Hah, pandai pon haaa nuzul post topic kat sini haa. Tinggal lagi Hadi ngan Abun jer lah yang masih terkial-kial mencari button untuk menulis meluahkan rasa hati. Namun bukan itu yang ingin dikongsi disini. Yang ingin dikongsi ialah peluang untuk membuat bisness berasaskan pertanian atau perternakkan atau yang seumpamanya.
Kepada rakan-rakan sekalian, mintak tolonglah review betul2 syarat2 kontrak ker haper ker sebelum terjebak ke dalam bisness berkaitan ini. Suka saya mengambil dua pengalaman rakan saya yang telah menjalankan bisness berkenaan.
Pengalaman yang pertama diambil daripada En. Parai Anam dan Ayoyo Tambi (bukan nama sebenar) yang mengusahakan penternakkan cacing. Mereka memulakan penternakkan berkenaan dengan bermodalkan duit sebanyak RM 4000 yang dilaburkan oleh sahabat-sahabat dan keluarga terdekat. Untuk permulaan, mereka membeli Induk cacing sebanyak 7kg yang mana harga setiap kg ialah RM 450 (RM 450 x 7 = RM3150) dan duit selebihnya digunakan untuk membangunkan fasilities dan makan minum si cacing.
Namun...pemeliharaan cacing bukan semudah yang dijangkakan. Cacing-cacing berkenaan memerlukan campuran sagu dan najis kambing untuk hidup dan bertelur pinak. Campuran berkenaan mestilah dalam nisbah yang betul dan bergantung kepada keadaan persekitaran. Dipendekkan cerita, selepas 2 minggu menternak, cacing berkenaan menjadi ringan (mungkin kerana tidak cukup zat) kepada 5kg shj. Oleh yang demikian, pelbagai usaha telah dijalankan untuk menggemukkan semula cacing berkenaan. Usaha-punya usaha, 2 minggu selepas itu, cacing berkenaan berjaya dipulihkan kepada 7 kg.
Namun cerita yang tidak sedap disebalik cacing berkenaan ialah, setiap induk yang dibeli, harganya sekitar RM 450 tetapi apabila kita menjual balik kepada orang tengah berkenaan, nak tahu berapa harga dia? sekitar RM 90-RM 120 sahaja. Mengapa jadi begini, saya pon tidak pasti namun apabila ditanya perbezaan antara cacing induk dengan yang dituai, tiada perbezaan langsung!! dah tuh, bisnes apa nyer gini. Gilo ko apa?
Cerita yang kedua pula berkisar kepada penternakkan, eh silap penanaman serai wangi untuk tujuan kosmetik oleh adik En Parai Anam iaitu Parai Tujuh. Semasa agen yang menjual benih berkenaan membuat kempen, semuanya seolah-olah mudah dan senang untuk dilaksanakan. Dan sama seperti kes cacing tadi (malas arr nak cerita panjang-panjang) benih yang dibeli ialah berharga sekitar RM 1700 untuk menampung keluasan tanah sebanyak 1 ekar dan nak tahu harga jika kita menjual balik serai berkenaan? Ya betul, 70sen sahaja untuk satu kg. Andai kata anda berjaya mandapatkan 1 tan hasil, berapa harganya? baru RM 700 dan jika 2 tan, baru RM 1400, dan jika 3 tan, baru RM 2100. Dah tuh persoalannnya, bilanya nak balik modal RM 1700 + baja RM 1000 + kederat menanam RM 1000 x 6 bulan + untung?
Sepanjang lawatan saya ke lokasi penanaman, daripada hampir seratus peserta yang terlibat, hanya 3 peserta yang betul-betul berjaya(dengan erti kata, serai-serai mereka hidup mekar dan gagah). Namun, berbaloikah usaha peserta yang berjaya ini jika hasil yang dibeli hanya 70sen untuk setiap kg? Bolehkah jika peserta berkenaan menjual kepada orang lain? Saya pon tak pasti tapi yang pastinya mereka telah menandatangani surat perjanjian jualan. Andai kata serai berkenaan hendak dijual kepada orang lain, persoalannya kepada siapa? Memandangkan serai ini hanya sesuai untuk tujuan kosmetik sahaja. Renung-renungkan.
Namun, kelemahan yang pasti di dalam kedua-dua skim berkenaan ialah, agen yang bertindak sebagai penjual benih/induk dan juga peraih hasil tanaman/ternakkan berkenaan hanya menjalankan tugas membekal (part ni sahaja dah untung juta-juta) dan membeli hasil sahaja. Tiada latihan diberikan secara komprehensif, bagaimana untuk menjalankan penternakkan dan pertanian berkenaan. Jika diliht, aspek latihan ini merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menjalankan industri ini.
BISNESS BERASASKAN TERNAKKAN?
L:
belajar