Bual 1!

Lokasi: A&W Seremban.

*sambil mengunyah Mozza Burger* Weh kalau orang tanya what say you tentang isu yoga tu kau jawab apa?

Hmm..bak jap fries tu.

Nah..jawabla.

Senang je. Aku cakapla harus.

Oo..buat pun tak dapat apa, tak buat pun tak dapat apa ya.

Yelah. Janji jangan ada chanting apa tula. Yang lain tu gerakan badan biasa ja. Tak ada jenis ibadah pula kan.

Aku pun camtu gak. Tak ada nak rasa apa. Cumanya aku jadi nak defend fatwa kata haram tu sebab aku suka gila baca blog kan kau taula. Aku baca-baca ada yang jenis nak pertikai takda la sampai tahap kondem tapi memang kaw-kaw la dia bagi.

Hmm.

Bukan nak kata apa memanglah kita boleh perbetul orang hatta Saidina berempat tu. And tak perlu tengok orang yang menegur. Tapi agak-agak aa. Awak pemakaian pun aurat tak jaga. Cerita sembayang apa semua tinggal. Sosial tahap US and A ada hati nak sound ahli majlis fatwa.

Kalau kau pandai sangat jadilah ahli majlis fatwa kan. Dah kata kau tahu lebih lagi dari dia orang. Jangan kata kau malas la. Politik la. Sebab kalau kau tau salah then tak buat apa-apa apacer.

Hmm.

Kau nak pertikai diorang tu siapa. Pewaris nabi. Kau tu? Kaki joli. Kalau dulu time nabi ada boleh follow, ni dia dah tak ada follow jelah kata pewaris nabi ye tak (macam familiar ja ayat ni).

Yolah tu. Boto la.

*selepas hampir 15minit berbincang*

eh kau agak-agak kalau liyana jasmay lawan lisa surihani siapa menang.

aku tak kenal lisa surihani.

kalau aku, aku pilih liyana jasmay. tapi cute lagi lisa surihani sebenarnya.

kalau scha al-yahya lawan faezah elai?

sha la.

scha la.

faezah elai a.

okay-okay. kalau diana danielle lawan Juliana Evans?

JE la.

*senyap untuk 15 saat*

ha kalau eja lawan rita rudaini.

hakela senang. rita rudaini la *serentak*

ha ha.

kau tau tak rita rudaini tu paris hilton malaysia.

wtf



amacam ilmiah tak bersembang?