Siri Bercakap Dengan Abah 13!

Di ruang tamu selepas berbuka,


Sedap betul dengar dia cakap Arab (sambil muncung mulut tunjuk ke arah peti televisyen). Kau pandai cakap Arab ke bang?

Sikit-sikit je bah. Abg rasa lagi elok Mandarin Abg.

Susah ke cakap Arab ni?

Tak susah juga. Abg rasa lagi susah Mandarin. Sebab Mandarin ni dia ada 4 tona suara macam tu. Kalau kita sebut 'ma' saja pun dah ada 4 makna berlainan ikut cara sebut. Ma (/), ma (-), ma (~), ma (\).

Kalau Arab ni dia sama je. Cumanya yang beza pun kut kalau kita nak refer perempuan ke, lelaki ke, sebab kalau macam 'anta', awak untuk lelaki, 'anti', awak untuk perempuan. Macam tu lah. Barang-barang pun ada barang perempuan, barang lelaki.


Lepas explain tu tiba-tiba rasa macam 'ek' sikit pula dengan Abah aku ni tak macam dulu. Dia tak tahu Arab Tinggi aku dapat 7.