Selamat Pagi. Nama Saya Muhammad Iniaz. Esok Besar Saya Nak Jadi Ahli Saintis!

Kehadapan Iniaz,

Impian.

Pernah kau fikir fasal impian kau? Pernah kau fikir fasal impian kau dalam-dalam?

=)

Atau kalau impian abstrak sangat, pernah kau fikir fasal purpose hidup kau? Pernah?

Bila orang kata yang semuanya pasti semuanya mungkin, yeah tey really mean it. Except death, yang lain almost virtually kau boleh grab atau achieve.

Selalu dengarkan yang orang menceritakan tentang kehebatan setiap manusia yang bernafas di muka bumi ini (dan juga yang tinggal di dalam bebola special sebab penyakit/kurang daya tahan) adalah sangat istimewa? Semua orang ada different special unique trait mereka tersendiri yang di exhibitkan even before mereka disenyawakan.

Yalah, takkan kau tak pernah dengar. Dalam berjuta-juta sperma agung tu, kau yang paling pantas, yang paling kuat, yang paling kul, yang paling bijak, yang paling cepat menyelusup, dan yang paling cepat berenang. Okay mungkin Michael Phelps lebih pantas sedikit kut.

Ikut kata MoL, sperma ekor tiga. Tu yang mantap gila. Entahla. Nak rebel 'mem'nya doktor perubatan terlatih.

Although we may have seen or thought or even yet experienced yang semua orang ada fate masing-masing. Ada qada' dan qadar yang perlu dipercaya dan beramal. Yang perlu diterima dan redha. Ada yang lahir-lahir dah jadi next in-line untuk throne kerajaan Majapahit. Ada yang lahir-lahir dah senyum sebab bapanya Bill Gates. Atau mungkin on another note, lahir-lahir anak pegawai bank yang bekerja berhempas pulas siang dan malam. There is always this excerpt from the last of the four great book that suit the situation very well.


Nay the fate of the beholder be change unless thy arose and pickup the hoe to plant seeds. Not even the almighty himself.


Aku perasan sejak tahun ketiga menuntut di Universiti Gambang baru aku macam exhibit perangai (perihal?) ini.

...

Okay, mungkin sebelum itu lagi. Kut. Aku mula titik beratkan tentang masa hadapan. Apa nak jadi 5 tahun lagi and those sort of typical ques regarding the matter. Memanglah muka nampak rilek, tapi uban yang penuh kat ubun-ubun kepala ni dok fikir hang tau ka?

Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu. Ewah.


To be frank, sebenarnya i don't give a damn. Serious. Bukan nak sound kul tetapi ini bener. Kan lebih relaks menjadi rockstar (sila ludah sekarang). No responsibilities. No attachment. No hopes to fulfilled. No expectation to met. And stuff. You just do what you like the most (not necessarily the one you're good at) and enjoy whilst you at it. Kau boleh explore every little goddamn thing because you have all time in the world.

Fuh seronotnya.

Tapi tak bolehlah. Kita ni berpijak di bumi yang nyata. Itu sebab aku tulis almost everything is virtually possible except death. Apa kau ingat kalau kau sekarang ni enroll untuk program pemandu litar laju F1 dapat ka? Chit pui.

Eh tapi mungkin dapat juga kalau kau se-inspirational Papale dalam cerita Invincible.

Kita selalu fikir masa masih banyak. Tak payah cerita perihal 5 sebelum 5 tu. Kau bayangkanlah sekarang. In my case, dah hampir setahun since keluar dari menara gading gajah (tak payahlah kira since grad. skema betul kamu ni). Apa yang dah achieve? Kamu follow timeline kamu? Haih, takkan tiada benchmark? Milestone? Cit pui. Beritahu Dr Ahmad yang kamu sia-sia kan ajarannya perihal Winter Sonadin Planning & Scheduling.

The keyword is, you have one life. One and one only. What you're gonna do 'bout it (sumpah tak tiru iklan radio). Now that you're a man (atau dalam kes gadis-gadis hot diluar sana tu woman) for yourself, boleh fikir and ambil keputusan sendiri lagi la besar peratusan weightagenya. Apa weightage pun sudah lupa? Tak? Bagus.

Dengan kuasa yang tinggi, datangnya tanggungjawab yang berat.


Aku tau kamu nak kata bapakla klise. Cih. Tak sporting betul kamu ni.

But seriously, kau tengok keliling kau, kau lihat apa yang ada. In my case, aku selalu lihat pak cik tua ni yang semacam dah tiada arah hidup, wandering aimlessly dalam hidupnya. Selalu aku tengok pakcik ni.

Hidup serba daif, Bertahan hanya dengan kebajikan pihak berkuasa tempatan. Dan hari-hari rutinnya sama. Pagi keluar minum kopi. Malam selepas maghrib tidur. Aku tahulah aku intip dia. aktivitinya sama sepanjang masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 12 bulan setahun. Sama. Same. Iguales. Selben.

Kau tak terasa rugikah? Seriously. Kalau tak tak dapat nak rasa, atau kau hanya angguk kata ya rugi, nyata kau tak se deep aku.

Ewah.

Dekat dunia ni ada 7 keajaiban dunia (tolong jangan buka cerita keajaiban mendengar semua tu. kasi canla pada aku ya?) yang sangat agung. Kau dah pergi lihat dah ambil gambar? Di Thailand ada Angkor Watt. Kau dah sentuh monumen patung agungnya? Di Perth ada Koala, kau pernah tarik telinganya? Di Osaka ada Panda gemuk. Kau tak teringinkah memberinya makan buluh-buluhan. Macam mana pula menyelam bersama paus biru? Naik tingkat tertinggi Eifel Tower? Rasa susu unta Sahara? bermain futsal di Liverpool? Berdiri betul-betul sebelah gunung berapi hidup. Dan sejuta perkara menarik di ketulan batu ketiga dari Suria ini. (kau boleh jadikan Matt Harding sebagai rujukan. kut)

What i'm saying is, sangat sayang kalau kau sia-siakan hidup kau. Unless! Unless kalau kau memang sedang berusaha. Kau penuhi setiap hela nafas kau sebaiknya. Tak payahlah nak pious apa bagai (sebenarnya okay juga). Cukup kau lakukan aktiviti dan tidak hanya termenung, melangut, duduk diam, pandang awan (sekali-sekala bolehlah yang ni). Tidur juga tidak aci (applicable kepada your truly juga).

Seriously sayang!

Kalau kau ada benda nak buat, buat! Ada tempat nak tuju, pergilah! Ada nak jumpa seseorang, cari peluang dan cara, jumpalah! Usaha untuk capai apa yang kau nak. Kau bayanglah. Apalah sangat kau nak rugi striving for what you want. Tak payah what you want most, benda seperti mengumpul setem juga boleh. Kau pernah kumpul setem? Sayang. Bila lagi kau nak kumpul setem? Sekali ni saja kau hidup. Esok disyurga aku rasa tiada kut perihal posmen memosmen ni. Jadi tak berpeluanglah.

Aku betul-betul serious fasal ni.

Pakcik didepan rumah aku ni, aku perasan ada suatu malam tu, dia jalan mundar mandir di pekan (ya saya duduk kampung je) seorang-seorang. Jalan langkah longlai. Dia ni selalu malam-malam menyapu di halaman rumahnya (ya aku memang stalker tiada kerja lain). Aku fikir dia pun mesti ada fikir macam aku. Kalau tak sedeep mungkin sikit. Kau pernah jalan disekeliling neighbourhood kau malam-malam? (anak gadis kiut miut jangan, bahaya). Aku bukan nak komen fasal pakcik ni hidup susah, atau komen fasal fatenya dilahirkan dari keluarga sederhana. Tetapi..uh..susahlah. Just ketahui kita yang faham ni should do something about it la.

Haih. Panjang betul dia ni tulis. Ada yang masih baca ka? Hu.

Everyone of us is special. Just tolong pergilah buat perkara yang kau nak buat tu.

"Hey kitorang dah pun achieving what we want. At least kalau tak pun we all sedang pursuing it la"

Cis. Kau dah kumpul setem belum? Tin tutup botol? Belajar main Hold'Em? Beli share saham sebijik dua? Atau main terus KLCI. Hah. Tu pergi mana lari tu aku tak habis cakap lagi.

Fikirlah ya fasal impian kau dan pursue lah. Kita hidup hanya sekali. Di after life esok sesyok mana pun Angkor Watt sejati dah tiada. Okay-okay aku memang tak tahu fasal afterlife sebab tu kerja yang maha satu. Tapi as i said earlier, what you got to lose? Seriously, kau ada 1 life saja. Live you life to the fullest with no regret. Jangan esok dah umur 54 baru menyesal tidak mencuba sky diving ataupun bungey jumping di Niagara Falls.

Don't take life too seriously, you never gonna get out of it alive.


Fikir-fikirkan ya Iniaz.

Ta!