Hari-Hari Seekor LB 6!

bersama bekas bm, current bm dan pemalas tegar sejati.

#

selalu-selalu, bila aku keluar dengan bos, bos akan introduce aku kepada associates dia sebegini.



"ni bodyguard saya. hehe.", atau

"anak, no. 2."

ok.



aku takdele hal sangat sebenarnya. tapi bila orang (associates tadi) tau je aku anak dia, mulalah.



"oh, anak ke? muda lagi ni"

"o, belajar mana sekarang?"

"muda lagi ye, selalu ikut ayah?"



dan bermacam lagi inferior statement yang sangat mendownkan aku.

tak kira kalau kau graduan awam pun bila kau bagi pendapat orang takde heran deh sebab kau masih 'anak'.

uh. madefartingsitt.

elok-elok kau datang jumpa dengan high level of confidence, terus lepas tu kau senyap je sebab kau kalau boleh datang sini pun sebab atas tiket abah kau. agaknya.

waklu betullah.

yang paling hardcore aku pernah dapat antaranya,



"aiya bos.u buli anak suruh bayar aa. haiya. sudah-sudah. sini saya bayar"



malam tu kau sumpah menyesal tak ambil tawaran kerja tempat lain itu hari.

tapi yang ini paling agung, diucap oleh pengarah bangunan sepang cc sendiri.



"ha, adik boleh keluar sekejap? ni ada perbincangan orang tua-tua sikit"



demlu en arkitek-tostestis. pedih hati aku tahu. segan malu. ni kalau teruk lagi mau jadi krisis identiti. tunggula aku besar nanti. eh bunyi salah betul (it sounded wrong).

aku memang selalu dilemma kalau keluar bersama bos. nak borak sama dengan yang lain-lain pun rasa macam lain dah.

...

tapi pagi tadi lain sikit. sedang elok minum pagi setelah rutin site inspection bersama sub-con, bm cimb salak join sekali. dengan abm sekali.

instead of mengamalkan tabiat biasa memperkenalkan aku sebagai anak dia, dia kata,


"ni orang kuat saya"


aku senyum lebar. senyum lebar sampai sembang-sembang lama. bm tak panggil aku adik seperti associates dia yang terdahulu. malah ingat aku dah berumah tangga.


"ni kalau ada anak kecil, boleh buka account saving plus investment dengan kita. 2 in 1. ada anak kecil?"



gua hanya senyum.

(kita patut banggakan orang ingat kita dah berumah tangga? menunjukkan kita muka bertanggjawablah kan? kan? eh ke tak ni? tapi mak aku ternyata segan bila orang tanya "eh anak bila kahwin?". malam tu di rumah mak suruh aku cycle selama 20minit. takpun pakai menatam uzap tu. oh.)

lepas tu jumpa sales rep dia. dan perbualan berligar sekitar bon semasa, ekonomi terkini, foreign investors yang dah kurang, buying power dan belajar mana dulu.



"arkitek dulu?", tanya bm.

"engineer. civil engineer."

"arkitek bini dia nanti. hehe.", former bm.



ingat senyum sampai malam nanti. tapi lepas tu tembelang (lain betul bunyi ni) terbongkar. tak pecah diperut betullah. babi kau merepek apa ni mok.

dia dah start bahasakan diri dia abang bila bersembang dengan aku. and the rest is history. aku ingat tak apalah. nak buat macam manakan? nasib badan lah jindut (?).

..tapi apa-apa pun without under any influence, dia tanya aku ada anak kecil tak lantas menunjukkan gua sudah dewasa. ya entri ini adalah assurance untuk meyakinkan diri sendiri sudah dewasa.

kau tak tahu betapa susahnya menjadi lelaki, 23 tahun, bujang, bekerjaya dan masih tinggal dengan ibu bapa, untuk mendapat approval sudah dewasa. oh snap.

jadi ada kenal mana-mana arkitek muda yang sanggup bertemankan lelaki yang hanya mandi sekali sehari, takut labah-labah dan gelap? tak apa untuk first 2 dates on me (eh of courselah ya? tak gentle sungguh). oh dan bukan di starbucks.

la, kata boikot israel?



ps: aku takdela anti sangat bapak gua introduce gua anak dia deh. lu orang jangan tohmah gua plak.

pps: abg ni faham perasaan aku.