18/10/2008 : Memandangkan agak lama (sebenarnya terlalu lama) xmenulis dalam blog ni, saya ringankan tangan untuk menaip sepatah dua kata. Bukan malas tetapi mencari masa dan kelapangang untuk tujuan itu,
Hidup kat sini ok ok jer lah tapi yang pasti bila mana anda tiba di tempat saya tinggal (Cheetham Hills), better to describe it as "welcome to karachi". Ha ha ha ha, ya betul, berapa kerat jer omputih duk kat sini, kebanyakkanya parkistan daaa. Sampai saya cakap omputih pon dah bunyi macam bangla cakap omputih. Makin ximprove english aku duk kat area ni. Cuma yang bestnya, ramai famili melayu kat sini dan suasana mesia tu jelas terasa.
Kat sebelah rumah ni,no 21 ialah saudara Apai yang juga selaku host saya kat sini, Baik wooo beliau, banyak tolong saya untuk setelkan hal2 berkaitan rumah, kereta, barang2 umah dan lain2. Dan kat sebelah rumah yang satu lagi, no 17 ialah mamat gengster yang nyaris ditembak oleh sekumpulan gengster yang tetiba datang seramai 4 orang depan umah dia sambil mengacukan pistol kat dahi. Nasib baik pada masa kejadian, saya dan wife xder kat rumah (last week) dan bila sampai umah, tiba2 jer polis ramai berkumpul dan rumah sebelah dilekatkan dengan tape crime scene. Sempoi gakk arr tatkala saya diinterview oleh polis kat sini. baik dol, polis dia. Nak tahu cerita lanjut, tanya maok!!
Manakala kereta 2nd kat sini, serius murah sampaikan pada peringkat insurans lagi mahal. Saya kat sini guna honda civic 2nd hand, 1.5 vtec pada harga setelah diconvert RM 5814 dan berusia xsampai pon lagi 10 tahun.Nak tengok dengan lebey detail gi jer kat autotrader.uk.co dan tengok ar sendiri. kalu dia mintak postcode, masukkan ajer M85uw dan cari arr apa2 sahaja kereta. Kalu yang 7 tahun ke atas biasanya dapat pada harga kurang dari RM 15ooo. Hari tu pon nyaris saya nak sambar Mercedes A series pasal harga dia GBP 1350 aka RM 8262. Tapi bila dipikirkan tang minyak dan maintenance, so xjadi amik arr.
Sebenarnya, banyak lagi nak tulis dan upload gambar kat sini tapi malangnya masa tidak mengizinkan. Dan malangnya lagi, boleh pulak cable hset nokia tertinggal kat mesia, Tunggu jer lah, nanti ada lah tu kot saya uploadkan sedikit sebanyak gambar kat sini.
Eh maok, ramai tahu sini yang sambung buat master guna Mara punya scholar. Diaorang bukan attach dengan university tapi saje2 mintak dan dapat. Berdasarkan maklumat diorang, kalau ambik mara punya scholar, xterikat pon ngan mana2 institusi.
Eh, ok arr, nak blah lu arr. Ni dah pukul 1 a.m. Ciao dan salam.
Catatan Hidup Di Manchester
L:
log