Isteri enggan adakan hubungan seks dikelar

TAWAU 24 Julai - Seorang suami mengelar leher isterinya hingga cedera parah dalam satu kejadian di Jalan Utara dekat Taman Ria 5 di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8.15 malam itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai pegawai penguat kuasa Badan Pencegah Rasuah (BPR) itu dikatakan bertengkar dengan suaminya selepas menolak apabila diminta melakukan hubungan seks di dalam kereta.

Bace Dgn Lebey Lanjut..
Difahamkan pasangan itu sudah tidak lagi tinggal bersama sejak tiga bulan lalu dan kini dalam proses perceraian.
Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Jaafar Mohd. Yusof berkata, mangsa mendakwa pada mulanya, suspek yang bekerja sebagai pelukis pelan bebas, mengeluarkan pisau kerana marah setelah permintaannya tidak dilayan.
"Dalam kejadian itu berlaku pergelutan dan isterinya mengalami kecederaan parah di leher akibat dikelar.
"Mangsa bagaimanapun berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri lalu meminta bantuan orang awam yang kebetulan lalu di situ untuk menghantarnya ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Daerah Tawau.
Jaafar berkata, sebaik sahaja menerima laporan orang ramai, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui kereta suspek dengan satu daripada tayarnya pancit di Batu 3, Jalan Apas di sini.
"Setelah melakukan pemeriksaan ke atas kereta itu, polis menemui sehelai seluar dalam dan skaf dipercayai milik mangsa," katanya.
Menurutnya, suspek berusia 27 tahun itu pula tampil menyerah diri kepada polis semalam dan kini ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan serius.