Lagu Dalam Hidup Kamu!

Semua orang ada lagu. Kamu ada lagu?

Aku rasa manusia zaman purbakala pun ada lagu. Koman-koman lagu dodoikan anak atau lagu gembira ketika dalam perjalanan pulang ke rumah lepas dapat kalahkan wild boar untuk buat lauk.

Bagi aku, lagu/musik sangatlah pivotal dalam hidup aku. Aku dengar lagu untuk study. Aku dengar lagu untuk tidur. Aku dengar lagu kalau marah atau tensi. Aku dengar lagu bila basuh kereta. Aku dengar lagu dalam komuter. Malah, kadang-kadang aku dengar lagu di hari minggu bagi feel datang untuk kemas bilik/rumah macam membasuh tingkap misalnya.

Aku juga mempunyai habit yang pelik. Bila aku dengar lagu tertentu, fikiran aku akan terus melayang pada saat dan ketika aku layan lagu itu. Tidak pernah tidak, mesti aku ngelamun terkenang waktu dulu itu. Aneh sial.

Oke.

Seingat aku, lagu bertema rakyat yang aku paling awal dapat ingat yang aku layan. Faham ke?

Lagu seperti Papaku Pulang dari Kota dan Ais Kacang dan juga Semut sangatlah hit bagi aku. Bila lagu ni datang je - tak kiralah sama ada berkumandang di radio atau kawan-kawan siul/nyanyi kan atau tiba-tiba aku ingat sendiri, mesti terkenang waktu aku bersekolah tadika di tanah Cik Siti Wan Kembang.

Oh.

Lupa pula. Kenangan-kenangan ini pula sangatlah vivid dalam benak fikiran aku hingga aku dapat mengingati setiap detail waktu itu.

Jadi untuk lagu rakyat di atas, masa tu aku dan rakan-rakan yang nama aku haram tak ingat tengah buat bulatan dan pakcik polis - cikgu kut apetah tengah ajar lagu sambil depa-depa tangan. Dapat bayang tak?

Lagu sekolah pula..erm..tak masuk kategori.

Hmm. Masa sekolah rendah aku macam tiada lagu pula ya.

Aerosmith - I Dun Wanna Miss A Thing ialah hit song masa aku form 1.

Perlu diingatkan yang masa form 1 aku pernah bersekolah di SMKS Sepang - dekat dengan rumah aku. sekolah sehari sahaja tapi dilantik ketua darjah pula, Victoria Institution Kuala Lumpur di bawah tajaan Yayasan Selangor - 2 bulan sahaja seingat aku, MRSM Gerik - 2 bulan lagi, dan akhirnya ke SBP di Labu. SBP(A)? Ah. Yang ada ajar Arab Tinggi tu.

So memang kami semua tak boleh dengar lagu atau punya kaset selain nasyidlah. Shitlah.

Kalau diketahui ada dan ditangkap, kaset itu akan di patahkan di penjuru katil besi asrama. Hmm.

Jadi aku pun (panjang betul menyimpang) dengar dengan adventurenya dalam selimut setiap malam selepas lampu tutup. Jadi bile dengar je lagu Aerosmith ni, fikiran aku terus menerjah kepada keperitan dilalui pelajar sekolah agama yang mempunyai jiwa rock (rock ke?).

Pada ketika waktu ini juga lagu-lagu seperti Westlife, Backstreet Bois, dan 911 yang tajuknya apa tah (malu sebenarnya) yang aku layan. Pardon my selection sebab saya tiada abang untuk dijadikan role model.

Dah nak dekat hujung-hujung alam persekolahan, lagu-lagu macam Greenday, Oasis, Juliet the Orange, Radiohead, Nirvana dan Amy Mastura (ada lagi tu) baru aku nak layan.

Start foundation year, lagu yang paling aku ingat ialah lagu Jangan Pisahkan oleh Pyneballerz (apasal aku layan lagu ni) dan Hillary Duff - So Yesterday (nakharam). Hampir setiap hari pasang lagu ni ulang-ulang. Ade one time tu aku dan kawan aku yang tengah baring melihat siling cakap kat aku.


"Ko tolongla buang cd player ko tu"

"Taknak lah. Birthday present tu".


Lepas tu kitorang pergi Aliff Taman U.

Time nak kompletekan degree aku, ada 2 sahaja lagu yang betul-betul vivid experience dia. Silap tiga. Oke empat - nanti enmat kecil hati pula.

Mungkin Nanti membuatkan aku terkenang gila babi sewaktu kami buat project survey. Apa nama tah yang betul. Di Taman Pertanian Kuantan? Yang paling diingati waktu nak siapkan peta lukisan di blok c13 atas lantai yang dilapik kayu katil. Boleh bayang?

Padi - Menanti Sebuah Jawaban teringatkan aku ketika second year. Ketika baru nak start second year. Rakan-rakan di aras dan blok yang sama. Dan pergi melihat sorang-sorang - sebab yang lain nak tengok cerita lain masa tu, filem dengan tajuk yang sama. Memang bersepai perangai.

Oh Mr Brightside pon mengingatkan kenangan yang sama juga. Saya baru acquire laptop baru waktu itu dan kakibakar kata.


"Oh. Acer baru sial"


Lagu Wake Me Up When September Ends, Karim - 7 Hari, Redline, Cabo dan banyak lagi semua ade kenangan tersendiri walaupun tidak sevivid mana (berapa kali aku tulis vivid dah. Kamu kira?)

Tapi Mother Father of all Song ialah Bedroom Window by NSP. Sampai sekarang aku boleh main lagu ni 30 kali berturut-turut tanpa rasa menyampah - sama ada melalui iTouch atau jamming.

Lagu nilah yang membolehkan aku dan rakan perform di hadapan TPM. Alah kalau dia tak tengok pun, dia hadir majlis tu kira depan dialah kan. Kan?

Apa-apa hal pun aku rasa semua lagu sedap dan ada memori masing-masing.

Semua orang ada lagu. Kamu ada lagu?