Dalam Islam, ada banyak benda yang, well, kau tak boleh nak explain. Tak boleh nak explain, seemingly rather convincingly.

Contohnya macam, kenapa solat Asar kena 4 rakaat. Kenapa perempuan tak boleh jadi imam dalam solat. Kenapa ibu lebih utama daripada bapa. Kenapa mendekati zina haram. Kenapa actual zina haram. Kenapa arak haram. Kenapa consume babi haram. Kenapa orang yang membazir itu saudara syaitan. Kenapa zakat 2.5%. Kenapa mesti wudhu sebelum solat. Kenapa aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Kenapa perempuan fard pakai tudung.

Dan lain-lain.

Yes I know, dalam usaha untuk merasionalkan Islam dalam konteks dunia yang semakin pesat membangun dan moden ini, boleh ada banyak juga jawapan kepada persoalan di atas. Jawapan yang seiring dengan logik akal yang boleh membuatkan umum - dan terutamanya, non-muslim berkata, "Hey, orang Muslim ni tak ada lah kolot."

Tapi.

Though most of the explanantion given is true & correct - make no doubt yang Abu memang percaya sepenuhnya yang Islam adalah the only accepted Deen, yang paling utamanya buat Abu kenapa kita mesti ikut semua rules & regulation yang ditetapkan oleh Maliki Yaumiddeen, adalah kerana kita Muslim, yakni kita submit.

Kita sebagai hamba, submit kepada kesemua kehendak Tuan kita.

Suka atau tidak, logik atau tidak, susah atau senang, merepek atau kolot, sebagai hamba, kita memang tertakluk dengan kehendak Tuan kita dan sewajarnya sebagai seorang hamba, kita mesti always strive untuk gembirakan hati Tuan kita, above our own personal desire.

Now.

Sebut tentang perkara yang peculiar dalam Islam, dalam beribadat juga, kita mesti mengikut apa yang Rasul Allah dah ajarkan kepada kita. 

Kita tak boleh nak pandai-pandai buat Subuh 12 rakaat, biarpun kita perasan gungho pagi tu.

Kita tak boleh nak omit solat dan instead berputar-putar menari beramai-ramai dengan iringan muzik dalam usaha kita untuk menuju (ke) Tuhan.

Itu salah.

Dan dalam banyak-banyak form of ibadah yang ada, Abu paling curious ibadat sa'ie.

Sa'ie hanya boleh dibuat bila seorang Muslim perform umrah. Sa'ie juga adalah istimewa kerana seperti mana tawaf hanya boleh dibuat mengelilingi Kaabah, sa'ie dibuat dengan bergerak dari Bukit Safa ke Marwah.

Oh, orait juga bagi nama anak kalau kembar perempuan Safa & Marwah kan? Kuat berjalan ke diorang nanti?

Anyways.

Abu hairan kerana, sa'ie adalah antara ibadat utama yang mana originnya bukan daripada seorang Nabi atau Rasul. Abu juga hairan kerana, jika difikirkan, apakah rasionalnya Sa'ie ini?

Tawaf boleh kita katakan untuk memuji dan mengagungkan Tuhan.

Ibadah korban juga boleh kita katakan untuk beri makanan kepada yang memerlukan.

Tapi sa'ie? Apa tujuannya?

Untuk mengetahuinya, perhaps kita kena tadabbur sedikit akan asal terjadinya that form of ibadah.

To avoid being long winded, Hajar setelah mengetahui (dengan senyapnya Ibrahim a.s. kepada pertanyaannya) bahawa suaminya mesti meninggalkan dirinya dan anaknya yang kecil (see how great of a task of sacrifice did Allah asks from Nabi Ibrahim a.s. Never had another human being asks the same. Mungkin boleh cerita lebih panjang di lain kali) di tengah padang pasir yang kering kontang.

Umum tahu bagaimana ceritanya ini unravel, sehingga kepada masa Hajar berlari dari Safa ke Marwah ke Safa ke Marwah dan seterusnya sebanyak 7 kali (ending di Marwah ye para hujjah sekalian). All while hoping yang beliau akan ternampak caravan atau insan lain yang ada di padang pasir itu juga dan dapatlah dia meminta air sedikit untuk Ismail a.s. yang menangis kelaparan.

Namun, tiada pertolongan yang datang, sehinggalah akhirnya Tuhan pancarkan air zam-zam and the rest, as they say, is history.

Abu rasa the eureka moment dalam cerita ini ialah not so much kita buat sa'ie untuk mengingati pengorbanan Hajar / seorang ibu etc etc. Tapi pengajaran paling penting yang Allah s.w.t. mahu setiap khalifah ciptaannya aware sehingga ke akhir zaman adalah,


Semua manusia kena berusaha, itu tanggungjawab kita, tetapi result akan datang bukan kerana usaha kita, tetapi kerana mercy Maha Pencipta. Effort is from us, but result come from Allah.


Air zam-zam yang tak pernah kering sehingga sekarang, terpancar dengan tiada correlation langsung dengan aktiviti berlari di antara dua gunung / bukit.

Jadi.

Janganlah berasa bangga & lupa bersyukur bila dapat sesuatu hasil yang bagus kerana itu bukan terjadi semata-mata usaha kita. And more important of all, janganlah sekali-kali rasa dejected bila setiap usaha kita itu tidak membuahkan hasil.

Janganlah rasa patah hati bila effort kita bangun awal pagi untuk solat Subuh tidak membuahkan apa-apa hasil. Janganlah patah hati bila usaha kita untuk ke masjid dalam kegelapan Subuh nampak seperti tidak mendatangkan apa-apa. Janganlah patah hati bila usaha kita untuk sentiasa solat witr sebelum tidur seperti tiada membawa apa-apa perubahan. Dan janganlah patah hati bila usaha kita untuk sentiasa berpuasa sunat dan berbuka seorang-seorang nampak seperti sudah pointless.

Jangan patah hati.

Mungkin "usaha" kita itu belum cukup "7 round". Dan lebih utama lagi, sebagai orang yang sentiasa berusaha untuk menjadi mereka yang bertaqwa, kita hendaklah percaya akan perkara ghaib dan seterusnya yakin yang "zam-zam" kita akan hadir.

Biarpun sekarang nampak pointless dan without hope, tetapi teruskan berdoa dan meminta. Nescaya suatu hari nanti bila The Most Merciful grant you from amongst His endless bounties, ramai orang yang akan terima manfaatnya, berkat usaha kau sekarang.

Teruskan larianmu bro.