Pemanduan Bergaya!

Kalau aku bawa kereta, aku lebih suka turunkan tingkap hirup udara luar dari pasang air-cond. Kenalah tu dengan tabiat aku suka menyanyi dalam kereta. Tangan kanan hulur keluar buat-buat aksi strum gitar baru nampak rock alternatif.

Kalau marka-marka tengok mesti kata,


"bergaya betul gaya pemanduan brader tu"


Tak kiralah pergi ke mana sekalipun memang masuk kereta, putarkan kunci di posisi ignition, turunkan tingkap baru start injin. Nak pergi ke Bangi juga macam tu. Sebut fasal Bangi, memang kat sana ramai foreigner. Tengah-tengah pula dulu hot viral A(H1N1) tu siap staff semua pun pakai face mask.

Being a super optimist i am, tak pernah terlintas di hati aku yang ada even slightest chances of getting the flu. But the paranoid part of me struck me with all sort of questions 'bout the flu bila aku batuk tak berenti lebih 2 minggu.

Faking. Ni kalau pergi dulu, runtuhan Aztec tak sempat tengok lagi ni apekebenda macam ni.

Lebih teruk lagi malam ke 13 macam tu aku demam teruk untuk 2 hari. Bangun pun tak larat. Tapi kawan ajak pergi Lawood entah cergas pula jadinya.

Worst come to worst aku pergi jumpa doktor.



..Batuk berapa lama dah ni,

2 minggu lebih doktor (tanyala berkenaan symptom H1N1)

kahak ada?

ada doktor (tanyala berkenaan symptom H1N1 doktor)

susah ke senang keluar?

susah doktor (H1N1 la)

warna apa?

erm..jernih..putih macam tu doktor (babi, H1N1 la saya ni doktor. kang aku selek air liur kat dahi kasi jangkit kang. tanya kahak warna apa bagai)

erm, kurangkan minum air batu, aktiviti luar. jerebu-jerebu sekarang ni banyak orang alah. saya bagi juga ubat alahan tuk redakan batuk awak ya.

(jerebu?...)



Balik dari sesi konsultansi dengan Puan Doktor aku ke kereta aku sambil meludah kat tayar.

Babi punya pemanduan bergaya.