R.O.W.E.!

**Kemaskini: Ditto Hans ada forward cerita tu kat aku. Heh.**


Dulu, masa adik-adik (peh) u.s.i.m datang melawat tempat aku kerja demi menyempurnakan projek paper ekonomi mereka, ada macam-macam soalan yang ditanya. Ish dahla hot-hot semua. Kalau bukan sebab bos ada ditepi. Aih.

Dalam banyak-banyak soalan yang ditanya, ada 1 yang aku ingat.


"Macam mana tuan meningkatkan produktiviti atau memotivatekan pekerja syarikat tuan"



Kurang lebih macam tu lah. Sebagai jejaka hero aku jawab simple aja tanda cool.


"ROWE."



Aku tau kau orang semua pun mesti tak tahu. Ah macam pelajar u.s.i.m lah kau orang ni. Result Oriented Work Environment. Senang kira macam flexi hours yang sesetengah majikan implement tu. Aku sedari waktu belajar dulu memang minat scheme sebegini.


"Apa jadah datang kelas awal-awal kalau enjin tak panas? Sia sia saja.", kata Mok kepada Nuzul seraya berjalan menuju ke kelas.



Nak cerita perihal flexi hours ni memang panjang. Tapi mungkin cerita Encik Semut ni boleh dijadikan pedoman.


[Sebagaimana diceritakan oleh Ditto Hans]


Semut ni memang gao kerja. Kerja senantiasa. Walaupun kerja sikit tapi bekalan makanan/resources ada saja. Tak pernah putus. Begitulah kehidupan seharian makhluk cinonet ni. Arakian suatu hari, Raja Rimba, Singa pun pelik sebab dengan fenomena kaum semut ni. Kerja rilek macam tu pun tapi hasilnya banyak aje. Dahla tak ada supervison. Disebabkan telah diasuh di sekolah tinggi, maka Singa pun melantik seekor supervisor untuk kaum semut, Si Lipas. Ini bertujuan untuk menaikkan mutu produktiviti. Yelah, kerja tak ada supervison dah banyak macam ni, kalau disupervise? Peh.

Rule pertama sebagai supervisor, Si Lipas mengimplement sistem punch card. Semut masuk awal pagi kena punch card dah sekarang. Sementelaah tu juga, Lipas telah renovate macam-mcam dekat tempat koloni semut tuk jadi ofis dia. Tak cukup dengan itu, dia lantik En Labah-labah jadi clerk of work. Macam-macam report dia buat apa bagai. Nak lagi tip top, Si Lipas dah hire Tuan Lalat jaga IT Dept. Buat website sebarang dua barulah gerek. Nak tunjuk name card pun tak segan. Ada email sendiri nama company ke.

Berbulan berlalu, report hasil kerja semut sampai ke paw Raja Rimba. Bukan lagi banyak hasil lagi menurun mutu kerja dan hasil resources. Raja Rimab jadi hangin lantas upah Burung Hantu untuk siasat perkara ni. Tup-tup Burung Hantu report kepada Raja Rimba yang para pekerja dah hilang motivasi, overcrowded apa semua. Nak settlekan problem ni Raja Rimba ambil tindakan untuk reduce staff. Siapa Raja Rimba sack?


Tentulah bottom spot, En Semut.


=)


Hah, siapa ada tahu kerja kosong kat tempat implement rowe ni bagitahulah. Macam google ka nuffie ka. Haha.



The Ant - Free Legal Forms