Pernahkah aku ceritakan kepada kamu perihal Mohd Yasir Bin Othman?
Belum ya, okay-okay. Macam ni (cue musik penglipur lara bermula)
Mohd Yasir atau nama timangannya Amat adalah seorang budak lelaki biasa. Seorang budak lelaki biasa yang hidup dan membesar di ceruk halaman sebuah kampung - yang kurang lebih 35tahun akan datang host kepada salah sebuah lapangan terbang termoden di Asia.
Lahir sebagai anak yang kelima daripa enam adik beradik kepada lelaki yang berasal dari Kerinchi, Sumatera, Amat, seperti budak lelaki lain pada masa itu, membesar dengan serba kekurangan.
Sedari kecil Amat tidak gemar menelaah buku pendidikan. Mungkin juga disebabkan kurangnya penekanan dari aspek akademik pada zaman itu. Mungkin juga disebabkan faktor persekitaran yang tidak kondusif untuk sesi pembelajaran. Atau mungkin juga si Amat ni yang pemalas.
Meningkat remaja, sedar dengan kemahuan dunia bahwa "Ada padi semua jadi" Amat enroll untuk mendapatkan kemahiran separa rasmi didalam aspek membaiki kenderaan. Dari sekecil-kecil motosikal kepada sebesar-besar penyu bas.
Amat memang dari sejak kecil telah menunjukkan sikap rebel. Rebel terhadap semua benda. Rebel malas untuk belajar. Rebel malas untuk mengaji muqaddam. Rebel malas tolong ibu bapanya. Dan macam-macam rebel lagi.
Sikap rebel beliau ini juga telah mencetuskan persilisihan faham antara Amat dengan abangnya Angah. Mereka berdua telah tidak bertegur sapa sejak Amat pertama kali meninggalkan kampung halamannya untuk tinggal di rumah Angah untuk belajar membaiki kenderaan.
Since that day, they both go separate ways. Angah dengan kerjayanya sebagai pekerja korporat. Manakala Amat masih lagi membaiki kereta di kampung halamannya secara runcit-runcit.
Fasal rebel Amat tadi. Rebel tak rebel dia, waktu ketika Abahnya pulang ke rahmatullah pun dia masih nak berebel. Dia tidak tolong mandikan arwah. Jauh sekali membaca yasin. Hatta tidak mahu menjenguk wajah arwah buat kali terakhir biarpun ramai orang mendesak.
Abang iparnya, Alang selalu kata
Ah, dia tak nak tengokla tu. Dah dah kafankan aja
Amat hanya termenung termanggu. Dia biarkan saja melayan perasaan emosi entah haram apa yang dia fikir waktu itu.
Kejadian yang sama turut berulang pada waktu ibunya pergi. Dia masih rebel. Hanya berpeluk tubuh di hujung rumah bila orang tanya tak mahu tengok wajah ibukah?
Oh perlu diingatkan yang Amat tinggal serumah dengan kedua ibu bapanya dari kecil hingga kahwin. Jadi secara naturalnya tentulah dia sepatutnya rapat dengan kedua ibu bapa ye tak?
Selepas kematian ibunya, aku dah tak dengar lagi cerita fasal Amat ni. Aku suspect dia masih dengan perniagaan membaiki kenderaannnya dihujung kampung tu. Cukup untuk menyara isteri dan anak seorangnya.
He could been better. He had such a great talent - Angah
Tup-tup aku rasa dah dekat 10 tahun berlalu since pemergian ibu Amat. Malam tadi aku kerumah saudara sempena cuti ini. Pekena lemang dan lontong home-made memanglah asyik. Kawan pula dengan rendang hijau pedas tu. Makaih.
Sedang makan, tuan rumah buka cerita Amat.
Amatla yang datang tolong itu hari.
Dia beli daun kelapa, daun itu..bla..bla..daun ini
Dia tolong buat semua.
Rendang ni. Masak Lemang tu. Lontong. Ha ha. Tengah-tengah hujan pun dia lenjan juga. Ada dia buat dengan Khalid tu.
Dalam hati. Cis terror juga Amat ni buat semua. Nampak ja rebel sebegitu. Mahir masak memasak.
But the killer was this.
Tuan rumah tengah sibuk bercerita tentang masakan ibunya yang dah lama pergi. Cerita masak rebungla. Apala. Aku kurang arif tentang teknikaliti term masakan ni. Tapi dengar saja pun boleh kecur air liur.
Sedang bercerita tu
Amat itu hari dia ada nak buat masak rebung kuah lodeh special mak tu.
Pastu Not katalah dekat dia. Eh kau pandai ke ni Mat nak buat masalodeh tu.
Ala. Ingat-ingat macam tu ja.
Simple. Sebaris tu ja ayat dia dah boleh satukan semua adik beradik dia datang. Penuhi impian kakak dia untuk rasa masakan ibu mereka yang dah lama pergi untuk kali terakhir. Semua adik beradik hadir untuk sekali lagi merasa perasaan beraya bersama ibu bapa tercinta.
Kalau bukan literally pun that's the closest they can get.
Terima kasih ya Cik Amat!
oh, Mohd Yasir Bin Othman tu adik abah aku.
Ta!