Kau, kau dan kau Tak Layak Untuk Sound Aku!

Sebelum kau tohmah aku, aku aware yang adanya saying mengatakan tentang

"Lihatlah pada nasihat yang hendak disampaikan, bukan siapa yang menyampaikan nasihat/teguran itu"


Kau tahukan dari mana datangnya quote itu? Apa? Dah lupa?

Dikatakan dulu, ada seorang budak kecil ni, dia ni memang dikenali ramai sebagai kanak-kanak yang pintar dan rajin menelaah. Hafaz kitab-kitab sampai imam malik pun kagum dengan keupayaannya.

Suatu malam, sedang nyenyak tidur, rumah budak ni dimasuki pencuri. Habis semua barang diambil. Dan pada ketika buku-buku pelarajan dan kitab-kitab budak ni hendak diambil, budak ni pun larang.

"janganlah diambil buku-buku dan kitab-kitab saya, itu sumber ilmu, cahaya saya"


lebih kurang macam tu la. so, pada masa nilah, ketua pencuri tu berpaling, lihat pada budak tersebut seraya berkata,

ilmu bukan terletak pada buku mahupun catitan mu wahai budak, akan tetapi ilmu tempatnya di hati kamu


oh. budak tu la imam mazhab yang kau semua guna pakai sekarang. kau bayangla pencuri yang ajar imam kau tu.

fuh.

ha, ingatkan prof saba & prof fadh dulu ada cakap,

learn by thy heart, not by thy brain, soul or lust


okay, aku tambah-tambah je tu sikit.tapi sekarang kalau british standard tak ada depan kau, agak-agak ingat ke yield factor concrete tu? ha ha.

berbalik kepada isu topik, kau bayangkan kalau kau perempuan dan tak pakai tudung. lepas tu housemate kau, yang tak pakai tudung juga sound kau suruh tudung aurat. pada mulanya aku yakin mestilah kau terima. kali kedua sound kau mesti dah mula menerbitkan riak-riak muka slack. kali ketiga aku rasa kau dah cucuh pipi dia dengan lilin dah.

ha ha.

what i'm trying to say is, aku bukan anti atau tak suka dengar nasihat (aku suka dengar ceramah ismail kamus by the way. ha ha), tapi, setiap kali aku dengar teguran atau nasihat malah idea-idea baru (macam dulu idea transflush oleh saudara zulfadhli yang kul itu) aku akan fikir betul-betul dan tanya kalau tak faham. lepas dah faham betul, barulah aku bersuara.

that's why bila kau sound aku pertama kali benda yang kau tak buat sendiri, aku terima saja. start nak masuk kali kedua bila otak aku nak proses je untuk buat tindakan ie ubah tabiat aku ubah cara melakukan sesuatu, system medula oblongata aku akan seraya beri output, yang input diterima tidal parallel dengan input transmitter.

ah. aku juga sebenarnye menyampah dan jeluak kalau kau pun tak seberapa, nak komen aku lebih-lebih. sekali atau dua kali cukuplah. ni berkali-kali. berhari-hari. kau pun sama kurang lebih aku juga. tak ada pun improvement aku tengok. kau tulikah? pekakkah? mulut kau yang paling dekat dengan mulut kau. atau mungkin saraf serebulum kau dah impaired lantas menjejaskan sistem pemprosesan maklumat di otak kau tu.

shit.

sudahla. mungkin aku saja yang being sour grape. bengap taknak terima nasihat orang. ahai. nasihatla saya lagi k. Plus, aku tak tulis pun "Kau, kau dan kau tak layak sama sekali untuk sound aku!" kan? =)

good day.