bukan bercakap dengan abah pun, dengan adik lelaki sebenarnya.
..mi, hang rasa apa tujuan hantu a? apa purpose hantu ni a?
nak kasi orang jangan buat jahat. kawan ami cakap la.
yeke? (dalam hati: ingat kalau kita buat jahat lagila hantu tak kacau sebab kita 'jadi' geng dia)
abang rasa hantu ni ada dia nak bagi takut orang je la.
...
hang tengoklakan, hantu ni bila ada orang kata pernah encounter mestinya tak proper. maksudnya tak jelas. rasa macam ada orang tengok kita dari belakang la. rasa ada orang intai la. perasan ada bayang-bayang gelap. cahaya putih la. macam penakut pula hantu ni. paling kuat pun orang pernah kata dia ketuk-ketu, gegar-gegar pintu.
betul-betullah sikit. ni bila buka pintu tak ada. ha, bila siang atau terang pun tak ada.
hehe.
dia ni memang purposenya nak bagi takut je. kalau saitan mungkin la kut nak pesongkan akidah manusia.
..yelatu kut..
..singa orang takut tak? sebab apa orang takut a? sebab dia boleh makan ie cederakan kita kan? hantu ni orang takut sebab apa a?
sebab orang tak pasti. uncertainty memang intrigue orang dari pelbagai sudut. tu yang sampai takut paranoia pun boleh.
hantu ni boleh mudarat ke? eh boleh juga kan, yang kes histeria tu bagai. hmm..
dahla tidurlah.
...
ps: hantu tiada, jin, saitan, iblis yang ada.
pps: hantu memang boleh mudarat tapi itu pun jika tuhan izin ye tak? =)
Siri Bercakap Dengan Abah 6!
L:
bebas