Bekerja sebagai jurutera awam memang indah. Kenapa? Kau tak semestinya duduk sepanjang hari di ofis design sewerage system atau duduk di site panas terik sambil marah-marah kong si kong myanmar atau bangladesh tu. Instead, kau boleh berjalan ke semerata tempat semasa waktu kerja.
1. Boleh bekerja dari rumah semacam pesisir utm tu untuk siapkan planning & scheduling yang tak siap tu. Yelah material organizing dan resources planning kan crucial. Nanti kalau eot lagi apa macam?
2. Boleh selalu jalan-jalan pergi bank untuk cash cheque, atau bank-in duit, atau bayar contractor, atau mungkin tambah nilai pelaburan unit amanah anda. Untung-untung dapat lihat akak bank comel lote.
3. Ronda-ronda ke semua kawasan construction site (baca: kawasan country side yang nyaman eh salah, indah kan emma?) anda monitor current progress sama ada exact, behind atau way ahead of schedule. Juga kena monitor quality.
4. Jalan-jalan ke pejabat tenaga nasional pusat di banting untuk settle handing over tnb substation. Sambil tu boleh pekena nasi lemak pak musa dan juga rojak and cendol banting. Yum.
5. Kadang-kadang boleh ke kedai photosthat lihat akak cute tetapi clumsy bekerja untuk photosthat drawing (jangan panggil pelan ya) saiz a1 atau a0 yang gedabak tu. Kalau kau ada plotter sendiri rugilah tak dapat jalan-jalan curi tulang. Ewah.
6. Kalau kau ada urusan jauh kena jumpa lawyer sampai ke subang untuk urus hal caveat tanah mahupun loan release, mungkin lepas tu boleh ajak dia pekena rojak di ss15 sekejap. Kul apa sambil menyelam minum air.

7. Boleh juga sometimes jumpa fellow colleague untuk bincang soal isu civil engineering yang terkini macam cover majalah ingenieur edisi baru ni. Dah baca? Bila jumpa bukan saja boleh spread lagi our networking untuk tujuan masa akan datang tetapi mungkin boleh pow rakan-rakan juga.

8. Kalau kau ke pejabat suk untuk ke jkr negeri di shah alam untuk uruskan hal rezab jalan dan dispute sebagainya yang lain, mungkin lepas tu boleh ke pkns untuk lunch. Sedap juga nasi campur di situ. Murah pun murah. Hmm.

9. Dan tidak lupa, kalau ke pejabat tanah sepang, usha-ushalah marka-marka di situ. Macam pergi ke ipta woi.

10. Dan jika kau bekerja sebagai jurutera awam, you must adhere to any sort of task being given to you. Kira kena capable withstand atau face apa-apalah. Bila bos kau suruh buat sesuatu, buat saja.
"bang, ni kejap lagi kita ke kl kejap dengan lawyer. ada nak jumpa satu arkitek ni. nak tengok kerja dia untuk projek baru kita."
untung-untung boleh jumpa arits.

bila la company aku nak ambil lisa surihani sebagai peguam ni. hehe.
11. Cumanya yang aku lemah bila jadi jurutera awam point in case bekerja di company yang diverse scope kerja kau, aku jadi ralat (ke ralit?) bila nak perkenal jawatan atau hulur kad name. Orang semua structural engineer la, transport engineer la, analysist engineer la, road & highway engineer, geology engineer, project engineer, dan macam-macam engineer lagi. Tu belum kira project manager macam mudin lagi.
Aku site supervisor je doh. Memangla bila azhar sulaiman atau mudin minta name card aku cakap dah habis!