Dalam banyak-banyak negara dalam benua Asia, ada satu negara yang mana senarai kaum 'rasmi'nya ada 3. Jarang-jarang ada negara yang ada privilege macam negara tu. Dalam negara tu, ada sebuah negeri di mana ibu negaranya terletak. Dalam negeri itu, ada sebuah daerah yang mana, lapangan terbang antarabangsa negara itu terletak. Dalam daerah itu, ada sebuah kampung yang kecil, dan dalam kampung itu ada sebuah lorong kecil yang mana terletaknya rumah Cikgu Baharudin & Makcik Salimah.
Cikgu Baharudin adalah seorang guru sekolah rendah di kampungnya. Umum tahu, cikgu-cikgu di kawasan kampung sebaya Cikgu Baharudin selalunya tidak dilantik berdasarkan kelayakan on paper tetapi lebih kepada pengalaman di dada.
Hampir semua orang di kampung panggil Cikgu Baharudin cikgu.
"Cikgu! Nak pergi mana tu?"
"Cikgu, esok ada tahlil rumah saya. Jemputlah ya?"
Lepas pencen, menjadi norma Cikgu Baharudin berbasikal setiap kali waktu solat ke masjid. Daripada sihat cergas berbasikal, sampailah ditegah untuk berbasikal kerana mutu penglihatan yang merosot. Cikgu Baharudin akan tetap juga ke masjid - dengan berjalan kaki.
Sewaktu masih cergas berbasikal, menjadi kemestian Makcik Salimah untuk mengelap basikal suaminya di subuh hari, sebelum Cikgu Baharudin ke masjid. Macam matahari yang tak pernah miss terbit, macam tu lah Makcik Salimah dengan perihal mengelap basikal tua suaminya.
Tak pernah sekali pun miss.
Tak pernah.
Tak berapa lama selepas daya penglihatan Cikgu Baharudin merosot, kesihatan fizikalnya juga makin lama makin merudum. Mungkin sudah qada' dan qadar Illahi, Cikgu Baharudin pergi dahulu meninggalkan isterinya.
Rumah yang dahulunya tinggal berdua, sekarang tinggallah Makcik Salimah seorang. Hidup mesti terus bak kata orang.
Tak ada lagi kelibat seorang tua berjalan kaki ke masjid setiap kali waktu solat.
Sekarang yang tinggal hanyalah basikal tua arwah Cikgu Baharudin. Basikal tua yang Makcik Salimah masih tak pernah miss lap, setiap pagi subuh, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun.
Tak pernah sekali pun miss.
Tak pernah.
Umum tahu yang Cikgu Baharudin dah tak ada. Tapi entahla. Habits die hard?
Atau mungkin, inilah yang orang kata.
Pasangan suami isteri di dunia, dan juga Inshaallah di syurga kelak.
Cikgu Baharudin & Makcik Salimah
L:
belajar