Kejiranan Yang Ingin Saya Tinggal!

Banyak betul kedai tutup hari ni. Hampir semua shoplot di nilai ni tutup. Nak laminate pun susah. Hah berani kau kata tuan mlayu lagi?


Dalam banyak-banyak tempat aku pergi, adala dalam 2, 3 kawasan sahaja yang aku rasa semacam very close to heart. Aku kira aku dah pergi banyak tempat jugalah dan tinggal di sana. Although mungkin tak menetap, tapi yang terpendek pun dah exceed 3, 4 minggu kira maustatin jugalah kan? Kena solat jumaat di situ.

Dari klang ke penang. Kemudian ke tanah merah. Dari kelantan ke shah alam. Kemudian ke sepang. Boleh juga kira kut experience sewaktu menuntut (bahasa apa ni?). Dari kuala lumpur ke gerik. Dari labu ke gopeng. Dari johor bahru ke gambang. Dan sekarang nilai.

Banyak-banyak tempat yang aku lawati/diami ni aku rasa, banting/klang dan ipoh saja yang aku rasa paling cool dan ingin tinggal menetap di sana. Ya aku memang kodi.

Ah the simpleton simplicity it offers.

Banting/klang aku tak tahu sebab apa tapi rasa betul-betul serene. Rasa macam hang out dengan arwah atuk aku pula. Mungkin sebab tu kut. Sebab atuk aku. Tipikal rumah di area ni, rumah kayu bukan atas tanah. Kawasan tak berpagar. Laman luar rumah yang tak besar sangat tapi ample.

Aku rasa aku jatuh hati tang rumah and surrounding area dia kut. Part pekan dia tak la sesedap mana. Heh.

But if it were to be decided, aku rasa ultimately ipoh juga yang aku pilih. Peh dia punya perasaan vintage tu kau tak usah nak cerita atau argue dengan akulah. Setiap kali lalu pekan eh bandar ipoh on the way ke bekas stesen bas ke tanjung rambutan, aku mesti ushar keluar tingkap dan lihat rumah-rumah kat sana.Semua rumah-rumah tu bermain di mata aku macam dalam gambar polaroid semi usang tu. Peh.

Alah susah sangat kau ambil gambar pemandangan memory lane (bukan memory lane company card tu bang) tu dan kau ambil gambar rumah petite. Kau tengok 2, 2 tu sekaligus. Mesti boleh bayang punya.

Rumah yang agak petite comparing dengan tanah yang luas. Small but suffice. Tanah lapang luar rumah yang besar dan kebiasaanya di pagara depan ada 2 pintu gate. Kiranya kau boleh buat separuh bulatan penuh bila nak masuk rumah tu. Faham ke? Masuk pintu lain keluar pintu lainlah kereta tu. Shit.

Aku juga tak berapa nak grasp kenapa aku minat keadaan rumah macam ni. Aku rasa ni semua salah orked, atau lebih spesifik sepet serta krew-krewnya. Atau pun aku sebenarnya minat benda/perihal vintage ni.

Dari dulu lagi masa kecil bila balik kampung aku dah jatuh hati lihat rumah-rumah macam ni dekat ipoh. Haih. Aku kalau ada duit memang dah lama beli tanah dekat sana dan buat rumah sejibon macam ni. Tapi, ada ke orang yang minat tinggal tempat-tempat semi-suburb macam ni? Hehe.

Tunggulah nanti.

Kau pula minat kejiranan macam mana?