Bah, abah ada baca entri KJ itu hari fasal Husam tu?
Ha? aa, takde. kenapa?
Tak adalah, cerita fasal hudud dia tu. fasal hukum hadd tu.
ceritala sebab apa.
tak, kan itu hari ada apa nama debat ke, perbincangan ke ceramah apa tah..
oo, yang dekat kota bharu tu ke? ha, debat debat.
ha, kj itu hari ada tanya si husam ni tentang komen pas fasal hukum hudud ni, on ke tak on. lepas tu husam ni cakap la jadi. on je. pas mesti mahu buat. si kj ni tanya la sampai 2 kali lepas tu fasal hudud ni. dia kata dalam blog dia la.
...
tak sampai 24jam lepas tu, supremo dap lim kit siang ada cakap, yang perihal hukum hadd ni tiada termaktub dalam rangkaan pr masa nak merge/join dulu. so dia mintala yb husam terangkan balik apa yang jadi.
lepas tu, husam pun katala, yang hukum hudud ni tak boleh nak execute dulu sebab tidak mendapat kata sepakat komponen pr lagi. kena ada persetujuan semua baru boleh laksana.
tak! ni semua umno lah ni. cuba tengok ya yang cerita fasal sembelih ayam. orang islam nak makan ayam memang kena sembelih ayam. so yang non-muslim kalau nak makan ayam, dia tak kisah sangat sembelih ka tidak. dia boleh makan.
tapi bah tu bukan hudud.
yela. tapi ni cerita hukum islam. hudud tu nama dalam arab. kalau melayu dia hukum islam la.
so patutnya husam tu kena stand up to his earlier statement la?
ni umno ni la yang salah. tengok ye, umno ni sebenarnya telah menerima hudud secara indirectly. tengok tu antaranya mahkamah syariah. kalau bukan sebab nak laksana hukum islam, tak akan dibuat mahkamah syariah kan?
hudud ni memang kena laksana. dia hukum tuhan. kalau orang mencuri kena potong tangan. kalau berzina kena sebat.
hmm. yelah. islam tu kan dia kata syumul. complete. so macam kalau hukum berzina kena sebat tu. dikatakan adalakan diorang ni buat research yang kuma-kuman hiv tu kalau ada boleh mati. provided orang tu survivelah 100 sebatan tu (eh ke 99x?).
kj tu pun ada smash husam perihal guan eng masa dia baru-baru nak jadi km tu. kata dia dulu masa di penjara pemimpin pas datang and dia dalami islam la. and kata dia nak contohi khalifah umar abdul aziz. tapi tentang hudud dengan bapa dia.
sebut cerita ni teringat entri lim kit siang beberapa bulan lepas fasal islam ni. kit siang ni kan tengok orangnya macam berilmu. nampak gaya macam rajin baca. tapi bila baca entri dia, dia kata islam ni kalau syumul sangat kenapa tak terimacabang-cabang islam, mazhab-mazhab yang lain. syiah la.
eh syiah tak terima ke?
ha. syiah ni dia tak terimalah. syiah ni kalau nak senang cerita orang kata tak msuk syurgalah. dia dah terpesong sangat. extrimis. dia ni jadi masa lepas cucu nabi meninggal tu la. time hari asyura ja (asyura kan?) dia adala datang tempat ut meratap, carik-carik baju. tumbuk-tumbuk dada ratap kematian cucu nabi.
so, abang fikir kalau kit siang ni betul-betul ilmuan dia mesti tahu kenapa islam tak terima syiah and ada cabang-cabang lain yang terpesong tu.
yang mazhab-mazhab tu tak apalah. kita terima kan?
hmm..yela. hukum tuhan. bilmakna dia perfectlah tak macam hukum manusia ni. jadinya macam mana kita tengok pun kalau nampak hukum tuhan ni tak sempurna maknanya we are not looking hard enough. tapi nanti ada pula orang kata, kalau nak laksana hukum islam sangat, janganlah amalkan riba'.
yalah. riba ni...apa..tu yang diadakan islamic banking *mula cerita ntahapaapa perihal islamic banking yang tidak berapa nak tepat*
tu nama je bah. bank telah diislamkan. tetapi hakikatnya tidak.
eh mana ada. siapa cakap?
ada bah. abang ada banyak baca di internet kalau nak abang boleh forwardkan artikel.
ha. dia nama je islamic. bagi taruk nama arab sikit. pinjaman mudharabah la. ada akadla. bank beli dulu.tapi sebenarnya amalkan riba juga.... tapi kalau nak cerita hukum, riba ni mungkin kes lain. sebab orang yang buat-buat research ni. dia quote dari hadis nabi, nabi kata akan sampai waktu di akhir zaman nanti, orang dah tak boleh nak elak dari riba lagi, kalaupun dia tak ambil riba, dia akan terkena debunya.
hurm, itu i'm quite agreelah. berbalik hudud tadi. dia sebenarnya patut dilaksana. sebabnya dia hanya apply kepada orang islam sahaja. yang non muslim jangalah risau. kita ada undang-undang konvensional.
dia islamic banking. bila nak invest tu akan tengok sama ada syariah compliance atau tidak. kalau tak tak boleh. kalau nak labur pada bank lain pun kena tengok sama ada bank tu islamic ka tidak.
contoh katalah, kalau kita ambil loan. loan konvensional dengan loan islamic, mana lebih mahal?
hehe..ada orang kata islamic. dah depan tu masuk. abah nak beli lampu.
bukan semalam dah beli ke?
lampu kalimantang.
ps: kau boleh tahulah abah aku haluan mana =)