My Eye

Semasa Abu di Baghdad, Abu perhatikan kebanyakkan orang, apabila di panggil namanya, mereka akan menjawab,

" 'Eni ".

Atau kadang kala, mereka tukar dengan,

" 'Ayuni ".

Curious dengan perkara itu, Abu bertanyakan kepada rakannya yang mengatakan, bahawa ianya adalah suatu term of endearment yang membawa maksud, my eye.

Abu berasa sungguh terkesan dengan perkara ini hingga membuatkan matanya berair dek habuk padang pasir.

Pun begitu Abu sebagai foreginer tidak pernah dijawab dengan panggilan yang sebegitu. Mungkin ianya hanya untuk mereka yang sangat rapat bersama, ataupun mungkin local sahaja.


====

Menuju ke masjid di Baghdad adalah sangat mencabar, anda akan di periksa seluruh badan sebanyak 2 kali untuk memastikan anda tidak membawa sebarang alat letupan.

Trak diletakkan melintangi jalan untuk menghalang sebarang kenderaan dari menghampiri kawasan masjid, memastikan para jemaah hanya boleh sampai ke tempat beribadat dengan berjalan kaki.

Pertama kali diperiksa oleh anggota tentera berberet biru di perkarangan pintu masuk utama masjid, Abu sangat cemas.

Adakah Abu akan dibenarkan masuk? Adakah dia akan meminta passport Abu? Bagaimana pula dengan pemakaian? Adakah offending mana-mana pihak? Abu tidak memakai penutup kepala. Adakah salah? Bolehkan jeans dibawa masuk? Handphone pula bagaimana?

Usai diperiksa, Abu dipelawa masuk dengan lembut sekali oleh anggota tentera dengan beret biru tersebut.

" Yala, 'eni ".



I hope we'll meet in jannah dear officer.