Bila melihat gambar dan membaca post yang dihantar oleh mok, suka jugaklah saya join ruangan berkenaan itu. Bila melihat kembali gambar saya masa form 5, seolah-olah tidak percaya seraya bertanya kepada diri sendiri "aku kah itu dengan badan sekurus itu dengan muka macam budak2 rempit?".
<--cuba teka dimana saya berada?
Dengan rasa yang gagah dan kental, gambar berkenaan telah membuatkan saya bermotivasi tinggi untuk berdiet dan berjoging bagi mendapatkan apa yang pernah dimiliki. Tapi, rasa cam down pon ada gakk arr pasal setelah beberapa ketika berusaha, bukannya bertambah fit badanku ini, lagi bertambah berat ada arr.
Kalau tak silap, masa zaman sekolah dulu, berat saya 56kg jer. Pastu masuk UTM, berat badan turun naik macam yo-yo, kemudian masa mula-mula masuk UMP (kah kah kah dengan rambut belah tengah) berat badanku ialah 66kg, kemudian berat berkenaan menjadi yo-yo untuk barang seketika dan pernah mencapai 68kg (maksimum pada masa tuh) hinggalah kepada detik-detik perkahwinan yang mana saya berjaya kurangkan kepada 62kg. Tapi, malang sungguh nasibku, semenjak daripada kawin hingga ker saat sekarang, berat badanku tidak lagi menjadi yo-yo. Dia telah bertukar menjadi escalator,meningkat dan terus meningkat hingga mencatatkan kenaikan hingga ke pasas paranormal iaitu sebanyak 73.6kg. Adakah kenaikan ini akan berterusan hingga mencapai tahap yang mana ia tidak dapat diselamatkan lagi, seperti lelaki yang memegang payung berkenaan?
Hanya masa menentukan. Cuma yang pasti, setelah berkahwin, segalanya menjadi semakin sukar (dalam konteks menguruskan badan) Jikalau dulu, saya perlukan kurang daripada 1 minggu untuk turunkan 1 kg berat badan, sekarang, 1 bulan diet + joging pon, belum mampu mengurangkan 1 kg. Nasihat saya, pastikan anda kurus, betul-betul kurus sebelum kahwin kerana jika selepas kahwin, baru nak berusaha menguruskan badan, al-marhumlah jawapannya. Cuma dalam kes saya, selepas saya kahwin, banyak sangat saya mendapat undangan lunch and dinner oleh saudara-mara. Kerana memenuhi semua undangan, saya tidak dapat lagi mengawal pemakanan saya.