Patience

Dalam hidup ni, semua orang mahu kan yang terbaik. Semua orang nak result peperiksaan yang bagus. Semua orang nak lulus ujian memandu timely. Semua orang nak dapat pekerjaan yang bagus. Kemudian, semua orang nak kahwin dalam waktu usia yang diidamkannya. Dan lepas itu, semua orang mahu dikurniakan cahaya mata yang sihat & comel tak lama kemudian.

Tak ada orang yang tak mahukan yang terbaik untuk dirinya.

Tapi, lumrah hidup ini, ada macam-macam ujian yang melanda. Ada yang besar. Ada yang kecil. Ada yang mengomel kereta baru tercalar. Ada yang kesal mengambil keputusan untuk tidak berhijrah daripada negara kelahiran bila adik lelaki mati terbunuh dalam peperangan saudara. Ada yang susah hati tidak dapat belikan untuk anak, KFC bulan ini, ada yang susah hati tak dapat beri anak makan apa-apa pun minggu ini.

Alhamdulillah untuk mu'min, perkara ini (boleh jadi) senang saja.

Seorang mukmin kena sentiasa aware dan akur at the very least,  dua perkara di bawah.


Satu. Bukanlah sunnah ar-Rahman untuk menganiaya atau deprive hamba ciptaannya. Allah sayangkan kesemua ciptaannya melebihi sayangnya seorang ibu yang breastfeed anak kecil dan tidak sanggup melemparkan bayi itu ke dalam api.

Take your time to fully digest that ahadith.

Dia tidak gain apa-apa sekali pun jika beri atau tidak beri sesuatu kepada kita. Kerajaan Dia tetap kekal megah dan Dia tetap kekal selamanya.


Dua. Kebanyakkan orang terlupa yang ar-Rahman juga adalah perfect. Setiap apa yang melibatkan-Nya (in a sense literally everything) adalah yang terbaik yang terjadi.

Tak dapat kerja lagi? Itu yang terbaik untuk kamu sekarang. Tak kahwin lagi? Itu yang terbaik untuk kamu sekarang. Tak dapat anak lagi? Itu yang terbaik untuk kamu sekarang. Dapat anak "istimewa"? Itu yang terbaik untuk kamu.

Again, setiap orang ada test masing-masing. Setiap orang ada yang terbaik untuk dia yang berbeza dari orang lain.


Adam kena test dengan dibiarkan roaming di bumi keseorangan bertahun lamanya selepas diturunkan daripada syurga walaupun telahpun menerima keampunan daripada Rabb-Nya.

Ibrahim tidak diberikan anak sehingga sangat lewat umurnya biarpun dia khalilullah.

Lut punya isteri yang kufur biarpun dia Rasulullah.

Musa kena beri nasihat kepada manusia yang mengaku tuhan, yang bersama dengannya ketika kecil, membelanya, biarpun Musa tidak berapa fasih dalam berbicara.

Tidak lama selepas kewafatan isterinya dan pakciknya, dalam keadaan masih berduka cita, Muhammad s.a.w. berdarah badan & kakinya dek balingan batu budak-budak Taif 


Kalau kita look in a glance memang akan nampak Tuhan tidak adil.

Tapi kalau kita betul-betul faham yang mana hamba-hamba di atas adalah the best of humanity. Kita akan sedar yang  for the time being kita tak akan mampu untuk comprehend takdir ar-Rahman ke atas kita. Kita hanya mampu biithnillah faham in retrospect

Sebab itulah kita dipanggil orang mu'min kan? Those who believe.


Jangan terlalu risau fasal hari esok. Tintanya telah kering. Yang penting kita usaha & believe kepada yang Mengawal guguran daun pokok.
Kalau memang kita punya memang tak akan lari.Kalau bukan kita punya?


"If Allah knows [any] good in your hearts, He will give you [something] better than what was taken from you, and He will forgive you; and Allah is Forgiving and Merciful." 8:70