. Tu masuk dalam beg tu." Kata brader ganguro gaya tak tinggal sembahyang Subuh.


---


"Wey, feeling jugak ni Chong. Dah rasa macam babak-babak awal Jurassic Park III pun ada. Apa-apa hal aku potong je tali ni, boleh kita dive elak Pterodactyl menyerang.", sembang Abu pakai lutut.


Acong mengiyakan tanda setuju. Tak elok juga bertelagah di ketinggian hampir 500 kaki macam ni getus hati kecil Acong.


Lepas muak layan angin dan ombak, sampai waktu mendarat. Sebagai yang situated di atas, Abulah yang kena tarik tali payung tu untuk descend.


"TARIIIKK!!", jerit brader ganguro yang jelas idolanya adalah Zanzibar beach boys.


Praappap. Abu tarik rilek-rilek.


"TARIIKKK!!!!!". Abang pantai jerit lagi tinggi decibelnya tanda proses descend tak menjadi.


Abu masih lagi rilek tapi kali ni tarik dengan 2 tangan.

Apa yang dapat diperhatikan, Abu dan Acong memang descend, tapi instead of turun jejak ke pantai, mereka makin dekat dengan Davy Jones Locker.

Acong yang dah makin panas dengan sikap rakan-rakan yang cuba flirting with Death menjerit sekuat hati.


"TARIIKK!!! TARIIKK!!!! TARIIIIIKK!!!! PUKIMAKKK!!!!!"


Abu makin sewel dibuatnya, cuba mengingkar arahan brader pantai dengan menarik tali yang satu lagi. Tali yang tiada reben merah.


BAB! Bunyi Abu dan Acong menghempas pantai Batu Feringgi. Sekumpulan white people yang hanya 2-3 kaki dari tapak mendarat pada awalnya, bangun bertempiaran lari. Satu blondie cun memberanikan diri bertanyakan,


"Are you alright guys?"


Acong, macam lelaki-lelaki fertile yang lain bingkas bangun.


"No, we're cool.", Tanda riak jelas terpancar di dahi walaupun baru sebentar tadi terlepas daripada bahana seluar basah dek air laut. Bunyi macam hal kecil. Hakikatnya itulah satu-satunya seluar yang tinggal untuk 2-3 hari lagi. Sebelum seluar lain direcycle.


"Ha, nasib baik Abang pandai tadi. Tarik tali yang satu lagi. Angin berubah tadi."


Inilah dia. Angin pula yang disalahkan.

Berbekalkan akal yang cerdas, dan tindak refleks Abu yang tinggi, Acong sekarang hidup mewah dengan pendapatan 7 angka sebulan di selatan tanah air berkat bisnes Swing Trading Forex. Kalau bukan sebab Abu dapat A2 dalam Fizik SPM, entah dah lainlah outcome mereka hari ni.